Panduan Tips dan Petua Mudah Dalam Kehidupan Seharian

 


3 Petua Menghilangkan Selulit

4
Posted April 24, 2013 by nenek in Petua Kecantikan

 

Tak perlu lagi mencari krim yang mampu untuk mengatasi selulit di paha, perut, dan pinggul anda.Kini anda boleh menghilangkannya dengan mudah . Bahan utamanya: ampas kopi!

Tak peduli berapa umur anda, apa jenis kulit Anda, dan berapa berat badan anda, selulit selalu jadi musuh besar. Ia biasanya muncul di paha, perut, dan pinggul yang membuat kulit kita terlihat bergaris-garis kasar bak kulit jeruk. Selama bertahun-tahun, wanita di seluruh dunia mencari pelbagai krim dan ubat untuk menghilangkan selulit. Padahal, hanya dengan serbuk kopi, anda boleh membuat ramuannya sendiri.

Salah satu cara yang paling cepat untuk menghilangkan selulit adalah URUTAN. Dengan urutan, saliran darah jadi lebih lancar, dan sel-sel lemak boleh lebih mudah dihancurkan.

Sementara itu, ujian menunjukkan bahawa krim antiselulit yang dianggap paling mudah adalah yang mengandungi kafein. Ternyata kafein boleh melebarkan pembuluh darah, sehingga saluran dan aliran darah menjadi lebih lancar. Kafein juga boleh mengurangi kadar penimbunan/takungan air, yang merupakan salah satu penyebab terjadinya lemak ke kulit dan menjadi selulit.

Dua fakta ini sudah cukup mebuktikan dan meyakinkan kita bahawa salah satu penyelesaian paling mudah menghadapi selulit adalah urutan dengan ramuan yang mengandungi kafein. Ini petuanya.

Petua 1
1 sudu ampas kopi yang masih baru
1 putih telur
1 senduk makan minyak zaitun
Campurkan bahan-bahan di atas dan gunakan untuk mengurut bahagian tubuh anda yang berselulit. Urut dengan gerakan memutar, kemudian bilas. Ramuan ini juga boleh disapukan ke selulit, kemudian ‘bungkus’ bahagian tersebut dengan plastik dan biarkan selama 5-10 minit. Untuk hasil yang maksima, lakukan kaedah ini 3 kali seminggu.

Petua 2
1/4 sudu ampas kopi hangat
1 senduk makan minyak zaitun
Campurkan bahan-bahan di atas, kemudian balurkan ke atas loofah atau span wash lap sebelum mengurut bahagian yang berselulit. Lakukan 2 kali seminggu.

Petua 3
Campurkan ampas kopi dengan sabun cair atau body lotion. Sapukankan ke badan, biarkan beberapa minit, kemudian bilas. Lakukan setiap hari.

 

P/S: Selulit juga mudah dihilangkan dengan Sauna Pant/Seluar Sauna

Petikan: Tips Article Yahoo

>> Boleh cuba sabun ini.. USA SLIMMING SOAP

sabun pelangsing : USA SLIMMING SOAP


loading...

About the Author

nenek

Memberi pelbagai petua kepada pelbagai masalah. Petua-petua ini diambil berdasarkan kepada petua nenek moyang, pengalaman sendiri, pengalaman pembaca dan pengguna yang lain. Petikan media massa dan elektronik juga.

4 Comments


  1.  

    petua yg bgus dan mudah…tq..^___^




  2.  
    adah

    Nak try,suami cakap dia takut tgk selulit saya😭




  3.  
    khanza

    Pengen nyoba mudahan aja bisa hilang selulit di betis saya





Leave a Response


(required)

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.