Panduan Tips dan Petua Mudah Dalam Kehidupan Seharian

 


Petua Merawat Rambut Bermasalah

8
Posted February 8, 2011 by nenek in Petua Kecantikan

Petua Untuk Rambut Beruban

Gosokkkan kulit kepala anda dengan air kelapa tua secara perlahan-lahan. Amalkannya setiap hari atau 3 kali seminggu. Biasanya kelemumur dan uban akan hilang.

Petua Untuk Menghilangkan Kelemumur

a. Tumbuk 13 helai daun pandan hingga lumat. Campurkan dengan 2 gelas air. Selepas itu disaring dan usaplah air saringan tadi ke kepala anda yang terdapat kelemumur. Seterusnya bilas rambut anda dengan air biasa.

b. Perahkan air limau purut atau limau nipis ke atas kulit kepala anda. Lumurkan rata-rata dan biarkannya beberapa jam. Biarkan rambut anda diperapkan dengan tuala yang kering dan bersih. Basuh rambut anda dengan air suam.

Petua Untuk Melembutkan Rambut

Ambil secekak kangkung dan bersihkan. Masukkan ke dalam bekas. Tuangkan 8 camca air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir. Sapukanlah lendir tersebut pada seluruh rambut anda dan biarkan seketika. Kemudian, bilas rambut dengan air bersih. Amalkannya selama 3 minggu berturut-turut.

Petua Untuk Mengelak Rambut Berbuah

Ambil daun pinang dan ramaskannya. Campurkan sedikit garam kasar dan air. Sapukannya pada rambut anda dan biarkan selama 30 minit. Selepas itu anda bolehlah bilas dengan air bersih. Amalkannya selama 3 minggu sekali.

Selesaikan masalah anda ini dengan SAUNA OPAL


loading...

About the Author

nenek

Memberi pelbagai petua kepada pelbagai masalah. Petua-petua ini diambil berdasarkan kepada petua nenek moyang, pengalaman sendiri, pengalaman pembaca dan pengguna yang lain. Petikan media massa dan elektronik juga.

8 Comments


  1.  
    adah

    kalau kite mesin daun pandan tu,,,blh x?-untk hlgkn kelimumur




  2.  

    Salam..yg petua menggunakan kangkung tu,3 minggu berturut2 setiap hari atau sekali seminggu selama 3 minggu? (utk lembutkan rmbt)




  3.  
    wawa

    Mcm mana nk atasi masalah rmbut berminyak?




  4.  

    Salam nek..Ade x petua yg lain untuk melembutkan rambut





Leave a Response


(required)

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.