Panduan Tips dan Petua Mudah Dalam Kehidupan Seharian

 


Petua Hilangkan Selulit / Cellulite

1
Posted February 17, 2010 by nenek in Petua Kecantikan

SELULIT adalah lemak yang terdapat pada lapisan kulit. Hampir kesemua daripada kita mengalaminya. Ia umumnya terdapat pada bahagian perut, paha, dan punggung. Untuk mencegah dan menghilangkan selulit ini,  langkah yang terbaik adalah dengan mengamalkan diet yang sihat. Dengan menjaga pengambilan menu makanan seharian, anda dapat melawan kelebihan cairan, timbunan lemak, dan radikal bebas.

Terdapat beberapa petua untuk menghilangkan selulit ini. Iaitu

1. Kurangkan berat badan
Kurangkan berat badan ke tahap yang ideal dengan merumuskan kepada indeks IMT (Indeks Massa Tubuh),  iaitu BERAT BADAN (BB) dalam KG di bahagi dengan UKURAN TINGGI dalam meter kuasa 2. Misalnya, berat badan anda 48 kg, tinggi badan 160 cm. Maka, IMT = 48 : (1.6)2 = 48 :2.56 = 18.75. Kemudian padankan seperti  di bawah.

Kekurangan berat  < 18.5
Normal                           18.5 -22.9
Kegemukan                  23 – 24.9
Obesiti tahap 1           25 – 29.9
Obesiti tahap 2            > = 30

Ukurkan pula dengan pinggang. Untuk wanita, ukurannya adalah di bawah 80 cm. Setelah itu, padankan  dengan label aktiviti Anda sehari-hari sesuai tabel di bawah untuk menentukan keperluan kalori badan.

Gemuk     25 kal/BB ideal   30 kal/BB ideal   35 kal/BB ideal
Normal     30 kal/BB Ideal   35 kal/BB ideal   40 kal/BB idea
Kurus        35 kal/BB ideal   40 kal/BB ideal   40-50 kal/BB ideal

Jika Anda mengalami masalah kelebihan berat badan atau bingung bagaimana ’menerjemahkan’ hitungan kalori tersebut dalam menu harian, berjumpalah doktor membincangkan gizi yang sesuai untuk anda berserta dengan  keterangan yang jelas.

2. Hindari makanan seperti ini

  • MAKANAN BERGULA
  • MAKANAN BERLEMAK
  • KAFEIN
  • REFINED CARBOHYDRATES yang terkandung dalam gula putih, nasi, pasta, atau roti putih.
  • MAKANAN YANG TERLALU BANYAK MENGANDUNG GARAM

3. Amalkan menu seperti ini

  • Buncis dan kacang panjang – Kaya serat dan mengandung beberapa nutrisi. Misalnya, potasium, yangmembantu mengatasi masalah kelebihan cairan, protein, dan kalsium.
  • Kacang-kacangan – kacang tanah, kacang mete, almonds, dan kacang Brazil. Tinggi protein, mengandungi vitamin E yang dapat membantu memperlancarkan proses membakar lemak.
  • Oat cereal – Kandungan antioksidan dan seratnya baik sebagai pembakar lemak dan membuat Anda bertenaga sepanjang hari.
  • Pisang – Mengandung potasium dan vitamin B6, yang bermanfaat untuk mengatasi masalah kelebihan penghadaman.
  • Nenas – Memiliki manfaat antiperadangan dan membantu memperbaiki serat kolagen yang rosak. Selain itu,juga mengandung vitamin C.
  • Pir – Bermanfaat kerana mengandungi yodium (mineral yang membantu menstimulasi metabolisme yanglambat), serat dan potasium.
  • Citrus fruits – Misalnya, jeruk manis atau grapefruit. Sebiji buah jeruk berukuran sedang, memiliki 80 mg vitamin C (dua kali ganda nilai suapan yang disarankan), yang bermanfaat untuk membentuk serat kolagen. Juga mengandung methoxyhted bioflavonoids, yang berguna memperlancarkan edaran darah dan memperkuatkan pembuluh rambut.
  • Asparagus – Memperkuat pembuluh vena dan pembuluh rambut serta membantu mengawal tekanan darah. Juga mengandungi glutathione, enzim yang bersifat detoksifikasi dan melawan radikal bebas.
  • Bawang merah dan bawang putih – Barang dapur ini mudah dimasukkan dalam setiap masakan. Kandungannya antara lain sulfur (membantu mengatasi kesan buruk akibat radikal bebas), vitamin C dan E.
  • Brokoli – Mengandungi alpha lipoic acid (mencegah pengerasan kolagen), selenium (memaksimakan vitamin C, E, dan beta karoten), dan kalsium.
  • Daging ayam – Salah satu sumber protein yang terbaik, asal Anda tidak memakan kulitnya. Juga mengandungi zat besi dan vitamin B kompleks.
  • Ikan – Jenis ikan seperti salmon, tuna, atau sardin mengandungi asam lemak esensial dan prostaglandin (membantu memperlancarkan edaran darah).

4. Ikuti aturan pemakanan ini

  • Makan lima potongan buah dan sayur setiap hari. Satu potong berukuran 250g buah berukuran besar seperti epal atau jeruk atau dua sendok makan sayur. Jika bosan, cuba variasikan cara memasaknya sebagai contoh rebus, kukus atau goreng. Untuk buah-buahan, Anda boleh juga sediakanya seperti salad pelbagai jenis buah.
  • Makan beberapa jenis sumber protein, minima tiga kali sehari. Ia membantu menstabilkan kadar gula darah lebih lama daripada bila Anda hanya mengambil karbohidrat. Membuat Anda terhindar dari keinginan mengambil makanan manis. Pilih yang rendah lemak, seperti daging, ayam tanpa kulit, ikan, low-fat dairy products, buncis, atau daging merah yang sudah dihilangkan lemaknya.
  • Makan lima atau enam kali sehari. Makan besar tiga kali sehari justeru akan menimbulkan rasa lapar secara psikologi. Lebih baik anda makan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap.Jika masih merasa lapar, ingatlah bahawa anda akan makan dua jam kemudian.
  • Minum banyak minuman bebas kafein. Setiap hari minumlah lapan gelas atau satu liter air putih. Boleh juga mencuba teh herba.

Antara petua yang lain

  1. Lumurkan serbuk/ampas kopi yang sudah diguna dan masih hangat ke tempat selulit. (kopi Kasa) lumurkan pada bahagian sulit. Biasakan sebelum mandi, berendam dengan air garam lebih kurang 10 minit.  Sebagai tambahan, anda boleh membuat ramuan sendiri yang terdiri daripada campuran minyak esensial wortel, ketumbar dan daun thyme yang kemudiannya digosok ke bahagian selulit.
  2. Untuk mengelak daripada terkena masalah selulit, amalkan selalu mengosok dengan menggunakan span lembut dan sikat bebulu rambut seminggu sekali sekitar 10-15 minit untuk melancarkan peredaran darah dan menguatkan otot.
  3. Melakukan olahraga secara teratur juga membantu menghindari pembentukan lemak. Kurangi makanan berlemak harus diutamakan bagi mendapatkan bentuk tubuh impian anda. :)

untuk tambahan : Atasi Masalah Selulit


About the Author

nenek

Memberi pelbagai petua kepada pelbagai masalah. Petua-petua ini diambil berdasarkan kepada petua nenek moyang, pengalaman sendiri, pengalaman pembaca dan pengguna yang lain. Petikan media massa dan elektronik juga.

One Comment



Leave a Response

(required)


Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.