Khasiat Susu Kambing
Susu Kambing adalah makanan semula jadi berkhasiat yang diperlukan untuk kesihatan badan harian. Ianya sesuai untuk semua lapisan umur. Susu ini boleh diminum panas atau sejuk malah boleh dibuat dadih, aiskrim, keju dan mentega. Dalam setiap 100 gram susu kambing mengandungi 3-4 peratus protein, 4-7 peratus lemak, 4.5 peratus karbohidrat, 134 gm kalsium dan 111 gm fosfur. Pada masa sekarang, industri kosmetik mengeluarkan pelbagai produk berasaskan susu kambing seperti syampu, krim muka, sabun, pewangi dan juga krim pencukur.
Keistimewaan susu kambing:
- Kaya dengan protein, enzim dan vitamin A.
- Mengandungi factor anti-antritis (kesakitan sendi) dan anti barah.
- Boleh mengubati demam kuning, penyakit kulit, gastric, lelah (asma), insomnia dan user.
- Mudah dihadamkan kerana zarah lemaknya lebih kecil.
- Khasiat susu kambing yanh disimpan sejuk atau sejuk beku tidak akan berubah kualitinya.
———————— Petikan dari petua-nenek.tripod













salam…. saya kini dalam berpantang selepas seorang melahirkan anak. masalah saya ialah badan saya berbau, ketiak saya hitam dan baju sentiasa kelihatan basah akibat berpeluh, celah kelangkang pula menjadi kehitaman, muka pucat serta berparut jerawat. tolong bantu saya bagaimana cara atau petua yang patut saya lakukan supaya dapat memulihkannya seperti yang asal. terima kasih. w’salam…
Salam Nedzrima.. Nenek pernah juga mengalami masalah yang sama semasa mengandung dan sesudah melahirkan. Kesan2 yang disebutkan itu disebabkan keadaan ketika kita mengandung kerana badan kita bekerja lebih berat dengan beban yang dibawa, cepat panas badan apantah lagi dengan cuaca yang panas.. lama kelamaan ia meninggalkan kesan sebegitu.
Untuk menghilangkan bau badan (disebabkan ketiak busuk), amalkan dengan menggunakan kapur sireh.
http://www.petuanenek.com/kebersihan/petua-putihkan-ketiak-dan-bau-badan?preview=true&preview_id=532&preview_nonce=34e4c57657
Untuk muka amalkan :
http://www.petuanenek.com/kecantikan/beras-pulut-cerahkan-kulit?preview=true&preview_id=585&preview_nonce=af4f69b84c
http://www.petuanenek.com/kecantikan/kecantikan-wajah/menghilangkan-parut-jerawat
http://www.petuanenek.com/kecantikan/kecantikan-wajah/hilangkan-parut-jerawat?preview=true&preview_id=5&preview_nonce=f5b934773c
salam 1 malaysia..hai nek..sy skrg badan kecil kurus je,umur sdah mncecah 20-an tapi berat badan sy xpenah pn smpai 40kg..yg paling tggi adalah smpai 38kg je..sy smua sihat tidak ada pe2 pnyakit yg dihadapi..sudah berape byak kali dan wang abis dgn product2 skrg tpi hasilnya tidak brubah..nek ada pe2 petua x nk bg berat bdn naik cikit..bantu yer..tQ
amalkan susu kambing yang banyak sedikit.
ataupun minum susu hi goat, beli di kedai yang berdekatan.