Panduan Tips dan Petua Mudah Dalam Kehidupan Seharian

 


5 Cara Mencegah Tumbuhnya Jerawat

0
Posted February 17, 2012 by nenek in Petua Kecantikan

Tumbuhnya jerawat di wajah sering kali menganggu penampilan serta menghilangkan kepercayaan diri. Bagaimanapun, terdapat banyak produk rawatan jerawat di pasaran tetapi tidak mampu menghentikan tumbuhnya jerawat ini.

“Mencegah lebih baik dari mengubati”. Sememang lebih baik mencegah tumbuhnya jerawat tersebut dengan cara semulajadi. Kuncinya terletak pada gaya hidup kita. Ikuti cara dalam lima langkah ini yang diambil dari yahoo.com berikut.

1. Banyakkan makan bawang putih
Bawang putih dapat menghancurkan bakteria yang ada pada pori-pori kulit. Selain itu bawang putih juga berfungsi meningkatkan sistem imunisasi tubuh, temasuk kulit. Sehingga dapat mencegah tumbuhnya jerawat.

2. Sinari kulit dengan matahari
Kulit memerlukan sinar matahari supaya terjaga kesehatannya sehingga sel-selnya dapat aktif secara sempurna. Biarkan kulit terkena sinar matahari pagi paling tidak 15 minit setiap harinya.

3. Exercise dan tidur cukup
Stress yang anda alami setiap hari juga akan menyebabkan ketidakseimbangan hormon dan akhirnya menyebabkan jerawat tumbuh. Olahraga iaitu exercise dan tidur yang cukup akan membantu tubuh menstabilkan kembali hormon-hormon anda.

4. Cuci muka dengan air suam
Jerawat boleh tumbuh kerana kotoran yang memasuki pori-pori kulit. Air suam akan membuat pori-pori terbuka untuk sementara, sehingga sabun pencuci muka anda boleh membersihkan kulit secara maksima. Setelah bersih, basuh kembali wajah anda dengan air biasa, agar pori-pori kembali tertutup.

Sabun Pencuci Aura Maya berwarna hijau ini, sangat sesuai untuk merawat jerawat serta jeragat.

5. Bersihkan tubuh dari toksin
Makanan yang kurang bersih dan persekitaran yang kita terdedah setiap hari dapat menjadi toksin dan merangsang tumbuhnya jerawat di kulit. Cara membuang toksin (racun/detoksifikasi) yang secara semulajadi adalah dengan meminum air putih yang cukup setiap hari. Toksin-toksin yang terdapat di dalam tubuh akan keluar bersama air kecing dan najis serta melalui peluh keringat, sehingga jerawat pun tidak tumbuh.

Minuman Cocoacollagen juga bertindak memudahkan pembuangan toksin

Mudah kan cara ini? Selamat Mencuba..


About the Author

nenek

Memberi pelbagai petua kepada pelbagai masalah. Petua-petua ini diambil berdasarkan kepada petua nenek moyang, pengalaman sendiri, pengalaman pembaca dan pengguna yang lain. Petikan media massa dan elektronik juga.

0 Comments



Be the first to comment!


Leave a Response

(required)


Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.