Panduan Tips dan Petua Mudah Dalam Kehidupan Seharian

 


Menegang dan Melicinkan kulit dengan Telur Ayam

20
Posted May 25, 2010 by nenek in Petua Kecantikan

Telur Ayam mudah didapati dimana-mana sahaja. Selain ia digunakan sebagai masakan dan makanan, ia juga sesuai digunakan untuk kecantikan wajah. Kulit wajah bukan sahaja akan kelihatan cantik, malah ia akan licin dan tegang.

Petuanya adalah seperti berikut;

  1. Bersihkan muka anda sebersihnya dari kotoran dan alat make-up dengan menggunakan air bersih dan span.
  2. Keringkan muka dengan tuala yang bersih.
  3. Kemudian, ambil sebiji telur ayam dan asing putih telur dan kuningnya ke dalam mangkuk atau piring.
  4. Selepas itu, sapukan putih telur sahaja ke seluruh bahagian muka.
  5. Biarkan ia kering dan melekat di kulit muka seperti masker. Elakkan dari bercakap atau menggerakkan bahagian muka selama satu jam.
  6. Kemudian, bilas muka anda dengan air suam.
  7. Seelok-eloknya amalkan petua ini dua atau tiga kali seminggu sebelum anda masuk tidur.

InsyaAllah. Kulit anda akan tegang dan licin serta putih secara semulajadi. :)


About the Author

nenek

Memberi pelbagai petua kepada pelbagai masalah. Petua-petua ini diambil berdasarkan kepada petua nenek moyang, pengalaman sendiri, pengalaman pembaca dan pengguna yang lain. Petikan media massa dan elektronik juga.

20 Comments


  1.  
    fifi

    nak try lah..




  2.  
    pening

    nek, nk tegg kan kulit muke selain gune telur xde ke??




  3.  
    maria deeba

    saya nak cuba lah…tp selain dari putih telur
    apa dia ea???




  4.  
    ain

    tk de kesn ke pakai telur kt muka ni ? saya ada baca makan telur slma seminggu 44% mudh dpt pykit ? bole bgthu jwpn ?




    •  

      Makan telur seminggu? Memang mudah mendapatkan penyakit.. cthnya diabetes dan kolestrol. Ini bab makan, tapi petua ini adalah untuk menegangkan kulit dan digunakan 3 kali seminggu sebagai masker.




  5.  
    ntahla,,,

    salam,putih telur tu dah habis senang nak cari,,nak yang lagi senang ke?hu hu,,tarok clorox la kot ye nek,,




  6.  
    ain

    terima kasih nenek , tapi brpe lme mse diambil ye utk menegangkan kulit muka




  7.  
    daisy pink

    salam,nek betul ker putih telur tu memutihkan kulit muka?




  8.  
    iekien

    terima kasih nek..sya dh cuba..ia mmg memuaskan..p,cma stu jer..abis jer gna..naper jerawat byak timbul yer??




  9.  
    ieda

    nenek klu nak pakai petua nie saya boleh lagi ke pakai pencuci muka saya?sebab saya takut klu saya pki sekali gus jerawat akan banyak timbul kat muka saya




  10.  
    suhaila

    iekien- btol ker? dah pakai jrawat lg bnyak timbul?




  11.  
    yat

    boleh cba nie nek…tq




  12.  
    hmm..

    yg ni boleh putihkan jugakke?




  13.  
    ENY

    nenekl sy mmg dah lama cuba petua ni..mmg senang dan sgt berkesan..mula2 cuba dulu sy pakai telur ayam kapung rasa tegang dan pedih jer memula..tp pastu kulit mmg licin dan cerah sket..lagi satu tips telur tu kena letak dlm peti ais setahu saya..cuba lah kawan2!! :)




  14.  

    Assalamualaikum nenek.
    Saya nak tanya. ayat kat atas kata biarkan selama 1 jam kan?
    Kalau semalaman boleh tak? ada effect apa2 tak nenek?




  15.  

    nenek,

    yang no 5 tu..




  16.  

    saya memang telah mengamalkan putih telur ni dgn sedikit air limau nipis.. sapukan kemuka dan pastu tekap dgn tisu dan letak lg putih telur sehingga tisu tersebut basah diseluruh muka..lepas sejam..walaaa kulit terasa sgt2 lembut dan licin..





Leave a Response

(required)


Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.