• Info PetuaNenek
  • Galeri Buku
  • Produk Pelangsingan & Kesihatan
  • Pembelian & Penghantaran
  • Iklan Produk
  • Sijil Dan Pengiktrafan
  • Testimonial & Soalan Lazim
  • Penggunaan Sauna

Demam Kuning atau Jaundice Kepada Bayi

Filed under: Petua Kesihatan, Petua Untuk Baby & Anak2 by nenek

Demam Kuning @ Jaundice ini sering menyerang bayi yang baru dilahirkan. Antara sebab bayi terkena demam kuning adalah faktor2 seperti udara dan persekitaran kini, tabiat makanan zaman sekarang, pengambilan ubat dan sebagainya.

Antara simptom2 demam kuning kepada bayi ialah bahagian putih mata dan kulit bayi berwarna kuning-kuningan. Ia dapat dilihat dengan lebih jelas jika ditekan. Penyakit ini lebih kerap berlaku kepada bayi pra-matang berbanding bayi yang cukup bulan.

Jenis-jenis Demam Kuning

Terdapat beberapa jenis Demam Kuning. Antara yang biasa didapati adalah :-

1. Demam kuning normal (physiological jaundice).
Demam kuning normal biasa berlaku pada bayi baru lahir. Ini disebabkan bayi yang baru dilahirkan, hati bayi kadang-kala tidak mampu memproses bilirubin dari sel darah merah yang diuraikan disebabkan hati bayi tersebut masih belum matang atau disebabkan kadar penguraian sel darah merah yang cepat. Keadaan ini meningkatkan kadar bilirubin dalam darah dan seterusnya menyebabkan warna kuning-kekuningan pada kulit dan putih mata bayi. Ia mula kelihatan 2 – 4 hari pertama dan akan hilang sepenuhnya selepas 1 hingga 2 minggu.

2. Demam kuning pra-matang.
Demam kuning pra-matang disebabkan oleh hati bayi yang masih belum terbentuk sepenuhnya mengambil masa yang lebih lama untuk memproses jumlah bilirubin yang terhasil.

3. Demam kuning susu ibu (Breast milk jaundice).
Demam kuning susu ibu hanya berlaku dalam 1% – 2% kes ibu yang menyusu. Demam kuning susu ibu disebabkan bahan yang terhasil dalam susu ibu yang menghalang penyingkiran bilirubin melalui usus. Ia bermula pada hari ke 4 hingga hari ke 7 dan menghilang selepas 3 hingga 10 minggu. Pihak doktor akan menentukan sekiranya ini berlaku, biasanya sekiranya demam kuning berterusan melebihi 7 hari. Ibu boleh kembali menyusukan bayi selepas bayi sembuh daripada demam kuning.

4. Ketidaksuaian kumpulan darah antara ibu dan emak.
Sekiranya bayi mempunyai darah yang berbeza dengan ibu, susu ibu mungkin mempunyai antibodi yang memusnahkan darah bayi. Ini akan meningkatkan paras bilirubin dalam darah bayi. Ia biasanya mula dikesan pada hari pertama. Masalah Rh pernah merupakan bentuk demam kuning yang teruk tetapi boleh dielakkan dengan suntikan imunisasi Rh (
Rh immune globulin) pada ibu dalam tempuh 72 jam selepas kelahiran. Suntikan ini menghalang penghasilan antibodi yang boleh membahayakan bayi.

Selain itu terdapat juga komplikasi seperti kekurangan enzim
G6PD, jangkitan kuman, bayi pra-matang, dan lain-lain lagi. Secara semula jadi, penyakit demam kuning normal (physiological jaundice) bermula pada penghujung hari kedua atau ketiga selepas bayi dilahirkan. Paras bilirubin dalam darah akan terus meningkat sehingga bayi mencapai umur 5-6 hari sebelum paras bilirubin menurun dan akhirnya menghilang apabila usia bayi mencecah 10 hari.

Pada bayi yang mengalami demam kuning atau jaundis biasa rawatan fototerapi akan diberikan bergantung kepada faktor-faktor seperti umur bayi, berat badan bayi, paras bilirubin dalam darah, dan lain-lain. Rawatan fototerapi menggunakan cahaya lampau ungu (ultraviolet) atau selimut yang menghasilkan cahaya untuk membantu tubuh bayi menghapuskan bilirubin dengan mengubah bilirubin kepada bentuk yang lebih mudah bagi bayi menyingkirkannya daripada tubuhnya.

Tujuan rawatan fototerapi ialah untuk mengawal kenaikan bilirubin agar ia tidak mencapai pada tahap merbahaya dan menjejaskan otak bayi. Jangka masa rawatan fototerapi bergantung kepada paras bilirubin dalam darah bayi. Sekiranya paras bilirubin dalam darah terlalu tinggi, darah bayi mungkin perlu ditukar dengan darah penderma yang bersesuaian (exchange transfusion). Ketika rawatan fototerapi bayi akan ditanggalkan pakaiannya dan mata bayi akan ditutup bagi melindungi mata bayi daripada cahaya yang berlebihan.

Sepanjang masa bayi mendapat rawatan untuk demam kuning, adalah penting bayi diberi susu sebanyak mungkin untuk mengelakkan kekeringan dan juga untuk menurunkan paras bilirubin dalam darah. Lebih kerap bayi menyusu lebih cepat bilirubin dikeluarkan daripada badan bayi melalui najis. Rawatan traditional seperti menjemur bayi dibawah sinar
matahari pagi tidak lagi sesuai. Ini disebabkan perbuatan ini boleh menyebabkan bayi kekeringan dan dengan itu meningkatkan lagi kadar bilirubin dalam darah bayi. Selain itu cahaya yang terik boleh memberi kesan kepada mata bayi yang masih kecil itu.

Ibu bapa digalakkan membawa bayi mereka berjumpa doktor sekiranya bayi kelihatan kekuning-kuningan pada hari pertama walaupun hanya pada bahagian muka. Pemeriksaan juga perlu dilakukan sekiranya bayi masih menunjukkan tanda-tanda demam kuning selepas 10 hari dilahirkan atau sekiranya terdapat mereka yang menghadapi G6PD dalam keturunan mereka. Selepas bayi sembuh daripada demam kuning, amat jarang-jarang sekali demam kuning berulang.

Namun begitu terdapat juga beberapa petua untuk menghilangkan demam kuning @ jaundis di kalangan bayi.

Antaranya ialah

  • Menjemur bayi pada sebelah pagi di bawah matahari yang tidak terlalu panas. Tutup mata bayi dengan kain supaya tidak terkena silau.
  • Beri bayi lebih air masak atau air zam zam(seelok2nya) supaya kekotoran dan tahap bilirubin yang ada dalam tubuh bayi dapat di singkirkan dengan lebih cepat.
  • Susukan bayi sekerap yang mungkin membolehkan bayi membuang air besar sekerap yang mungkin.
  • Rebus daun bunga raya, daun sirih dan air kelapa. Bilas dan bersihkan ke badan bayi untuk beberapa hari.
  • Tinggalkan dulu pengambilan jamu atau ubat2 yang memanaskan badan anda.
  • Rebus kacang bendi dengan secawan air. Beri bayi minum sekali sehari.
  • Beri bayi minum susu kambing sedikit sahaja kerana susu kambing ini panas.
  • Ambil beberapa sengkuang cina dan di parut untuk di ambil airnya.Beri minum bayi anda satu sudu kecil setiap pagi sehingga penyakit kuningnya hilang.
  • Ambil setengah biji halwa kundur dan di campur dengan air suam kosong. Minum sebanyak 2 kali sehari sehingga sembuh.
  • Ambil beberapa batang pokok dukung anak dan di rebus.Mandikan bayi anda dengan air rebusan ini bila air agak suam sebanyak 2 kali sehari selama beberapa hari sehingga penyakit kuning hilang.

Rujukan daripada Norezena Blogspot dan mysetbersalin

Jika anda ada petua untuk dikongsikan.. silakan ..jangan malu2 :)



Jom Slim dan Sihat dengan cara yang mudah dan selamat
banner!

Jom jenguk kedai kami - Pelbagai Cadar Pilihan!
banner!

Related posts

  • Petua Rawatan Bengkak Tonsil
  • Khasiat Susu Kambing
  • Kurangkan Panas Badan Bayi
  • Petua Apabila Si Kecil Muntah-muntah
  • Masalah Bayi Sembelit
  • Anemia
  • Berapa Banyak Garam Diperlukan?

Share This Post


RSS Feed

Subscribe to the RSS Feed
8 Comments »

8 Responses to “Demam Kuning atau Jaundice Kepada Bayi”

  1. farah umminah, on July 11th, 2011 at 11:20 pm Said:

    salam..,merujuk kpd artikel diatas iaitu ibu yang berbeza rh dgn bayi tidak boleh menyusukan badan menyebabkan paras kuning semakin meningkat…benarkah saya tidak boleh menyusukan anak? saya bertekad hendak menyusukan anak tetapi bayi saya sdh berumur 10 jhari masih mempunyai paras jaundis yang tinggi..apa yang patut saya buat?

  2. nenek, on July 17th, 2011 at 11:40 am Said:

    Wasalam. Susu ibu sebenarnya mempunyai antibodi yg dpt membantu si kecil bebas dari ‘demam kuning’ bagaimanapun jika terbukti susu ibu itu mengandungi sumber yang boleh menambahkan paras kuning tersebut, si ibu harus behenti seketika pemberian susu badan, tetapi akan menyusui bayi setelah demam kuning hilang.

    Petua2 di atas adalah petua biasa ibu2 menggunakan untuk menghilangkan demam kuning bayi. Cubalah. Insya-Allah ada yang serasi.

    * beri si kecil minum byk air masak atau [2am2], supaya si kecil kerap kencing dan menyingkirkan demam kuning dengan lebih mudah.

  3. gary helmyson, on August 14th, 2011 at 11:32 pm Said:

    salam sejahtera.. untuk kepastian,adakah bahan-bahan yang di amalkan untuk petua2 di atas benar2 selamat untuk di berikan kepada bayi yang baru lahir?

  4. shanti, on August 23rd, 2011 at 10:02 pm Said:

    knp dh lebbih 1minnggu anak saya tk turun kuning apa masalah anak saya

  5. nenek, on September 27th, 2011 at 11:32 pm Said:

    banyak faktor kuning ni dear. baik mintak nasihat doktor keseluruhan

  6. suhailah, on October 6th, 2011 at 9:08 pm Said:

    anak buah sya nie lahir tak cukup bulan,dah lebih sebulan keluar masuk hospital tapi demam kuningnya masih tak turun2 lagi…semua petua telah saya cuba…..
    tiada lagika cara yg lebih baik untuk mengurangkan atau menghilangkan demam kuning nya ini???

  7. nenek, on October 6th, 2011 at 11:42 pm Said:

    Insya-allah.

  8. qaseh umi, on October 29th, 2011 at 11:15 pm Said:

    bayi saya berusia 11hari,baru kluar dr hosptl di sbb kan jaundice..bayi saya tekena jaundice pd usia 6hari dan hari ke8 kuning sampai ke kaki..paras jaundice dr 285 naik ke 318..trus admit masuk wad,tp berkat air susu ibu tanpa campuran lain paras jaundice makin turun hingga 264 pd 2hari..bayi sy bermalam 1mlm di hosptl duduk dlm cahaya lampu..sy akan beri bayi susu bdn sejam sekali utk dia buang air besar dan kecil..najis nye bewarna oren kekuningan dan bila ilang kuningnye najis betukar warna kehijauan..

Leave a Reply

  • Pelawat Sejak 6hb Okt 2009


  • Usaha+Doa+Tawakal=InsyaAllah

    Doa
  • Sauna Di Rumah

    Produk Terlaris di Pasaran!
    banner!

    Iklan Majalah Seri Dewi & KELUARGA April 2011

    Doa
    Doa

    Penempahan & Pertanyaan :

    012-3312030 [Asida]

    asieda82@gmail.com [Asida]

    Terma & Syarat:

    1. Pembeli yang serius sahaja.
    2. Tempahan dibenarkan dan dikhaskan kepada pembeli yang serius sahaja.
    3. Semua jualan adalah muktamad. Barangan tidak dibenarkan untuk pemulangan semula atau penukaran selepas pembayaran dibuat.
    4. Sila emel atau smskan kepada saya info anda yang mengandungi maklumat berikut:-

    -Nama - Alamat -No. Tel. -Item.

    5. Sila sahkan pembelian anda ke no. 012-3312030 (ASIDA) dan membuat pembayaran ke akaun Maybank/CIMB kami.
    6. Sila emel (asieda82@gmail.com) atau smskan bukti pembayaran anda ke nombor yang tertera di atas.
    Terima Kasih.

  • SKIN CARE – AURA MAYA

    Doa
    Doa

    Anda mempunyai masalah kulit? Jerawat, Jeragat, dark circle, tone x sekata? Cuba Aura Maya ini. Dihasilkan drpd bhn2 organik, diujikaji selamat dan HALAL. Cuci muka dgn sabun utk hilangkan kotoran dan sel2 kulit yg mati, pakai krim siang untuk melindungi kulit dr chy matahari yg memerbahaya dan krim malam sebelum tidur untuk memperbaiki sel2 kulit. :) Set percubaan disediakan.

  • Sabun KOLEGEN GLUTATHIONE ~ KOJIC~

    Doa

    ~Menghaluskan, Melicin dan Memutihkan Kulit

    ~Menghilangkan Jerawat/Parut

    ~Mecerahkan kulit Badan/Ketiak

    Penempahan & Pertanyaan :

    asieda82@gmail.com [Pn Asida]

  • Trace!




    Call: 1300300300
  • Pautan

    • Asida.net
    • CAKAP.Net
    • Dunia Perkahwinan
    • Dzuha Shoppe
    • InfoSihat.gov.my
    • Koleksi Cinta
    • Lubuk Petua Warisan
    • Nurjannah Collection's
    • PanduanHarian
    • Sutra Beauty
    • Tips Kerjaya
  • Produk Sauna/mandi wap/di rumah

    • Herba Sauna Aura
    • Minyak Aromaterapi
    • Sauna Amber: RM 380
    • Sauna Diamon: RM 390
    • Sauna Jade Infrared: RM 650
    • Sauna Opal: RM 590
    • Sauna Pants: RM 150
    • Sauna Ruby : RM 430
    • Sauna Vibro Pants: RM 240
  • Jersi Selangor Original KAPPA!

  • CadarMurah @ FB



  • Join Cantik, Slim dan Sihat @ FB

  • Klik lah kejap.. ty

  • I’m Love It!Jom Join Me!

    nestle
  • Dapatkan Buku ini sekarang!

    Panduan Sihat Wanita dan Kanak-Kanak!

    Harga: RM 25 (sekali postage)

    panduan

    Wanita, Isteri dan Rahsia Seksual!

    Harga: RM35 (sekali postage)

    dairihamil

    klik Galeri Buku diatas untuk lihat lain2 buku petua dan panduan

  • Petua Terbaru

    • Petua Untuk Hilangkan Kematu di Tumit Kaki
    • Rukun Islam Rukun Iman
    • Regular Exercise Promotes Better Sleep
    • DOA SOLAT DHUHA
    • Petua Bercukur Bagi Lelaki
    • Petua Untuk Muda dan Menawan
    • Petua Untuk Membina Rumahtangga Bahagia
    • Petua Menangani Frust Bercinta
    • Petua Mengelak Penyakit Batu Karang
    • Sing To Solve Problems
  • Komen Terkini

    • aulia on Tumit Kaki Merekah
    • nenek on Herba Aura Sauna
    • intan on Hilangkan Parut Jerawat
    • eira on Memerahkan Bibir Yang Hitam
    • Hany on Herba Aura Sauna
  • Tags

    Al-Quran anak antioksida baby food bahagia bedak sejuk beras Berpantang bersalin buah darah fiber fosforus gigi halia hamil jantung kalsium kanser kehamilan kelapa keluarga keputihan kulit kurma kurus magnesium mata nangka nenas rambut salt sauna sembelit seri sireh sugar telur tidur tips hamil vegetables vitamin A vitamin B vitamin c zat besi
  • Kategori

    • Lain-Lain Petua
    • Petua Ayat2 AlQuran
    • Petua Barang2 Elekrik
    • Petua Buah-buahan
    • Petua Hiasan Dalaman
    • Petua Jagaan Mata
    • Petua Kebersihan
    • Petua Kecantikan
    • Petua Kecantikan Wajah
    • Petua Kehamilan
    • Petua Kerjaya
    • Petua Kesihatan
    • Petua Kurus & Langsing
    • Petua Masakan
    • Petua Masakan Ayam
    • Petua Masakan Daging
    • Petua Masakan Ikan
    • Petua Masakan Nasi
    • Petua Masakan Sotong
    • Petua Masakan Udang
    • Petua Perabot Rumah
    • Petua Perkakas Rumah
    • Petua Rumahtangga
    • Petua Sayur-sayuran
    • Petua Untuk Baby & Anak2
    • Petua Untuk Lelaki
    • Petua Untuk Perempuan
    • PRODUCT
    • Sunnah Rasulullah
    • Supplements
  • Petua Popular Hari Ini

  • Ads

    Kurus 5KG 5 Minggu
    Senang Hamil
    Rahsia Anak Pintar
    Rawat Keputihan
    Kesuburan Lelaki
    Rahsia Mudah hamil
    Sauna Vibro Pants
    Sauna Ruby
    Berhenti Merokok
    Mee Bandung
    Iklan Di Sini?
    Doa Pengasih
    Petua Seks Suami Isteri
    Rahsia Tangisan Bayi
    Rahsia Taufufah
    Panduan Memilih Taksa
    Pregnancy Miracle
    Mas Kahwin
    Panduan Anak Soleh
    HeartBeat

Petua Terkini

  • Petua Untuk Hilangkan Kematu di Tumit Kaki
  • Rukun Islam Rukun Iman
  • Regular Exercise Promotes Better Sleep
  • DOA SOLAT DHUHA
  • Petua Bercukur Bagi Lelaki
  • Petua Untuk Muda dan Menawan
  • Petua Untuk Membina Rumahtangga Bahagia
  • Kalendar

    February 2012
    M T W T F S S
    « Jan    
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    272829  
  • Mengenai Petua Nenek

    Ingin berkongsi petua orang tua-tua yang boleh diamalkannya selagi mendatangkan kebaikan didalam kesihatan, kebahagiaan diri dan keluarga.Anda dialu-alukan untuk berkongsi petua.:)

    Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.