Panduan Tips dan Petua Mudah Dalam Kehidupan Seharian

 


Petua dan Tips Kurus Dengan Sauna

0
Posted March 7, 2011 by nenek in Petua Kecantikan

Sauna/mandi atau apapun jenis program pelangsingan (khususnya produk sauna di rumah ini!), memerlukan komitmen dan usaha yang konsisten daripada setiap pengguna. Ia memerlukan perhatian dan kerjasama daripada setiap pengguna agar patuh pada peraturan tatacara dan selalu berusaha menjauhi segala jenis makanan yang mampu mengundang lemak-lemak yang berlebihan di badan. Untuk melihat keberkesanan sauna ini, setiap pengguna dinasihatkan untuk:-

1) Bersauna tiga (4) kali seminggu dan diselang-selikan hari bersauna – Ini penting bagi mengelakkan pengguna sauna mengalami masalah kekurangan air di dalam badan dan sekaligus menimbulkan gejala dehIdrasi dalam badan seperti masalah bibir kering, terlalu dahaga dan keletihan.

2) Meminum air sekurang-kurangnya lapan (8) gelas sehari – Ia selaras dengan syor para doktor agar kita sentiasa memperbanyakkan minum air dan sekaligus menggalakkan pengeluaran toksin di dalam badan.

3) Meminum air sebelum dan selepas bersauna – Penting bagi setiap pengguna untuk meminum air sebelum dan selepas sauna agar badan kita tetap berasa segar dan bertenaga serta membuatkan badan kita lebih bersedia untuk mengeluarkan peluh dalam kadar yang banyak. Peluh yang dikeluarkan sebenarnya amat baik dari sudut kesihatan kerana ia menyingkan lemak dan membuang toksin di dalam badan.

4) Mandi selepas peluh kering – Digalakkan kepada semua pengguna agar mengeringkan badan seketika sehingga peluh di badan benar-benar kering dan ini mampu mengelakkan masalah kulit seperti panau dll.

5) Memperbanyakkan pengambilan buah-buahan yang berserat tinggi.

Insyaallah, setiap amalan yang istiqamah, niat yang ikhlas dan disertai dengan mengamalkan tips-tips di atas, anda akan mampu melihat hasil yang menakjubkan pada tubuh anda hanya dalam masa beberapa bulan. Selamat berjaya!


Produk Pelangsingan Badan Dan Kesihatan

 


loading...

About the Author

nenek

Memberi pelbagai petua kepada pelbagai masalah. Petua-petua ini diambil berdasarkan kepada petua nenek moyang, pengalaman sendiri, pengalaman pembaca dan pengguna yang lain. Petikan media massa dan elektronik juga.

0 Comments



Be the first to comment!


Leave a Response


(required)

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.