Panduan Tips dan Petua Mudah Dalam Kehidupan Seharian

 


Petua Hilangkan Kelemumur

5
Posted May 16, 2010 by nenek in Petua Kecantikan

Kelemumur menyebabkan kepala gatal dan mengotorkan rambut. Malah ia juga memberi masalah kepada keguguran rambut. Lama-kelamaan rambut menjadi sedikit dan botak.

Untuk itu terdapat beberapa cara untuk mengatasinya. Antaranya ialah :-

  1. Selepas rambut dibasuh, lumurkan dengan beberapa potongan limau nipis yang diramas terlebih dahulu. Biarkan selama 15 minit. Kemudian cuci dengan air sehingga bersih. Kelemumur bukan sahaja dapat diatasi bahkan rambut menjadi lembut dan bersinar.
  2. Ambil semangkuk hampas kelapa yang sudah diperah santannya, ramas dan lumurkan ke seluruh rambut dan biarkan sehingga 15 minit. Bilas rambut dengan air bersih.
  3. Kisar tiga batang serai bersama dua biji limau nipis sehingga lumat. Kemudian tapis dan ambil patinya. Sapu pada seluruh rambut seperti menggunakan syampu. Gosok rata-rata dan biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air biasa hingga bersih. Amalkan dua kali seminggu.
  4. Rendam halba dan kacang hijau selama setengah jam. Kemudian tumbuk sehingga hancur. Campurkan ke dalam secawan santan pekat dan sapukan pada rambut. Biarkan selama 15 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Lakukan dua kali seminggu.

About the Author

nenek

Memberi pelbagai petua kepada pelbagai masalah. Petua-petua ini diambil berdasarkan kepada petua nenek moyang, pengalaman sendiri, pengalaman pembaca dan pengguna yang lain. Petikan media massa dan elektronik juga.

5 Comments


  1.  
    zack

    nak yg cara pertama tu saya dah cuba… saya ambil aair nya… dan taruk dikepala… buat macam syampo… tapi rasa pedih… :D betul cara saya?




  2.  
    Sha

    Senang dan berkesan. :)




  3.  
    farzanah

    Salam nenek. Klu perah limau kat kulit kepala, x pe ke?
    Rambut sye gugur Dan kadang2 gatal.
    Sye x selesa bla pakai tudung.




  4.  
    wan

    saya pown biasa cube yg 1st..memang pedih…tp lepas ue kepala rasa ringan dan segar…
    tp, dapat xdpt hilangkan kelemumur sy…myb sy perlu try yg len..





Leave a Response

(required)


Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.