Panduan Tips dan Petua Mudah Dalam Kehidupan Seharian

 


Masalah Jeragat dan Rawatannya

1
Posted September 7, 2014 by nenek in Petua Kecantikan

jeragatMasalah Jeragat dan Rawatan nya
Published on 04/11/2011    by Dr Hasseenah Hassan in jeragat

Masalah Jeragat di kalangan Warga Asia Jeragat atau nama medikalnya Melasma adalah salah satu dari masalah kulit yang sangat biasa di kalangan penduduk Asia umumnya dan Malaysia , khasnya. Di Asia tenggara, ia berada dalam 10 tangga teratas didalam masalah kulit yang dihidapi. Kaum wanita lebih kerap terlibat dimana nisbahnya lebihkurang  12:1 ( Wanita: Lelaki). Nisbah ini berbeza-beza dari satu Negara ke Negara yang lain . Insiden yang paling tinggi dilihat pada mereka yang berumur 25- 50 tahun. Kawasan muka yang sering terlibat adalah bahagian pipi. Namun terdapat juga mereka yang mengalami nya pada hidung dan dahi. Melasma boleh di bahagikan kepada Melasma Epidermal dan Melasma Dermal.

Kerap kali , kedua-dua keadaan tersebut akan hadir bersama. Tidak kurang juga mereka yang mempunyai melasma akan juga mempunyai Hori’s Naevus . Hori’s Naevus ini selalunya akan lebih jelas sewaktu mengandung. Ianya telahpun ada pada pesakit tetapi tidak disedari kerana kurang jelas.

Seperti yang kita ketahui, apabila mengandung, badan akan menghasilkan lebih banyak pigmen. Oleh itu, Hori’s Naevus dan melasma akan lebih jelas kelihatan dan disedari hanya semasa mengandung. Keadaan ini akan mengecewakan pesakit yang mendapat rawatan untuk melasma kerana kekadang akan berlaku keadaan dimana melasma hilang dengan rawatan tetapi Hori’s Naevus semakin jelas kelihatan. Ini adalah kerana sebelum ini ia dilindungi oleh melasma tetapi bila melasma telah tiada, tompokan hitam Hori’s Naevus akan kelihatan jelas. Perbezaan Hori’s Naevus dengan melasma akan dapat diketahui oleh doctor anda.

Sebab-sebab terjadinya melasma ( Jeragat )

1)Terdedah kepada cahaya matahari terik (UV)

2)Penggunaan hormone/ masalah hormon tidak stabil. Cthnya Pil perancang atau ketika hamil dan monopaus

3)Penggunaan kosmetik / rawatan kulit tidak sesuai/ biasa dengan produk murah dan tidak berkualiti.

4)Keturunan.

**********

Bagimanapun anda boleh mengurangkan dan memerangi jeragat dengan mengambil tindakan seperti berikut:-
a.       Lindungi kulit anda drpd pancaran matahari dgn menggunakan krim tabir suria yg sesuai dgn skin anda,tidur dgn cukup dan jauhi drpd kegelisahan.
b.      Pastikan barangan makeup yg anda pakai bermutu tinggi dan lakukan urutan muka yg boleh merangsangkan peredaran darah yg boleh mempercepatkan pemulihan.
c.       Jeragat dpt dipulihkan dgn amalan supplement skin dan bukannya skincare2 luaran ya…so amalkan suplement2 yg bagus utk menghilangkan jeragat..dan kebiasannya jeragat terjadi pada skin yg dry ( kering ),maka gunakan mosituriser yg bersesuaian dgn skin anda.
d.      Elakkan dr menggunakan skincare2 yg mengandungi hidrokinon..jangan gunakan produk2 muka yg boleh mengelupaskan kulit kerna ianya akan meghakiskan kulit anda dan menyebabkan wajah makin nipis dan sensitif.
e.      Minum air masak 3-5 liter sehari..perlu diingat ya air putih ya dan bukannya air coke,pepsi tuh ok…

Utk menghilangkan jeragat/jerawat, saya sarankan pengguna L’Arome clearskin ini.. memang berkesan.

Harga special dengan pembelian 3set + free pos

Klik gambar ini ya untuk info lanjut.

Whatsapp 0123312030

clearskin hilangkan jeragat dengan berkesan

 


loading...

About the Author

nenek

Memberi pelbagai petua kepada pelbagai masalah. Petua-petua ini diambil berdasarkan kepada petua nenek moyang, pengalaman sendiri, pengalaman pembaca dan pengguna yang lain.
Petikan media massa dan elektronik juga.


One Comment


  1.  

    Memang tidak dinafikan masalah jeragat sangat merunsingkan. Sangat sukar nak hilangkan jeragat nie.

    Terima kasih admin di atas perkongsian. 😉





Leave a Response


(required)

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.