Panduan Tips dan Petua Mudah Dalam Kehidupan Seharian

 


Rawatan Terhadap Klorin Ketika Berenang

0
Posted March 9, 2012 by nenek in Petua Kesihatan

Selain memberikan kesan buruk kepada rambut, zat klorin yang terkandung di dalam kolam renang juga dapat membuat kulit anda menjadi kering dan gatal-gatal. Pada tahap yang lebih serius, kulit akan mengalami pecah-pecah saat dan anda tidak sedar dan menggarunya.

Bagi wanita, buruknya keadaan kulit merupakan hal yang ditakuti. Tidak heran, ramai wanita juga tidak mahu mengambil risiko. Mereka sama sekali tidak memilih berenang sebagai olahraga kegemaran. Padahal kalau tahu cara menghindari kesan buruk klorin terhadap kulit, anda boleh berenang tanpa kerisauan lagi.

Meminum air putih/panas mati secukupnya sebelum berenang merupakan satu cara yang paling efektif untuk menghindari dehidrasi disebabkan oleh klorin. Kelbihan air di dalam tubuh dapat dilihat dari bagaimana warna air kencing anda. Kuning muda merupakan warna yang normal. Lebih putih, lebih baik. Kalau lebih pekat, bermakna anda mengalami dehidrasi.

Selain itu, dipetik dari ‘Swimming’, ada beberapa petua yang membantu menghindari buruknya klorin terhadap kulit bagi anda yang berhobi berenang.

Mandi
Permukaan kulit merupakan bahagian yang paling sensitif. Mencucinya dengan air bersih setelah anda berenang akan membuangkan klorin yang ada pada kulit anda secara efektif. Dalam waktu singkat, kulit anda kembali terhidrasi.

Mencuci baju renang
Bukan hanya kulit yang dibersihkan, baju yang anda pakai untuk berenang juga mesti dicuci agar klorin sama sekali tidak kekal di benang-benang pakaian. Menggunakan baju renang yang masih mengandungi klorin dapat mengakibatkan kulit Anda mengalami ruam.

Pakai lotion khusus
Beberapa bahagian tubuh yang rawan geseran kerana gerakan ekstrem yang anda lakukan ketika berenang wajib disapukan lotion khusus yang dapat meneutralisasikan klorin di kulit. Kalau Anda ingin menyapu lotion di seluruh bahagian tubuh yang terbuka juga tidak dilarang. Pastikan lotion tersebut tidak membuat anda alergi terhadapnya.

Petikan : Artikel Yahoo!


loading...

About the Author

nenek

Memberi pelbagai petua kepada pelbagai masalah. Petua-petua ini diambil berdasarkan kepada petua nenek moyang, pengalaman sendiri, pengalaman pembaca dan pengguna yang lain. Petikan media massa dan elektronik juga.

0 Comments



Be the first to comment!


Leave a Response


(required)

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.