Panduan Tips dan Petua Mudah Dalam Kehidupan Seharian

 


Cara Mencerahkan Warna Kulit

7
Posted January 31, 2012 by nenek in Petua Kecantikan

6 Makanan yang boleh mencerahkan warna kulit.

Hanya sia-sia saja menghabiskan ratusan ribu ringgit untuk produk pencerah kulit jika tidak melakukan perawatan dari dalam. Dengan nutrisi yang baik, kulit jadi sihat dan outamatik terlihat lebih cerah. Makanan apa yang menjadikan kulit tidak lagi gelap dan kusam? Antaranya,
1. Jeruk
Semua jenis buah jeruk, termasuk jeruk bali, merupakan sumber vitamin C yang memiliki banyak manfaat untuk kulit. Vitamin C meningkatkan produktiviti kolagen dan elastin dalam tubuh kita, yang berfungsi untuk mengurangi kerutan dan menglambatkan penuaan kulit. Ia juga dipercayai dapat memperlambatkan produktiviti melanin, pigmen yang membuat kulit menjadi lebih gelap. Usahakan memakan jeruk segar satu kali dalam sehari. Selain jeruk,tomato juga merupakan buah yang kaya vitamin C.

2. Sayuran berwarna merah dan hijau
Bayam, wortel, brokoli, dan seangkatan dengannya mengandungi banyak beta-carotene yang berfungsi sebagai antioksidan untuk kulit. Selain mencegah kerosakan sel, beta-carotene juga akan diubah oleh tubuh menjadi vitamin A yang berguna untuk memerangi jerawat, memproduk sel kulit baru, dan membuat warna kulit menjadi cerah dan muda. Akan lebih baik jika vitamin A kita dapatkan terus dari makanan dan bukan dari suplemen vitamin.

3. Ikan
Makhluk air ini kaya dengan kandungan asid lemak Omega-3 yang merupakan petua utama untuk kulit yang cerah cemerlang. Selain itu, ikan sarden, tuna, atau salmon yang kaya protein dapat membantu melindungi kulit dari paparan sinar matahari dan udara persekitaran. Protein yang terkandung di dalamnya membantu reproduktiviti sel dan membuat kulit menjadi berseri atau bercahaya.

4. Alpukat/Apokat/Avokado
Alpukat adalah sumber vitamin E. Ia berguna untuk menglambatkan penuaan dan membersihkan kulit dari segala parut/kesan seperti bekas jerawat, flek hitam, dan masalah lain. Pengambilan alpukat secara teratur juga akan mencegah kulit menjadi kendur seiring bertambahnya usia.

5. Gandum
Boleh didapat dalam bentuk sereal mahupun roti, gandum mengandungi biotin yang berfungsi membantu sel tubuh memproses lemak. Kekurangan biotin dapat menyebabkan kulit kering dan menjadi kusam.

6. Minyak zaitun
Makanan paling sihat untuk kulit? Salad buah dan sayuran yang ditambah/renjis minyak zaitun sebagai penyedap. Minyak ini mengandungi asid lemak yang esensial untuk membuat kulit lebih cerah, bersinar, dan sihat.


About the Author

nenek

Memberi pelbagai petua kepada pelbagai masalah. Petua-petua ini diambil berdasarkan kepada petua nenek moyang, pengalaman sendiri, pengalaman pembaca dan pengguna yang lain. Petikan media massa dan elektronik juga.

7 Comments


  1.  

    muka saya hitam saya malu bila keluar semua orng buli saya tolong saya nak jadi putih




  2.  

    Warna kulit saya tidak sekata……..tidak lama lagi Auntie saya akan b’rkahwin dan saya akan m’njadi pngapit dia ……. TOLONG SAYA,SAYA NAK KULIT PUTIH DAN GEBU….:)




  3.  
    Aiqa nabilla

    Salam nek,saya hitam kawan2 smua ejek sya kicap nek sya malu la nek tolong la saya.adakah petua ini brksan nek.




  4.  

    mcm mna nk sekatakn wrna klit?





Leave a Response

(required)


Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.