Panduan Tips dan Petua Mudah Dalam Kehidupan Seharian

 


Kuasa 15minit

0
Posted December 29, 2012 by nenek in Petua Kesihatan

jalan pantas

Tidak perlu lama! Cukup 15minit sehari anda meluangkan masa untuk berjalan pantas untuk melenyapkan keinginnan anda untuk menjamah makanan ringan yang tidak baik untuk kesihatan seterusnya yang akan menambah berat badan anda. Kenyataan ini didedahkan oleh saintis dari Universiti Exeter.

 

TURUN BERAT BADAN DENGAN BERJALAN PANTAS – AKHBAR MyMETRO

Berjalan pantas antara senaman mudah boleh dicuba sesiapa saja. Senaman yang murah ini memang banyak manfaatnya terutama dalam kalangan mereka yang tidak gemar ke gimnasium atau mengikuti rutin senaman yang rumit.

Ia juga boleh dijadikan sebahagian daripada gaya hidup seharian malah kaedah ini membantu kita menurunkan berat badan.

Kajian daripada Universiti Pittsburgh turut melaporkan mereka yang berlebihan berat badan boleh turun berat badan menerusi cara ini dengan berjalan pantas selama 30 minit hingga satu jam setiap hari.

Berjalan kaki juga mempunyai faedahnya kepada tulang yang akan menjadi lebih kuat dan padat.
Pada masa sama, berjalan juga membuatkan kita berasa lebih gembira. Malah bagi mereka yang kemurungan, berjalan sebanyak tiga atau empat kali seminggu selama 30 minit dibuktikan boleh meningkatkan mood seseorang.
Berjalan boleh menurunkan kadar kolesterol dan mengurangkan risiko penyakit jantung. Ia juga boleh menguatkan jantung, otot dan paru-paru. Jantung yang kuat dengan kadar degupan yang bertambah akan membawa lebih banyak darah ke seluruh tubuh.

Pakar menyarankan supaya kita berjalan 10,000 langkah setiap hari untuk kekal sihat walaupun ramai antara kita yang melangkah kurang daripada jumlah itu.

Jika mahu mengurangkan berat badan, kita disarankan supaya berjalan sekurang-kurangnya 16,000 langkah setiap hari.

Bergantung kepada tahap kecergasan masing-masing, kita harus ada matlamat untuk meningkatkan jumlah kita melangkah setiap hari. Tambahkan masanya setiap dua minggu serta kepantasannya.

Untuk mereka yang tidak biasa, boleh mula berjalan 10 minit pada kadar sederhana setiap hari, kemudian di hujung minggu tambahkan masa sehingga 20 minit.

Jangan lupa pakai kasut yang sesuai serta bawalah air ketika berjalan.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/14


loading...

About the Author

nenek

Memberi pelbagai petua kepada pelbagai masalah. Petua-petua ini diambil berdasarkan kepada petua nenek moyang, pengalaman sendiri, pengalaman pembaca dan pengguna yang lain.
Petikan media massa dan elektronik juga.


0 Comments



Be the first to comment!


Leave a Response


(required)

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.