Panduan Tips dan Petua Mudah Dalam Kehidupan Seharian

 


Petua Menghilangkan Bintik Hitam

9
Posted June 4, 2010 by nenek in Petua Masakan

1. Selain daripada ulam yang enak dan berkhasiat, pegaga juga boleh digunakan untuk menghilangkan tanda hitam parut jerawat di muka. Caranya ialah dengan mengisar daun pegaga dengan bedak sejuk dan air secukupnya. Pupukkan adunan tersebut di tempat tanda hitam parut jerawat di muka anda setiap hari atau setiap malam sebelum tidur. Campuran kisaran pegaga dan bedak sejuk tersebut boleh disimpan di dalam peti sejuk dengan memasukkannya ke dalam botol yang kering.

2. Lumatkan sehelai daun nangka yang agak tua dengan sedikit air. Sapukan pada muka yang telah dibersihkan. Setelah kering, bersihkan muka dengan menggunakan air suam.

kulit kayu manis3. Campurkan beras pulut dengan kulit kayu manis. Kemudian goreng tanpa minyak hingga kekuningan. Kisar dan gosokkan pada muka dua kali seminggu.

4.  Rendamkan sehelai tisu ke dalam dua biji putih telur. Tampalkan tisu tersebut pada tempat yang ditumbuhi bintik-bintik hitam. Setelah kering, tanggalkan. Basuh muka dengan air bersih dan pencuci muka. Lakukan dua kali seminggu.


About the Author

nenek

Memberi pelbagai petua kepada pelbagai masalah. Petua-petua ini diambil berdasarkan kepada petua nenek moyang, pengalaman sendiri, pengalaman pembaca dan pengguna yang lain. Petikan media massa dan elektronik juga.

9 Comments


  1.  

    nenek muka sy bnyk sgt masalah jerawat bintik putih n hitam sy malu tlg la saya… sy nak cuba petua no 2 sebab dau nangka senang dapat




  2.  

    nenek muka sy bnyk sgt masalah bintik putih n hitam sy malu tlg la saya… sy nak cuba petua no 2 sebab dau nangka senang dapat




  3.  
    syahmi

    nenek.saya ada parut ngan bintik hitam dan jerawat.saya juga mempunyai tone kulit yang tidak sekata.tolonglah nenek bantu saye nek.saya nak lihat macam michael jackson




  4.  

    salam nenek,saya ada masalah parut jerawat & kulit berminyak.boleh x nenek berikan petua yg mudah utk mengatasi masalah ini?




  5.  
    my mis

    Salam … nek , putih telor tu kne kacau dlu ke ap ??




  6.  
    rina

    nek kalo guna bedak sejuk je bleh





Leave a Response

(required)


Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.