• Info PetuaNenek

5 Cara Atasi Buasir

Posted on January 13, 2010 in Lain-Lain Petua by nenek

1.Cuba elak daripada meneran ketika membuang air besar. Regangkan otot pelvik dan tarik nafas dalam-dalam.

2. Elakkan diri daripada berdiri terlalu lama. Semasa berbaring, digalakkan mengiring berbanding menelentang.

3. Keraplah berenang atau lakukan senaman ringan yang dapat memperbaiki peredaran darah anda.

4. Minum banyak air dan ambil makanan kaya serat untuk mengelakkan sembelit yang boleh mencetuskan buasir.

5. Jika berlaku buasir, beritahu doktor. Beliau akan memberikan anda yang dapat meredakan bengkak dan mengurangkan kesakitan.

Related posts

  • Petua Kesihatan Di Bulan Ramadhan
  • Atasi Masalah Selulit
  • Anggur/Grape
  • Garam
  • Tip Bentuk Badan Menawan

Share This Post


RSS and Comments

Subscribe to the RSS Feed
No Comments »

Tegangkan Payu Dara

Posted on November 24, 2009 in Petua Kecantikan, Petua Untuk Perempuan by nenek

Terdapat pelbagai petua traditional untuk membantu mengembalikan ketegangan dan keanjalan payu dara. Mungkin hasilnya tidak drastik namun sekurang-kurangnya penampilan nampak lebih yakin dan menarik. Antara petua-petuanya ialah

1. Labu

Kupas sebiji labu dan masak sehingga empuk/lembik. Ramas labu itu ketika masih suam. Kemudian sapukan pada keseluruhan payu dara. Biarkan selama 20 minit sebelum dibilas. Lakukan petua ini sebanyak dua kali seminggu.

2. Daun Sirih

Ia mempunyai peranan penting dalam menganjalkan payu dara. Sediakan beberapa helai daun sirih. Layurkan di atas api dan angkat setelah agak-agak panas. Hati-hati supaya daun sirih tidak terbakar. Kemudian tekapkan kepada payu dara. Bentukkan ia seperti cawan kopi tetapi tidak menutup puting. lakukan langkah yang sama terhadap payu dara satu lagi. Selepas itu, pakai coli seperti biasa dan biarkan sehingga 2 atau 3 jam. Jika mahu, amalkan petua ini setiap hari. :)

3. Urutan

Selain itu, wanita juga boleh memilih urutan bagi mendapatkan payu dara yang diingini. urutan dengan mengelilingi payu dara dikatakan dapat mengurangkan rasa sakit dan denyutan apabila ia mengeras.

4. Senaman Payu Dara

Caranya mudah dan tidak mengambil masa yang lama, iaitu dengan menegakkan badan dan genggam kedua-dua tapak tangan. Tolak ke arah berlawanan dan lakukan selama 10 hingga 20 minit mengikut kemampuan.

Related posts

  • Mengempiskan Perut
  • Masalah Rambut Gugur
  • Masalah Bayi Sembelit
  • Petua Hilangkan Bau Hanyir Ikan Pada Tangan
  • Ikan Sungai Tidak Hancur Bila Dimasak

Share This Post


RSS and Comments

Subscribe to the RSS Feed
No Comments »

Tumit Kaki Merekah

Posted on November 23, 2009 in Petua Kecantikan, Petua Untuk Perempuan by nenek

Tumit kaki yang merekah mencacatkan penampilan seseorang khususnya wanita. Untuk menghilangkan kesan merekah itu, ikuti petua ini.

Ambil sebiji limau purut, kemudian hiris dan gosokkan di tapak kaki setiap pagi sebelum mandi. Amalkan petua ini dengan konsisten, kulit anda pasti tidak merekah lagi. :)

Related posts

  • Menghilangkan Bau Ketiak
  • Cara Mengempiskan Perut
  • Beras Pulut Cerahkan Kulit
  • Masalah Tumit Pecah
  • Petua Awet Muda

Share This Post


RSS and Comments

Subscribe to the RSS Feed
No Comments »

Beras Pulut Cerahkan Kulit

Posted on November 22, 2009 in Petua Kecantikan by nenek

Kulit yang pucat dan kusam mempengaruhi kita ketika hendak berdepan dengan orang ramai. Keyakinan kita terbantut. untuk mengatasi masalah ini, ikuti petua ini.

Rendam beras pulut hingga lembut, kemudian ditumbuk sehingga lumat. Sebelum mandi, lumurkan seluruh badan dengan beras yang ditumbuk. biarkan lumuran tadi separuh kering, sental kulit anda perlahan2. Selepas itu dibilas dengan air/mandi.  Selepas mandi anda akan lihat hasilnya. Lakukan sekerap yang mungkin untuk hasil yang terbaik iaitu 2 kali seminggu. Kulit tubuh anda dijamin akan cerah dan berseri-seri.

Related posts

  • Melicinkan Kulit
  • Kulit Sentiasa Tegang
  • Mencantikkan Kulit Muka
  • Menghilangkan Lebam di Bibir
  • Daun Teh Yang Berkhasiat

Share This Post


RSS and Comments

Subscribe to the RSS Feed
4 Comments »

Atasi Masalah Senggugut Ketika Haid

Posted on November 21, 2009 in Petua Kesihatan, Petua Untuk Perempuan by nenek

Masalah senggugut kerap dialami oleh kaum wanita ketika datang bulan atau Period. Ada yang teruk dan ada yang tidak. Senggugut juga secara tidak langsung mengganggu emosi wanita setiap kali datang bulan. Malah ada yang sentiasa mengambil pil tahan sakit setiapkali period. Jika anda mengalami masalah senggugut ini, apakata anda cuba petua ini.

Campurkan serbuk lada hitam dan halia yang telah ditumbuk. Pastikan kuntiti kandungan kedua-duanya adalah sama. Bagi memudahkan cara, letakkan ramuan itu tadi di dalam kapsul kosong agar mudah di makan. Untuk lebih berkesan, ambil dua biji kapsul setiap kali makan, sehari dua kapsul. :)

Related posts

  • Petua Diet Sihat
  • Panduan Menghadapi ‘Morning Sickness’
  • Mengubati Penyakit Keputihan
  • Ubat Kencing Lawas
  • Berat Berlebihan

Share This Post


RSS and Comments

Subscribe to the RSS Feed
No Comments »
Next Page
  • Ads

    Mas Kahwin
    Senang Hamil
    Pakej Video Blog
    Mentor Jutawan
    Tudung Online
    Rahsia Mudah hamil
    Syurga Rumahtangga
    Lulus Kerja Kerajaan
    Berhenti Merokok
    Pertolongan Cemas
    Untung Perniagaan
    Doa Pengasih
  • Pelawat Sejak 6hb Okt 2009


  • Kategori

    • Lain-Lain Petua
    • Petua Ayat2 AlQuran
    • Petua Barang2 Elekrik
    • Petua Buah-buahan
    • Petua Hiasan Dalaman
    • Petua Jagaan Mata
    • Petua Kebersihan
    • Petua Kecantikan
    • Petua Kecantikan Wajah
    • Petua Kehamilan
    • Petua Kerjaya
    • Petua Kesihatan
    • Petua Kurus & Langsing
    • Petua Masakan
    • Petua Masakan Ayam
    • Petua Masakan Daging
    • Petua Masakan Ikan
    • Petua Masakan Nasi
    • Petua Masakan Sotong
    • Petua Masakan Udang
    • Petua Perkakas Rumah
    • Petua Rumahtangga
    • Petua Sayur-sayuran
    • Petua Untuk Baby & Anak2
    • Petua Untuk Lelaki
    • Petua Untuk Perempuan
    • Supplements
  • Petua Terbaru

    • 5 Cara Atasi Buasir
    • Tegangkan Payu Dara
    • Tumit Kaki Merekah
    • Beras Pulut Cerahkan Kulit
    • Atasi Masalah Senggugut Ketika Haid
    • 10 Langkah Tingkat Sistem Imun Badan
    • Tip Lindungi Anak Di Kamar Tidur
    • Daun Gajus Elak Bau Kurang Senang Daging Kambing
    • Elak Ikan Jadi Kecut Ketika Digoreng
    • Elak Nasi Mentah
  • Komen Terkini

    • nenek on Khasiat Susu Kambing
    • nenek on Beras Pulut Cerahkan Kulit
    • nenek on Memutihkan Kulit Muka
    • nenek on Memutihkan Kulit Muka
    • nenek on Beras Pulut Cerahkan Kulit
  • Arkib

    • January 2010
    • November 2009
    • October 2009
    • September 2009
    • August 2009
    • July 2009
    • May 2009
    • April 2009
    • March 2009
    • February 2009
    • January 2009
    • October 2008
    • September 2008
    • August 2008
    • July 2008
  • Tags

    anak antioksida baby food bahagia bawang bersalin biscuits breastfeeding buah daging egg fiber fosforus gula halia ikan jambu kalsium kambing kanser keluarga lada lada jeruk lada kering magnesium mata mineral nangka potasium protein rokok salt sembelit seri sireh sugar teh tidur ulam vegetables vitamin A vitamin B vitamin c vitamin D zat besi
  • Pautan

    • Asida.net
    • CAKAP.Net
    • Dunia Perkahwinan
    • InfoSihat.gov.my
    • Koleksi Cinta
    • Lubuk Petua Warisan
    • PanduanHarian
    • Tips Kerjaya
  • Petua Popular Hari Ini

Petua Terkini

  • 5 Cara Atasi Buasir
  • Tegangkan Payu Dara
  • Tumit Kaki Merekah
  • Beras Pulut Cerahkan Kulit
  • Atasi Masalah Senggugut Ketika Haid
  • 10 Langkah Tingkat Sistem Imun Badan
  • Tip Lindungi Anak Di Kamar Tidur
  • Daun Gajus Elak Bau Kurang Senang Daging Kambing
  • Elak Ikan Jadi Kecut Ketika Digoreng
  • Elak Nasi Mentah
  • Kalendar

    March 2010
    M T W T F S S
    « Jan    
    1234567
    891011121314
    15161718192021
    22232425262728
    293031  
  • Mengenai Nenek

    Seorang insan yang suka berkongsi petua orang tua-tua dahulu dan mengamalkannya selagi ianya mendatangkan kebaikan. Khususnya di dalam kesihatan dan kebahagiaan diri dan keluarga.