• Info PetuaNenek

Menguatkan Daya Ingatan

Filed under: Petua Kesihatan, Supplements by nenek

  • Amalkan Tidur Yang Cukup

1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yg suka tidur lewat atau mengabaikan tidur yg cukup. Badan perlu rehat. Keletihan hanya akan mengganggu maklumat/data yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yg baru. Oleh itu, amalkan tidur yg cukup di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi.

  • Mengawal Tekanan

Tekanan hanya akan membuat jiwa anda tidak tenteram dan menyebabkan kesihatan anda terganggu. Anda juga lebih cenderung untuk menjadi seseorang yang tidak peka dengan keadaan persekitaran. Anda tidak dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan anda juga terjejas. Oleh itu, kawal tekanan anda dengan baik seperti bermeditasi, membaca Al-Quran, yoga, sauna, aromaterapi dan sebagainya.

  • Berhati-hati Dengan Pengambilan Vitamin atau Makanan Tambahan

Sesetengah produk yg dijual di kaunter atau farmasi tidak sesuai dengan kita. Ada yg kononnya dapat meningkatkan daya ingatan. Tetapi sebaliknya ada yg memberi kesan sampingan. Oleh itu, lebih baik jika kita mendapatkan vitamin yg diperlukan oleh tubuh badan kita dengan pemakanan yg seimbang atau rujuk dahulu doktor yg bertauliah sebelum membeli makanan tambahan.

  • Bersenam

Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke otak. Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik. Amalkan senaman walaupun sekadar berjalan kaki.Elakkan Kemurungan

Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup anda tidak ceria. Anda sentiasa berada dalam keadaan tidak segar dan rasa kecewa. Lama-kelamaan ia turut menjejaskan daya ingatan anda dan membuat anda tidak hirau dengan persekitaran anda. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius dengan berjumpa psikiatri atau beramal-ibadah mendekatkan diri kepada Tuhan.

  • Awasi Pengambilan Ubat

Daya ingat mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti pil hormon, ubat darah tinggi, anti-kemurungan dan sebagainya. Jika anda menghadapi masalah daya ingatan disebabkan pengambilan ubat, konsultasi dengan doktor. Jangan mengambil ubat tanpa arahan doktor.

  • Belajar Sesuatu yang Baru

Cubalah aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya Bahasa Jepun, kursus kemahiran jangka pendek, menjahit, atau menghadiri ceramah dan motivasi.

  • Permainan

Bermain sesuatu permainan seperti board games dapat merangsang minda. Contohnya, catur, scrabble (Sahibba) dan Monopoli. Selain itu, teknologi sekarang lebih baik seperti permainan komputer dan Playstation. Pilihlah jenis permainan yang mencabar minda.

  • Banyak Membaca

Jadikan amalan membaca sebagai kegiatan harian. Membaca dapat meluaskan pengetahuan, mengembangkan minda dan menajam daya ingatan. Cuba ingat sedikit-sebanyak fakta yang terkandung di dalam bahan bacaan.

  • Katakan Berulang Kali

Untuk meningkat ingatan anda tentang sesuatu maklumat atau tarikh, katakan dengan kuat dan berulang kali sehingga anda benar-benar ingat akan maklumat tersebut.

  • Fokus

Daya ingatan dapat dilancarkan sekiranya anda sering fokus dalam sesuatu, contohnya matlamat hidup. Anda juga dapat belajar fokus dengan menumpukan fikiran anda pada sesuatu perkara dan mencatatkan apa yang anda fikirkan.

  • Bermain Dengan Angka

Asahkan minda anda dengan cuba bermain dengan angka seperti mengingati nombor telefon rakan-rakan. Selain itu, anda boleh menghubungkaitkan angka-angka tersebut dengan sesuatu bagi meningkatkan daya ingatan.

  • Membaca Al-Quran

Sekiranya anda seorang Muslim, amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.

(www.cakap.net)

Related posts

  • Fakta Tentang Tidur
  • Mata Terang
  • Menguatkan Pertahanan Badan
  • Petua Dapat Anak(ikut jantina)
  • Anemia
  • Muda Jelita Sentiasa
  • Petua Jaga Mata Palsu

Share This Post


RSS Feed

Subscribe to the RSS Feed
2 Comments »

2 Responses to “Menguatkan Daya Ingatan”

  1.   Fakta Tentang Tidur by Petua Nenek, on August 11th, 2009 at 8:38 am Said:

    [...] Mungkin ada yang berpendapat ia disebabkan peningkatan usia. Mungkin pendapat itu benar tetapi kajian menunjukkan masalah sukar menumpukan perhatian dan ‘kelembapan’ otak ini mempunyai kaitan dengan kekurangan tidur. [...]

  2. nenek, on May 5th, 2010 at 12:03 pm Said:

    elok amalkan makan kismis dan kurma. :)

Leave a Reply

  • Ads

    Mas Kahwin
    Senang Hamil
    Rahsia Anak Pintar
    Mentor Jutawan
    Tudung Online
    Rahsia Mudah hamil
    Syurga Rumahtangga
    Lulus Kerja Kerajaan
    Berhenti Merokok
    Pertolongan Cemas
    Untung Perniagaan
    Doa Pengasih
    Petua Seks Suami Isteri
     Pakej Video Blog
  • Pelawat Sejak 6hb Okt 2009


  • Kategori

    • Lain-Lain Petua
    • Petua Ayat2 AlQuran
    • Petua Barang2 Elekrik
    • Petua Buah-buahan
    • Petua Hiasan Dalaman
    • Petua Jagaan Mata
    • Petua Kebersihan
    • Petua Kecantikan
    • Petua Kecantikan Wajah
    • Petua Kehamilan
    • Petua Kerjaya
    • Petua Kesihatan
    • Petua Kurus & Langsing
    • Petua Masakan
    • Petua Masakan Ayam
    • Petua Masakan Daging
    • Petua Masakan Ikan
    • Petua Masakan Nasi
    • Petua Masakan Sotong
    • Petua Masakan Udang
    • Petua Perabot Rumah
    • Petua Perkakas Rumah
    • Petua Rumahtangga
    • Petua Sayur-sayuran
    • Petua Untuk Baby & Anak2
    • Petua Untuk Lelaki
    • Petua Untuk Perempuan
    • Sunnah Rasulullah
    • Supplements
  • Petua Terbaru

    • Masalah Rambut Nipis
    • Kurangkan Gemuk
    • Kurma Bukan Sekadar Pembuka Puasa
    • Awek Muda dan Tidur Nyenyak
    • Khasiat Pisang/Banana
    • Menurunkan Berat Badan
    • Petua Hidup Sihat Tanpa Ubat
    • Petua Seks Suami Isteri
    • Buah Manggis dan Khasiatnya
    • Petua Menghilangkan Bintik Hitam
  • Komen Terkini

    • kirana on Memutihkan Kulit Muka
    • kirana on Mencantikkan Kulit Muka
    • maira on Mengempiskan Perut
    • maira on Petua Putihkan Ketiak dan Hilangkan Bau Badan
    • pening on Menegang dan Melicinkan kulit dengan Telur Ayam
  • Arkib

    • July 2010
    • June 2010
    • May 2010
    • April 2010
    • March 2010
    • February 2010
    • January 2010
    • November 2009
    • October 2009
    • September 2009
    • August 2009
    • July 2009
    • May 2009
    • April 2009
    • March 2009
    • February 2009
    • January 2009
    • October 2008
    • September 2008
    • August 2008
    • July 2008
  • Tags

    anak anak pintar antioksida baby food bahagia bedak sejuk beras bersalin betik buah cancer darah fiber fosforus gigi gula halia jantung kalsium kambing kanser kayu manis keluarga kurma madu magnesium mineral nangka pisang potasium protein rambut salt sembelit senaman sireh sugar telur tidur vegetables vitamin A vitamin B vitamin c vitamin D zat besi
  • Pautan

    • Asida.net
    • CAKAP.Net
    • Dunia Perkahwinan
    • InfoSihat.gov.my
    • Koleksi Cinta
    • Lubuk Petua Warisan
    • PanduanHarian
    • Tips Kerjaya
  • Petua Popular Hari Ini

Petua Terkini

  • Masalah Rambut Nipis
  • Kurangkan Gemuk
  • Kurma Bukan Sekadar Pembuka Puasa
  • Awek Muda dan Tidur Nyenyak
  • Khasiat Pisang/Banana
  • Menurunkan Berat Badan
  • Petua Hidup Sihat Tanpa Ubat
  • Petua Seks Suami Isteri
  • Buah Manggis dan Khasiatnya
  • Petua Menghilangkan Bintik Hitam
  • Kalendar

    September 2010
    M T W T F S S
    « Jul    
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    27282930  
  • Mengenai Nenek

    Seorang insan yang suka berkongsi petua orang tua-tua dahulu dan mengamalkannya selagi ianya mendatangkan kebaikan. Khususnya di dalam kesihatan dan kebahagiaan diri dan keluarga.Anda dialu-alukan untuk berkongsi petua kepada pembaca yang lain dan juga saya. Terima Kasih.