Panduan Tips dan Petua Mudah Dalam Kehidupan Seharian

 


Hilangkan Lebam Bawah Mata

0
Posted December 22, 2010 by nenek in Petua Kesihatan

Lingkaran hitam bawah mata seringkali menjadi masalah terutama kepada wanita. Mereka sering menutupinya dengan memakai cermin mata gelap. Namun begitu, mereka tidak perlu risau lagi setelah mengamalkan petua ini yang hanya menggunakan sebiji kentang. Senang dan mudah.

dark circles

Ikuti cara2 seperti berikut;

  1. Ambil 1/2 atau sebiji kentang.
  2. Kupas kulit kentang tadi dan bersihkannya sebelum kisarkan ia sampai halus.
  3. Kemudian, letakkan kentang yang telah dikisar tadi di atas sehelai kain lembut dan bersih.
  4. Sapukannya pada bahagian bawah mata anda yang bermasalah secara perlahan-lahan.
  5. Pastikan juga sapuan tersebut tidak kena pada mata.
  6. Biarkan sapuan tadi menyerap pada kulit di bahagian bawah mata kira-kira dalam 15 ke 20 minit.
  7. Selepas itu, barulah anda basuh bahagian tersebut dengan air bersih.
  8. Amalkan petua ini setiap hari jika anda berkesempatan. Jika diizinkanNya, lingkaran hitam pada bawah mata anda boleh dihilangkan.Selamat Mencuba dan Berjaya!

About the Author

nenek

Memberi pelbagai petua kepada pelbagai masalah. Petua-petua ini diambil berdasarkan kepada petua nenek moyang, pengalaman sendiri, pengalaman pembaca dan pengguna yang lain. Petikan media massa dan elektronik juga.

0 Comments



Be the first to comment!


Leave a Response

(required)


Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.