Petua Hilangkan Kulit Muka Berminyak
Posted
February 20, 2011 by nenek in
Petua Kecantikan
Berikut adalah beberapa petua menghilangkan dan mengurangkan kulit muka yang berminyak;
- Parut epal hingga halus dan sapukan pada muka. Biarkan selama 15 minit selepas itu cucilah dengan air suam. Lakukan tiga kali seminggu.
- Rendam beras anggaran setengah gelas, campurkan daun cermai dan ibu kunyit. Kesemuanya bahan ini hendaklah dikisar bersama. Bersihkan muka terlebih dahulu dan sapukan bahan yang telah dikisar itu setiap kali sebelum tidur.
- Campurkan sedikit madu lebah dengan air perahan asam gelugur, jika tiada, bolehlah digantikan dengan air limau parut. Sapukan campuran bahan tersebut ke seluruh muka dan biarkan kering. Kemudian bilaslah dengan menggunakan air bersih.
- Ramaskan daun sirih di dalam secawan air. Selepas itu, sapukan air ramasan itu pada seluruh muka dan biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air suam. Lakukan tiga kali seminggu berturut-turut untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.
- Campurkan tepung dal dengan pati susu dan sapukan pada muka. Biarkan sapuan itu sehingga kering. Selepas itu bilas muka dengan air bersih.
- Rendam sehelai tuala kecil ke dalam air suam kemudian perah dan tekapkan ke muka. Setelah itu laplah bersih-bersih. Lakukan setiap malam sebelum tidur.
- Gunakan bedak sejuk biasa. Amik sedikit bedak sejuk (ketul2an), tambah dengan sedikit air. Tempek kat bedak sejuk ke muka sebelum tido. Bersihkan muka selepas 30 minit atau sebaik bangun dari tido. Kulit akan tambak segar dan halus, serta mengurangkan minyak di permukaan muka.
Produk Sauna : boleh mengatasi masalah muka berminyak dan kasar, migrain, dan masalah rambut gugur

























Visit Today : 480
Visit Yesterday : 949
This Month : 20463
This Year : 20463
Total Visit : 20463
Hits Today : 2170
Total Hits : 86199
Who's Online : 5



















mm,,yg no.6 tur..sya der pkai..
sungguh memuaskan..
trimak kasih..nenek..
yg no 1 tu saya ader wat sungguh berkesan
sayer akan cube~~
no 1 tu sgt berkesan
no 7 sngt berkesan
nenek,trma ksih… sy akn cb petua nenek….
nombor 6 tu mudah dan amat berkesan!
petua no 6 tu berkesan ke ? nanti saya nak cuba lahh no 6 malam ni .
semuanya berkesan?
Insya-Allah, cubalah dulu.. mana tahu kalau tak cuba kan?
insyaAllah…
Petua no.1 kne gune epal hijau atau merah?
mana2 epal.
no.6 sangat berkesan…mudah & selamat
hahahha
nk cbe sume jew..hehe