Panduan Tips dan Petua Mudah Dalam Kehidupan Seharian

 


Pentingnya Sarapan Pagi

0
Posted June 22, 2012 by nenek in Petua Kesihatan

Sesetengah individu tidak berminat untuk mengambil sarapan pagi. Mereka beranggapan sarapan pagi tidak penting dan boleh menambahkan berat badan mereka. Sebaliknya mengambil sarapan pagi boleh mengekalkan bentuk tubuh badan kita. Selain itu, pengambilan sarapan yang baik akan menyediakan tenaga segera untuk sel-sel otak berfungsi pada waktu pagi. Ini mengelakkan tubuh badan anda menjadi lesu.

Perkara yang dielakkan ketika mengambil sarapan pagi:-

  • Elakkan mengambil makanan atau snek yang kurang berkhasiat dan berkalori tinggi.
  • Elakkan mengambil minuman yang terlalu manis tetapi ambillah segelas susu untuk mendapatkan protein di dalam tubuh badan anda.
  • Jangan mengambil makanan seperti hidangan makanan tengahari
  • Banyakkan minum air kosong untuk memudahkan proses perjalanan darah anda

Kebiasaannya, wanita Malaysia amat prihatin dengan pengambilan sarapan pagi untuk mengalas perut terutamanya untuk diri dan keluarga. Walaupun sebahagian besar wanita bandar terdiri daripada mereka yang bekerja, tetapi mereka tetap ada masa terluang untuk mengimbangkan masa antara urusan tugas, rumah dan keluarga bukan alasan untuk mengabaikan sarapan.

Petikan DBblog


loading...

About the Author

nenek

Memberi pelbagai petua kepada pelbagai masalah. Petua-petua ini diambil berdasarkan kepada petua nenek moyang, pengalaman sendiri, pengalaman pembaca dan pengguna yang lain. Petikan media massa dan elektronik juga.

0 Comments



Be the first to comment!


Leave a Response


(required)

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.