Panduan Tips dan Petua Mudah Dalam Kehidupan Seharian

 


Petua Mendapatkan Kaki Yang Cantik

2
Posted February 24, 2012 by nenek in Petua Kecantikan

Ketika menghadiri majlis seperti perkahwinan sahabat atau saudara mara, anda tentu memikirkan bagaimana untuk tampil terbaik dengan memakai kebaya, baju kurung atau gaun yang membuat anda kelihatan cantik. Tidak begitu di majlis yang acara  bersifat kasual; ke pantai bersama pasangan, misalnya.

Segala persiapan telah anda lakukan. Namun keadaan kulit kaki yang pecah-pecah membuat penampilan anda seketika jatuh di mata orang lain.

Kulit kaki yang pecah-pecah memang sangat mengganggu penampilan. Dan kebiasaan keadaan tersebut menjadi bahan sindiran orang lain yang melihat keadaan anda walau secara halus, kaki anda tidak sempurna, “Sudah cantik dari rambut, tapi bila sampai mata  ke kaki, aik kenapa pula kaki pecah-pecah?”

Selain kerana faktor penyakit tertentu seperti diabetes, diulas dari Empowher, keadaan kaki yang pecah-pecah terjadi kerana anda kekurangan vitamin dan kurangnya perhatian saat merawat bahagian tersebut. Untuk kekal tampil sempurna di setiap waktu, ada baiknya anda melakukan hal-hal berikut untuk mempercantikkan keadaan kaki anda.

Gunakan stoking kaki cotton
Untuk melindungi kaki secara langsung, bahan cotton dapat melakukannya dengan baik. Stoking cotton memungkinkan kaki anda bernapas sempurna berbanding bahan-bahan lain. Walaupun lebih tebal, bahagian seperti tumit dan bahagian depan kanan kaki anda juga memerlukan pernapasan yang cukup agar kaki selalu sihat.

Seimbangkan dengan pelembap
Jangan mengambil ringgin di bahagian ini. Kaki yang terlalu kering dapat menyebabkan kulit pecah-pecah, sementara yang berpeluh juga dapat mengakibatkan tumbuhnya kulat dan bakteria yang mengakibatkan kaki menjadi bau. Berikan pelembap secukupnya untuk memastikan kulit kaki tidak kering.

Cuci setiap kali selepas anda beraktivi
Kerana kaki yang berpeluh sangat berisiko menjadi tempat kulat dan bakteria, cucilah kaki setiap kali selepas anda beraktivi untuk membersihkan peluh dan kotoran yang dibawa ketika anda berjalan, khususnya kalau aAnda menggunakan kasut atau sandal yang terbuka.

Lakukan perawatan intensif untuk kaki dengan menggunakan air hangat untuk mencucinya agar lebih efektif mehilangkan kotoran. Gunakan pula campuran minyak-minyak esensial untuk kulit seperti mint, serai, dan lavender. Campuran tersebut dengan mudah dapat melembapkan kulit kaki, memiliki kemampuan menghilangkan kotoran lebih tinggi, dan membuat kaki bertambah harum.

Sandal atau kasut juga perlu dibersihkan
Tidak hanya kaki yang dicuci, stoking kaki dan kasut yang anda gunakan mesti dibersihkan sekali sekala. Pastikan sandal atau kasut anda tetap kering dan bersih untuk memberikan kebersihan maksimum pada kaki anda pula.

Potong kuku secara berkala
Kuku yang panjang akan memiliki risiko menyimpan bakteria lebih tinggi di setiap cela-celanya. Memotongnya secara berkala jelas memberikan kesan bagus untuk kaki anda secara keseluruhan. Kaki tidak bau, selesa ketika memakai kasut, dan menghindari risiko sakit kerana tidak terpijak dengan benda keras.


loading...

About the Author

nenek

Memberi pelbagai petua kepada pelbagai masalah. Petua-petua ini diambil berdasarkan kepada petua nenek moyang, pengalaman sendiri, pengalaman pembaca dan pengguna yang lain. Petikan media massa dan elektronik juga.

2 Comments


  1.  

    salam.saya nak tny..bolehkah ibu yg tgh hamil minum jus peria buatan sendiri utk kurgkn kencing manis




    •  

      Wasalam Raudah. Saya tidak pasti Raudah. Kalau makan sayur goreng peria ok aje saya rasa.

      Apapun seeloknya mendapatkan nasihat doktor yang lebih arif.





Leave a Response


(required)

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.