Menegang dan Melicinkan kulit dengan Telur Ayam
Posted
May 25, 2010 by nenek in
Petua Kecantikan
Telur Ayam mudah didapati dimana-mana sahaja. Selain ia digunakan sebagai masakan dan makanan, ia juga sesuai digunakan untuk kecantikan wajah. Kulit wajah bukan sahaja akan kelihatan cantik, malah ia akan licin dan tegang.
Petuanya adalah seperti berikut;
- Bersihkan muka anda sebersihnya dari kotoran dan alat make-up dengan menggunakan air bersih dan span.
- Keringkan muka dengan tuala yang bersih.
- Kemudian, ambil sebiji telur ayam dan asing putih telur dan kuningnya ke dalam mangkuk atau piring.
- Selepas itu, sapukan putih telur sahaja ke seluruh bahagian muka.
- Biarkan ia kering dan melekat di kulit muka seperti masker. Elakkan dari bercakap atau menggerakkan bahagian muka selama satu jam.
- Kemudian, bilas muka anda dengan air suam.
- Seelok-eloknya amalkan petua ini dua atau tiga kali seminggu sebelum anda masuk tidur.
InsyaAllah. Kulit anda akan tegang dan licin serta putih secara semulajadi. 🙂
loading...
nak try lah..
nek, nk tegg kan kulit muke selain gune telur xde ke??
saya nak cuba lah…tp selain dari putih telur
apa dia ea???
tk de kesn ke pakai telur kt muka ni ? saya ada baca makan telur slma seminggu 44% mudh dpt pykit ? bole bgthu jwpn ?
Makan telur seminggu? Memang mudah mendapatkan penyakit.. cthnya diabetes dan kolestrol. Ini bab makan, tapi petua ini adalah untuk menegangkan kulit dan digunakan 3 kali seminggu sebagai masker.
salam,putih telur tu dah habis senang nak cari,,nak yang lagi senang ke?hu hu,,tarok clorox la kot ye nek,,
terima kasih nenek , tapi brpe lme mse diambil ye utk menegangkan kulit muka
salam,nek betul ker putih telur tu memutihkan kulit muka?
terima kasih nek..sya dh cuba..ia mmg memuaskan..p,cma stu jer..abis jer gna..naper jerawat byak timbul yer??
nenek klu nak pakai petua nie saya boleh lagi ke pakai pencuci muka saya?sebab saya takut klu saya pki sekali gus jerawat akan banyak timbul kat muka saya
iekien- btol ker? dah pakai jrawat lg bnyak timbul?
ia bertindak seperti masker dik.. cubalah
boleh cba nie nek…tq
yg ni boleh putihkan jugakke?
Insya-Allah
nenekl sy mmg dah lama cuba petua ni..mmg senang dan sgt berkesan..mula2 cuba dulu sy pakai telur ayam kapung rasa tegang dan pedih jer memula..tp pastu kulit mmg licin dan cerah sket..lagi satu tips telur tu kena letak dlm peti ais setahu saya..cuba lah kawan2!! 🙂
Assalamualaikum nenek.
Saya nak tanya. ayat kat atas kata biarkan selama 1 jam kan?
Kalau semalaman boleh tak? ada effect apa2 tak nenek?
mana pula datangnya 1jam tu ya?
nenek,
yang no 5 tu..
saya memang telah mengamalkan putih telur ni dgn sedikit air limau nipis.. sapukan kemuka dan pastu tekap dgn tisu dan letak lg putih telur sehingga tisu tersebut basah diseluruh muka..lepas sejam..walaaa kulit terasa sgt2 lembut dan licin..
Boleh letak telur kuning sekali pada muka ?? N nk tunggu berapa minit or jam?
tunggu sampai kering betul2. then tarik tanggalkan