Panduan Tips dan Petua Mudah Dalam Kehidupan Seharian

 


Berapa Banyak Garam Diperlukan?

0
Posted December 10, 2010 by nenek in Petua Kesihatan

Mengikut diet umum, garam mestilah diamnil antara 9 hingga 10g termasuk yang dikenali sebagai “Garam Tersembuhyi”. Namun, kebanyakkan kita biasanya mengambil garam melebihi amaun yang diperlukan oleh tubuh. Individu dewasa yang sihat dapat menyingkirkan garam melalui ginjal menerusi air kencing.

Bagaimanapun, bayi yang mengambil makanan dewasa mungkin tidak berupaya menyingkirkan natrium yang terkumpul dibadan. Ia mungkin menjadi punca masalah ginjal, kerosakan hati dan otak serta berkemungkinan menyebabkan maut.

(PIC: Wikipedia)

Warga Tua

Golongan tua lebih sensitif kepada keseimbangan elektolit dalam tubuh tetapi pada masa yang sama boleh mengalami peningkatan tekanan darah secara tiba-tiba. Bagaimanapun, pengambilan garam yang terlalu rendah boleh menyebabkan hiponatremia- paras natrium terlalu rendah. Ia juga dikenali sebagai “mabuk air”. Ia boleh menyebabkan golongan tua mejadi lemah, pening atau keliru.

Wanita Hamil

Dulu, ibu hamil dinasihatkan mengurangkan pengambilan garam bagi mengawal peningkatan berat badan semasa mengandung. Namun inilah masanya di mana kedua-dua elemen tersebut sangat penting. Diet kurang garam bagi ibu hamil boleh meninggikan risiko kematian bayi yang dikandung dan bayi yang dilahirkan tidak cukup berat badan. Tiada bukti klinikal menunjukkan mengurangkan garam memberi kebaikan sebaliknya boleh mendatangkan keburukan.

Bayi dan Kanak-Kanak

Berikan susu secara eksklusif sehingga 6 bulan. Selepas itu, ibu boleh memberi makanan yang dimasak di rumah tanpa dicampur dengan garam. Jika menyediakan makanan yang dibeli, pastikan kandungan natrium adalah rendah.

Sementara bagi kanak-kanak, sebagai ibu anda perlu menghadkan pengambilan snek dan makanan ringan yang tinggi natrium. Pilihlan buah-buahan dan makanan yang kurang garam untuk dijadikan snek.

Sumber:  iSIHAT NOV 2010


loading...

About the Author

nenek

Memberi pelbagai petua kepada pelbagai masalah. Petua-petua ini diambil berdasarkan kepada petua nenek moyang, pengalaman sendiri, pengalaman pembaca dan pengguna yang lain. Petikan media massa dan elektronik juga.

0 Comments



Be the first to comment!


Leave a Response


(required)

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.