Panduan Tips dan Petua Mudah Dalam Kehidupan Seharian

 


Kemestian Selepas Bersalin

0
Posted December 7, 2012 by nenek in Petua Kesihatan

 BENGKUNG BERSALIN zigzagBengkung Ibu Bersalin : RM48

Selepas BERSALIN seseorang ibu perlu menitikberatkan penjagaan diri yang amat penting bagi mempercepatkan proses pemulihan. iaitu supaya si ibu pulih seperti sediakala, iaitu dari segi kesihatan rohani juga mentalnya, kejelitaannya serta bentuk badannya.

Setelah selamat melahirkan anak, ibu dan bayi hendaklah ditempatkan ataupun diasingkan dalam sebuah bilik atau ruang khas daripada ahli keluarganya yang lain. Dalam tempoh pantang si ibu dilarang berjalan atau membuat sebarang kerja yang berat. Semasa dalam pantang kesihatan ibu dan bayi dijaga dengan rapi. Semua kerja penjagaan bayi diuruskan oleh ibu kepada wanita yang bersalin atau orang yang dibayar khas untuk menjaga ibu dan bayi. Tukang urut akan datang selama hari berpantang untuk dan mcnjaga, memandikan, menyapu minyak ubat, kapur dan limau pada perut si ibu. Selain itu tukang urut juga akan memasangkan bengkung pada perut ibu yang baru bersalin.

 

PEMULIHAN SECARA TRADISIONAL  

Ubat-ubatan selalunya disediakan oleh bidan kampung untuk memulihkan semula kesihatan ibu. Kini ubat-ubatan boleh dibeli ubat tradisional. Kebanyakan ubat tersebut diperbuat  daripada akar-akar kayu yang dimasak dan airya diminum. Jamu dan makjun adalah ubat tradisional yang kerap dimakan oleh ibu bersalin. Ia diperbuat daripada akar kayu, rempah dan dicampur dengan manisan lebah atau minyak sapi.

 Bertangas

 Perubatan secara tradisional masih mendapat perhatian ramai dinegara ini kerana ia terbukti bermanfaat. Salah satu amalan baik untuk ibu yang baru bersalin ialah ‘bertangas’.

 Tujuan utama bertangas ialah untuk mengecutkan rahim serta saluran peranakan juga mengeluarkan kekotoran daripada badan ibu bersalin. Antara bahan-bahan yang diperlukan ialah daun senduduk dan sabut kelapa. Asap daripada bahan tersebut diasapkan pada selurnh anggota badan ibu. Amalan ini jika dilakukan pada setiap hari selama masa pantang dapat memberi kesegaran kepada tubuh ibu tersebut. Kulit ibu akan menjadi tegang semula dan berwarna kekuningan kerana diresapi oleh asap bahan tangas itu.

 Bertungku  

Satu lagi amalan tradisi yang perlu dilakukan oleh ibu dalam pantang ialah bertungku. Ia dilakukan selepas bertangas dan membersihkan diri.

Bahan yang dijadikan tungku ialah sebiji batu pejal yang sederhana besarnya. Batu ini perlu dipanaskan terlebih dahulu. Setelah panas, batu tungku tadi hendaklah dibalut dengan kain. Kemudian ia diulitkan pada anggota tubuh badan wanita berkenaan terutama bahagian perut.

Bertungku dikatakan boleh menghindarkan kulit perut serta anggota tubuh lain daripada menjadi berkedut-kedut. Bertungku dan bertangas ketika dalam pantang memang mendatangkan manfaat. Bagaimanapun dalam amalan tradisional, wanita yang menggunakan tungku panas boleh mengatasi masalah kesakitan selepas bersalin. Kesakitan dapat dikurangkan dengan meletakkan tungku.

 Berbengkung

Amalan memakai bengkung masih dilakukan oleh kebanyakan wanita melayu selepas mereka bersalin. Amalan berbengkung biasanya dilakukan dalam masa pantang selama kira-kira 44 hari. Berbengkung dapat memberi sokongan kepada otot-otot perut dan mengendurkan otot-otot pada bahagian punggung akibat kehamilan. Amalan ini juga memberi keselesaan kepada wanita selepas melahirkan anak.

Wanita yang berbengkung memerlukan kain kira-kira 10 meter panjang dan 45 cm lebar. Kain ini dijahit supaya kelihatan kemas ketika dipakai. Untuk memakai bengkung, wanita berkenaan memerlukan seorang pembantu bagi melilit kain bengkung di sekeliling anggota paha, punggung dan perutnya.

Sebelum bengkung dipakai, minyak ubat, bedak panas syifa atau kapur bercampur asam limau disapukan pada perut wanita tersebut. Ini bertujuan untuk mengecutkan anggota perut seperti sediakala dan supaya perut tidak dimasuki angin.

 Berurut  

Berurut selepas bersalin masih diamalkan oleh kebanyakan wanita Melayu. Walaupun urut adalah perbuatan yang pasif, namun ia memberi keselesaan kepada otot-otot badan yang menjadi tegang semasa proses kehamilan. Berurutjuga dikatakan dapat menyegarkan badan yang lemah tetapi ia tidak dapat memperkukuhkan saraf dan otot badan.

Biasanya urut dilakukan setelah disapu dengan minyak ubat. Ini bertujuan untuk melicinkan pergerakan semasa proses mengurut dan badan juga tidak terasa sakit. 

 Makan Ubat/Jamu 

Selepas bersalin kebanyakan wanita Melayu akan memakan jamu atau majun. Jamu boleh dibeli atau diramu sendiri daripada akar kayu dan rempah ratus. Ramai wanita makan jamu selepas bersalin bertujuan untuk mempercepatkan proses pemulihan badan mereka. Kebanyakan wanita berasa kesejukan selepas melahirkan anak.

Oleh itu mereka memakan jamu bagi memanaskan badan dan memberi keselesaan kepada badan. Tetapi bagi ibu yang menyusukan anak mereka, memakan jamu atau majun dikatakan akan mengganggu penyusuan. Ini boleh menyebabkan bayi mendapat cirit-birit.


loading...

About the Author

nenek

Memberi pelbagai petua kepada pelbagai masalah. Petua-petua ini diambil berdasarkan kepada petua nenek moyang, pengalaman sendiri, pengalaman pembaca dan pengguna yang lain. Petikan media massa dan elektronik juga.

0 Comments



Be the first to comment!


Leave a Response


(required)

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.