Panduan Tips dan Petua Mudah Dalam Kehidupan Seharian

 


Jeragat Blackhead Whitehead

0
Posted February 21, 2012 by nenek in Petua Kecantikan

Jeragat, secara sains perubatan dikenali sebagai open comedo. Ia merupakan satu benjol atau bonggol kuning atau kehitaman seakan-akan terlihat tersumbat pada kulit. Jeragat adalah sejenis ‘akne vulgaris’. Lebih mudah dikenali sebagai whitehead ataupun blackheat.

Diketahui ramai bahawa ia disebabkan oleh kulit yang kurang bersih, kotor. Jeragat sebenarnya disebabkan oleh lebihan minyak yang terkumpul dalam saluran kelenjar sebum. Bahan di dalam bonggol ini kebanyakannya terdiri daripada keratin dan perubahan sebum (lelehan berminyak dari kelenjar sebaceous), yang menjadi hitam ketika ia teroksida.

Akar rambut tersumbat, di mana jeragat sering terbentuk, dan memantul cahaya secara tidak sekata yang menghasilkan gemerlapan “kehitaman” jeragat. Sungguhpun begitu, bahan tersumbat tidak semestinya kelihatan hitam apabila dikeluarkan dari liang, tetapi mungkin memiliki warna perang-kekuningan disebabkan kandungan melaninnya.

Disebaliknya, “kepala putih” (lebih dikenali sebagai jerawat atau comedo tertutup) adalah akar rambut yang dipenuhi dengan bahan yang sama, sebum, tetapi tidak mempunyai bukaan mikroskopik ke permukaan kulit. Oleh kerana udara tidak sampai ke akar rambut, sebum tersebut tidak teroksida, dan kekal putih.

Whitehead/Blackheat yang tidak dikeluar dengan cucian bersih, lama-kelamaan akan mengakibatkan bonggol hitam berakar dan sukar dibersihkan dengan pencuci muka biasa.

Kebanyakkan disaran penggunaan masker 2 atau 3 kali seminggu. sebagai contoh penggunaan masker sheshido. Sepaket hanya RM2.

Bahan : Wikipedia

SHISEIDO BLACK MASKKlik gambar ini, untuk maklumat lanjut


loading...

About the Author

nenek

Memberi pelbagai petua kepada pelbagai masalah. Petua-petua ini diambil berdasarkan kepada petua nenek moyang, pengalaman sendiri, pengalaman pembaca dan pengguna yang lain. Petikan media massa dan elektronik juga.

0 Comments



Be the first to comment!


Leave a Response


(required)

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.