Panduan Tips dan Petua Mudah Dalam Kehidupan Seharian

 


Gemuk Melampau Ketika Hamil

0
Posted August 9, 2014 by nenek in Petua Kecantikan

gemuk ketika hamilSebelum hamil, berat badan saya sekitar 58 kilogram tetapi kini ia meningkat kepada 75 kilogram. Saya ada membaca artikel bahawa berat badan akan naik sebanyak 12 kilogram tetapi kandungan saya baru saja dua pertiga jalan dan sudah melebihi jumlah terbabit. Berapa jumlah berat badan dijangka bertambah sewaktu hamil? Adakah saya mempunyai sebarang masalah?

NINA,
Kuala Lumpur

SEPANJANG kehamilan, berat badan dijangka bertambah sebanyak kira-kira 25 peratus daripada berat badan sebelum hamil. Memandangkan kebanyakan wanita Malaysia mempunyai berat badan sekitar 50 kilogram, peningkatan berat badan sebanyak 12 hingga 15 kilogram dianggap berpatutan. Memasuki trimester kedua, berat badan dijangka meningkat sebanyak 0.5 kilogram setiap minggu sehingga pada akhir trimester ketiga yang mana berat badan akan mendatar atau sedikit turun.

Bagaimanapun, sekiranya berat badan dilihat meningkat secara berlebihan, ia mungkin petanda penyakit diabetes mellitus kehamilan, ia dapat disahkan melalui ujian darah toleransi glukosa (lebih dikenali sebagai MGTT). Doktor juga akan memeriksa tahap kesihatan anda seperti tekanan darah dan keadaan kandungan termasuk janin dan indeks air ketuban. Sekiranya tiada penyakit atau gangguan dikesan, anda tidak perlu risau tetapi mungkin ia boleh memberi masalah sewaktu bersalin kelak. Saiz badan yang besar menyukarkan doktor untuk menilai keadaan kandungan melalui pemeriksaan fizikal dan terpaksa berpandukan kepada imbasan ultrabunyi. Anda juga mungkin mengalami kesukaran berada dalam posisi bersalin. Tisu lemak yang mengisi ruang bersebelahan faraj juga boleh menambah kesukaran anda meneran bayi keluar. Luka pembedahan juga mungkin lambat sembuh. Selain itu, anda juga terdedah kepada risiko pembekuan darah di dalam paru-paru (embolisma pulmonari).

Petikan: Hmetro

 

p/s: Bagaimana hebat nafsu makan ketika hamil, bakal2 ibu harus mengambil makanan berkhasiat sekadar mencukupi. Jangan terlebih, dikhuatiri pelbagai penyakit datang baik ketika hamil, semasa bersalin mahupun selepas bersalin.

Walaupun kebanyakkan ibu2 boleh mengharungi masalah2 kesihatan ketika hamil dan bersalin, tetapi masalah selepas bersalin berpanjangan hingga memudarkan bibik cinta suami isteri. iaitu sebagai contoh masalah kegemukan, parutan sana sini, stretchmarks hodoh dibadan sbgnya.

Oleh itu, saya sarankan ibu-ibu yang mempunyai masalah kegemukan, selulit dan stretchmarks hodoh ini mengamalkan SERUM AJAIB LAMORE. Hanya 2kali sehari SAPU-SAPU dan TENYEH-TENYEH di kawasan berlemak. InsyaAllah dengan izinNya, anda dapat kembali bentuk badan anak dara, parut dan stretchmarks hilang.

email: asieda82@gmail.com/whatsapp 0123312030 (lebih cepat). Info dan pertanyaan FREE sahaja. (^_^)


loading...

About the Author

nenek

Memberi pelbagai petua kepada pelbagai masalah. Petua-petua ini diambil berdasarkan kepada petua nenek moyang, pengalaman sendiri, pengalaman pembaca dan pengguna yang lain. Petikan media massa dan elektronik juga.

0 Comments



Be the first to comment!


Leave a Response


(required)

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.