Panduan Tips dan Petua Mudah Dalam Kehidupan Seharian

 


Tips Memikat Suami Anda!!

1
Posted August 5, 2014 by nenek in Petua Kecantikan

tip pikat suami

Perkahwinan adalah komitmen hubungan diantara suami dan isteri untuk seumur hidup. Namun begitu, pihak ketiga mungkin akan menyelit dalam hubungan anda denga si suami.  Anda pasti akan rasa sedih dan sakit hati apabila ketahui yang suami anda curang. Tetapi, jangan berputus asa dan serah si suami kepada orang ketiga itu dengan begitu sahaja!

Jadi, apakah cara-cara untuk memikat hati suami anda semula? Nampak remeh tetapi sebenarnya ia sangat penting untuk menjaga keharmonian rumah tangga.

***Jangan bertemu dengan pihak ketiga

Apabila anda ketahui suami anda mempunyai pihak ketiga, anda mungkin ingin terus berjumpa dan serbu wanita tersebut. Tunggu sekejap, patutkah anda rendahkan status anda kepada taraf yang sama dengan wanita tersebut? Lebih baik anda kurangkan drama dan lupakan perasaan marah untuk berjumpa dengan orang itu. Sungguhpun dia yang menjadi pihak ketiga, masalah rumah tangga biasanya bermula dari dalam dan bukan hanya disebabkan gangguan orang lain.

***Adakah anda seorang pihak ketiga dalam rumahtangga orang lain?

Hadapi suami dengan tenang

Sebelum anda mula menengking, menjerit, menangis dan menarim telinga si suami…tenangkan fikiran dahulu. Hadapi masalah rumahtangga anda secara matang dan bukan bertindak melulu mengikut perasaan. Beritahu suami anda bahawa anda ketahui hubungan sulitnya bersama orang lain. Ia adalah perkara biasa untuk dia tidak mengaku, jadi anda harus bersabar dan berbincang dengan selok-eloknya dengan dia. Luahkan kepada suami anda yang anda tidak ingin berkongsi kasih sayang dia dengan orang lain dan bagaimana hubungannya telah menjejaskan hubungan rumahtangga anda berdua.

***Bersedia untuk bertanding

Jangan anggap bahawa si suami akan terus mengaku salah dan pulang ke pangkuan anda. Ada sebabnya dia curang dan anda harus bersedia untuk bertanding dan memikat hatinya semula. Orang kata, rumahtangga yang berjaya biasanya di tangan si isteri. Oleh itu, anda harus tabah menghadapi cabaran ini. Mulakan strategi untuk menjadikan diri anda isteri yang sentiasa ada untuk dia, jadikan rumah anda tempat yang selesa untuk suami dan mula prihatin tentang keadaan dia. Selain itu, jangan buruk-burukkan suami anda di depan orang lain. Ia cuma akan mengundang lebih banyak masalah ke rumahtangga anda.

***Reka semula diri anda

Mungkin anda terlalu sibuk menjaga anak-anak dan mengemas rumah sehingga lupa menjaga penampilan diri anda. Inilah masa yang sesuai untuk mereka diri anda semula. Serlahkan personaliti anda dengan penampilan baru. Ambil masa untuk dandan rambut dan berpakaian lawa. Jika anda seorang wanita berkerjaya, cuba luangkan masa untuk suami anda dan jangan hanya bekerja sahaja. Fikir semula bagaimana anda berdua jatuh cinta.

***Kecilkan dan Rampingkan bentuk badan anda

Tidak dinafikan, lelaki suka memandang wanita yang dahi lincin, seksi dan ramping. Tak salah, kerana itu nafsu lelaki. Kelemahan mereka itu, anda jadikan kekuatan diri anda. Bermula dari sekarang! muka tak licin, cari produk kecantikan yang benar2 berkesan. Banyak terdapat dipasaran sekarang..murah tp berkesan (contoh Skincare Pola Gold ini).

Badan tembam? ada cara mudah dan cepat. selalunya yang cepat ini harganya agak mahal. Tapi berkorban sikit apa salahnya. Contoh produk stem cell serum ajaib L’AMORE ini. Memang berkesan. Sebulan boleh turun 20KG. Tak perlu tunggu lama2 untuk memikat suami anda semula.

***Masak untuk suami anda

Hah…kenapa mesti memasak? Pernahkah anda dengar yang cara untuk menambat hati seorang lelaki adalah melalui perutnya? Masak masakan yang digemari suami anda selalu. Jadikan ini sebagai cara untuk meluangkan masa bersama si suami dan mendengar masalah-masalah kerjanya. Apabila dia meilhat usaha anda, dia akan fikir semula perbuatan curangnya itu. Adakah berbaloi untuk dia tinggalkan isterinya demi wanita lain?

Kepada si isteri, ingat, jaga maruah diri dan juga banyak bersabar dalam perjalanan untuk memikat hati suami anda semula. Semoga segala-galanya berjalan lancar dan kepada mereka yang ada tips lain, sila kongsi di ruang komen ini.

 

Petikan sedikit dari mylaunchpad.


loading...

About the Author

nenek

Memberi pelbagai petua kepada pelbagai masalah. Petua-petua ini diambil berdasarkan kepada petua nenek moyang, pengalaman sendiri, pengalaman pembaca dan pengguna yang lain. Petikan media massa dan elektronik juga.

One Comment


  1.  
    Bonda

    Menjadi suami dan isteri ini ada tanggungjawab, amanah dan peranannya masing2. Baik suami atau isteri berperanan utk menjaga kebahagiaan keluarga dan sentiasa menjaga ahli keluarga dari siksaan api neraka. Suami ada amanah yg besar di sisi Allah. Jgn jadi alasan krn fitrah lelaki sukakan wanita maka lelaki tidak menjaga perhubungannya dgn wanita yg bukan mahramnya di belakang isteri. Sentiasa taat perintah Allah dan meninggalkan larangannya adalah asas utama menjaga kebahagiaan keluarga.





Leave a Response


(required)

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.