Panduan Tips dan Petua Mudah Dalam Kehidupan Seharian

 


Petua Mengatasi Sakit Pinggang

2
Posted March 3, 2011 by nenek in Petua Kesihatan

Penyebab Sakit Pinggang

1. Adanya gangguan mekanikal pada struktur fungsi tulang belakang;
2. Gerak atau sikap badan yang salah ketika membongkok dan mengangkat beban atau barang
3. Pemakaian sepatu dengan tumit tinggi, kerana dalam keadaan normal tulang belakang di bahagian pinggang mempunyai lengkungan ke depan. Apabila lengkungan ke depan tersebut berlebihan, akan menimbulkan gejala sakit pinggang;
4. Tidur dengan alas/dasar yang terlalu lentur sehingga membuat tulang belakang mengikuti lenturan alas yang ditiduri;
5. Kurang berolahraga sehingga menyebabkan kelenturan sendi-sendi dan jaringan ikut menurun, sehingga otot mudah cedera kerana gerakan yang saderhana, seperti: mengangkat, mendorong, atau membongkok.

Sakit pinggang juga boleh berlaku disebabkan oleh pengaruh sesuatu penyakit, seperti gangguan ginjal, penyakit jantung, kanser, penyakit tulang, atau gangguan metabolik. Untuk mengurangi rasa nyeri dan untuk mencegah akibat yang lebih parah dari sakit pinggang, dianjurkan  melakukan gerak tubuh. Perhatikan sikap tubuh agar terhindar dari keadaan tubuh yang bongkok atau lakukan aktiviti berbaring datar.

Petua Tradisional Untuk Sakit Pinggang;

Petua 1:

a. Anda perlu meminum air halia bercampur sedikit gula yang telah direbus. Mula-mula, ambil sepotong halia sebesar ibu jari.

b. Tumbuk halus halia, campurkan dengan 2 gelas air dan sedikit gula. Kemudiannya, rebuslah campuran tadi sampai mendidih.

c. Setelah mendidih, biarkan ia sejuk dulu. Lepas itu barulah anda meminumnya 2 kali sehari. Amalkan selama 2 hari berturut-turut mudah-mudahan ianya berhasil.

Petua 2:

Sediakan kuning telur.  Telana mentah-mentah. Amalkan selama 3 hari berturut-turut. Jika tiada aral, anda akan merasai kelegaannya. Sakit pinggang akan berkurangan dan sembuh.

Petikan daripada Pak Ngah

 

Petua Moden:

Menggunakan produk sauna; hanya di rumah..

KESIHATAN
  • Mengurangkan kesakitan anggota badan, sakit urat, sendi dan sengal-sengal tulang
  • Menghilangkan tekanan dan perehatan otot
  • Meningkatkan sistem kardiovaskular dan imunisasi badan
  • Menghilangkan toksin dalam badan seperti aluminium, cadmium, mercury dan lead
  • Meningkatkan tahap metabolisme dan melancarkan pengaliran darah
  • Memecahkan lemak yang berlebihan, mengurangkan penyakit jantung, strok dan darah tinggi serta anti penuaan

maklumat lanjut boleh klik gambar ye.. terima kasih


About the Author

nenek

Memberi pelbagai petua kepada pelbagai masalah. Petua-petua ini diambil berdasarkan kepada petua nenek moyang, pengalaman sendiri, pengalaman pembaca dan pengguna yang lain. Petikan media massa dan elektronik juga.

2 Comments


  1.  

    Sauna itu bisa membantu menghilangkan sakit pinggang ya, soalnya beberapa hari ini pinggang saya terasa nyeri




    •  

      bukan sekadar sakit pinggang, keseluruhan badan..
      1. Releases Toxins (detox)
      2. Burns Calories (can reduce weight)
      3. Reduces Acne and Skin Problems
      4. Improve Immune System
      5. Reduce Stress and Relaxation

      muka pun boleh lebih sihat, awet muda, dan ceria..

      semua produk sauna ada CE approval from international certificare.Kalau di m’sia dah ada kelulusan Suruhanjaya Tenaga Malaysia…:-)





Leave a Response

(required)


Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.