Panduan Tips dan Petua Mudah Dalam Kehidupan Seharian

 


Minyak Mawar Kurangkan Wajah Berminyak

0
Posted April 23, 2012 by nenek in Petua Kecantikan

Berdasarkan kajian, bunga yang menjadi simbolik cinta ini mampu bertindak sebagai astringen yang berfungsi mengecilkan pori-pori dan mengurangi minyak pada wajah. Ia juga mampu melembapkan dan mengurangkan kemerahan pada wajah.

petikan Majalah iSIHAT.

Khasiat pati sari mawar

Minyak pati sarinya mengandung geraniol dan limonene yang berfungsi sebagai antiseptik dan menambah daya tahan tubuh. Harum aroma bunga mawar baik untuk sistem saraf yang merupakan aromaterapi yang bersifat menenangkan, mengurangi stres emosional dan psikologi serta meningkatkan mood.

Pati sari mawar yang harum kaya akan antioksidan vitamin A dan vitamin C, minyak mawar mempunyai kesan tonik dan zat pada kapilari yang terletak betul-betul di bawah permukaan kulit. Minyak mawar mengurangkan kemerahan disebabkan oleh pembesaran pembuluh kapilari, iritasi dan luka bakar, atau keradangan kulit. Ia sesuai untuk semua jenis kulit, kerana ia kaya omega-3 dan omega-6 fatty acids, sangat bermanfaat untuk memulihkan kulit kering, kasar, pecah-pecah, sensitif, dibakar, atau penuaan.

Petikan dari SISWAZAH PENTERNAK RUMINAN


loading...

About the Author

nenek

Memberi pelbagai petua kepada pelbagai masalah. Petua-petua ini diambil berdasarkan kepada petua nenek moyang, pengalaman sendiri, pengalaman pembaca dan pengguna yang lain.
Petikan media massa dan elektronik juga.


0 Comments



Be the first to comment!


Leave a Response


(required)

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.