Lembutkan Daging Ayam Kampung
Daging ayam kampung biasanya keras dan liat. Untuk melembutkannya, ayam hendaklah direbus dengan sepotong nenas. Daging ayam tersebut akan menjadi lembut.
Daging ayam kampung biasanya keras dan liat. Untuk melembutkannya, ayam hendaklah direbus dengan sepotong nenas. Daging ayam tersebut akan menjadi lembut.
Memang enak menikmati ayam goreng ketika ia masih panas. Namun selera kita pasti akan terbantut jikalau ayam tidak ranggup dan hanyir. Untuk itu, pastikan ayam dicuci dengan bersih menggunakan asam jawa. Segala lendir akan melekat pada asam jawa tersebut. setelah dicuci bersih, bilas dengan air perahan limau nipis dan toskan seketika. kemudian perahkan pula sebiji [...]
Untuk menghilangkan bau hanyir ketika mencuci dalam kuantiti yang banyak, ayam tadi dibasuh dengan menggunakan tepung gandum seketika kemudian dicuci semula. Barulah simpan dalam peti sejuk.
Ayam yang terlalu lama disimpan di dalam bekas plastik akan membuatkan ayam berbau busuk. Setelah dicuci, perap ayam dengan tepung gandum seketika kemudian dicuci semula. Barulah simpan di dalam peti sejuk.
Ayam yang digoreng akan menjadi tidak rangup setelah lama diangkat dari kuali. Untuk mengekalkan kerangupan ini, masukkan sebiji telur ayam semasa menggaul ayam bersama garam dan kunyit. Kemudian goreng ayam seperti biasa.
Untuk menambah kesedapan Ayam Goreng, gunakan kunyit, beberapa ulas bawang dan halia ditumbuk lumat dan kemudian diperap bersama ayam. Jangan lupa tambahkan sedikit garam dan bahan perasa. Biarkan selama setengah jam sehingga satu jam sebelum digoreng dengan api yang perlahan hingga masak dan rangup.
Daging ayam yang segar kebiasaanya berwarna putih kekuningan. Apabila ditekan, daging ayam ini akan menanjal kembali ke bentuk asal. Manakala bagi daging ayam yang tidak segar, jari akan kelihatan seketika dan dagingnya berlendir dan lembut. Kulit ayam mesti kelihatan cantik. Tidak terlalu banyak kesan luka atau robek. Dielakkan juga membeli ayam yang terlalu banyak patah [...]
Alangkah indahnya menikmati hidangan tengahari dengan ulam yang dicincah dengan sambal belacan ynag sedap. Biasanya sesetengah daripada kita mengisar atau menumbul sambal belacan hingga lumat. Untuk menambah kesedapan sambal belacan, anda juga boleh membakar bawang merah atau bawang putih sebelum menumbuknya dengan bahan lain. Selain bakar, bawang tersebut boleh digoreng sekejap bersama belacan dan cili. [...]
Telur rebus kebiasaannya dihidang bersama dengan Nasi Lemak. Bagaimanapun kita ada kalanya berhadapan dengan masalah keretakkan telur ketika merebus. Untuk mengelakkan telur retak tersebut, ketika merebusnya masukkan sedikit garam dan biarkan telur hingga masak. Jangan dikacau dan biarkan telur tersebut benar-benar masak. Hasilnya telur tidak retak dan senang dikopek kulitnya. (Seri Dewi & Keluarga, Feb [...]
Bubur kacang, gandum atau pulut hitam sering menjadi hidangan minum petang. Walau bagaimanapun, anda pasti menghadapi masalah untuk menghidangkan bubur kacang kerana lambat empuk. Untuk mempercepatkan proses memasak bubur kacang ini, elakkan masukkan garam dan gula semasa merebusnya supaya tidak keras. Tunggu hingga kacang menjadi empuk, barulah dimasukkan garam serta gula. (Seri Dewi & Keluarga, [...]