Panduan Tips dan Petua Mudah Dalam Kehidupan Seharian

 


Langkah Membuat Makeup Tahan Lama

0
Posted February 26, 2012 by nenek in Petua Kecantikan

Penggunaan kosmetik alat solek merupakan satu kemestian bagi wanita, termasuklah wanita-wanita MALAYSIA. Namun begitu,suhu yang panas di Malaysia sudah tentu membuat tubuh badan berpeluh.Terutama ketika anda melakukan aktiviti-aktiviti luar yang memerlukan anda menggunakan kosmetik dalam jangka waktu yang lama, sudah tentu anda mencari cara untuk membuat make-up di wajah bertahan lama.

Antaranya;

Tangan hendaklah selalu bersih
Diambil dari Beauty Tips, salah satu penyebab make-up anda luntur adalah sentuhan dari tangan anda yang kotor. Selain melunturkan, tangan yang kotor juga menambah bakteria di kulit wajah anda sehingga menyebabkan munculnya jerawat dalam jangka yang panjang. Kebersihan tangan merupakan hal utama ketika anda memutuskan untuk melakukan solekan di muka.

Pastikan wajah juga bersih
Mencuci wajah juga hal paling asas untuk membuat make-up anda bertahan lama. Kandungan air dan minyak di kulit menjadi neutral sehinggalah siap di make-up. Untuk hasil yang lebih baik, gunakan tambahan kertas minyak khas untuk meng-kontrol minyak yang turut menyeimbangkannya minyak-minyak di muka anda.

Gunakan pelembap yang tidak mengandungi minyak
Beberapa pelembap biasanya mengandungi bahan kimia yang malah membuat kulit anda rosak. Dalam hal ini, produk seperti Lanolin dianggap beracun, seperti yang diambil dari MedLine Plus. Lanolin boleh membuat kulit berminyak. Produk yang mengandungi bahan ini sangat tidak dianjurkan untuk digunakan khususnya demi membuat make-up anda tahan lama di muka. Pelembap tanpa mengandung minyak dioleskan ke seluruh wajah dan didiamkan selama sepuluh menit.

Face Primer sebelum foundation
Jolie Hair and Beauty Academy menyarankan penggunaan primer sebelum foundation agar memastikan make-up dapat melekat dengan baik di muka dalam masa yang lama. Cara kerja primer di wajah sangat sederhana, melindungi foundation yang terdapat di wajah dan memastikan kulit sedia dimake-up akan tetap sihat. Permukaan kulit yang sudah diletak primer menjadi lebih lembut dan sempurna.

Foundation, lalu bedak
Seperti yang diulas dari Beauty Tips, tiga lapisan asas membuat make-up bertahan lama adalah primer, foundation, lalu bedak. Fungsi foundation salah satunya adalah untuk membuat warna make-up yang akan anda guna sentiasa natural. Pakaikan pula bedak secukupnya dan tidak berlebihan. Tak perlu khuatir kekurangan kerana primer dan foundation sebelumnya sudah mampu menjaga dandanan wajah anda dalam jangka masa yang lama.

Akhiri dengan kreativiti anda sendiri
Sesuaikan dengan kehendak anda dengan menjaganya tanpa berlebihan, kerana make-up yang baik adalah hasil natural dan tak berlebihan, yang bermaksud tidak akan merosakkan kulit anda dalam jangka masa yang lama.


loading...

About the Author

nenek

Memberi pelbagai petua kepada pelbagai masalah. Petua-petua ini diambil berdasarkan kepada petua nenek moyang, pengalaman sendiri, pengalaman pembaca dan pengguna yang lain. Petikan media massa dan elektronik juga.

0 Comments



Be the first to comment!


Leave a Response


(required)

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.