Panduan Tips dan Petua Mudah Dalam Kehidupan Seharian

 


Info Tentang Keputihan

0
Posted March 8, 2011 by nenek in Petua Kesihatan

Keputihan bukanlah satu masalah yang serius jika ia meleleh dalam kadar yang sedikit, normal dan tida berbau. Apatah lagi biasanya ia hanya merembes pada waktu tertentu, seperti beberapa minggu sebelum haid atau beberapa hari selepas haid.

Bagaimanapun, ia dikatakan serius apabila jumlahnya bertambah, mula berbau dan kulit vagina akan melecet diikuti rasa pedih atau terbakar. Keputihan juga mungkin berketul-ketul, beku dan kelihatan seperti keju.

Ada juga, bila hampir haid, ia akan berubah warna menjadi hitam. Dari sudut perubatan, lelehan yang keluar dari salur reproduktif wanita yang produktif ialah lelehan semulajadi. Ia dihasilkan oleh pepundi daripada salur reproduktif wanita. Kuantitinya berbeza setiap hari mengikut putaran haid dan akan merembes dengan lebih banyak pada waktu subur wanita.

Pada masa itu, berlaku pengeluaran cecair serta lendir semacam putih telur yang masak. Lelehan ini juga terjadi apabila terdedah kepada bahan kimia seperti bahan pembersih alat sulit, minyak wangi, bedak dan pelapik seluar dalam yang kadangkala mengandung bahan penyerap kimia.

Tambahan, jangkitan kuman dan kulat mengakibatkan pengeluaran keputihan yang berlebihan dengan simptom sampingan, seperti gatal dan pedih selain keputihan bertukar warna dan berbau.

Produk Pelangsingan dan Kesihatan


loading...

About the Author

nenek

Memberi pelbagai petua kepada pelbagai masalah. Petua-petua ini diambil berdasarkan kepada petua nenek moyang, pengalaman sendiri, pengalaman pembaca dan pengguna yang lain. Petikan media massa dan elektronik juga.

0 Comments



Be the first to comment!


Leave a Response


(required)

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.