Panduan Tips dan Petua Mudah Dalam Kehidupan Seharian

 


Petai ; Gizinya Setanding Epal

0
Posted March 26, 2012 by nenek in Petua Kesihatan

Ramai yang menolak untuk menikmatinya kerana BAU yang tidak menyenangkan. Namun suka atau tidak, petai kaya dengan nutrien dan bermanfaat sebagai ubat alami. Lebih mengagumkan, petai yang amat terkenal di sebelah timur ini mendapati perhatian dunia barat apabila penelitian mendapati, kandungan nutrien yang luar biasa membolehkannya menangkis pelbagai jenis penyakit, meningkatkan kemampuan anak untuk belajar dan menghilangkan depresi.

Petai berserat tinggi, mengandungi 3 jenis gula iaitu glukosa, sukrosa dan fruktosa. Kombinasi ini memberi sumber tenaga segera (142 kkal per 100 biji) yang handal dan tahan lama iaitu sehingga 90 minit.

Dikenali ‘Buah Dingin’ dalam perubatan Cina yang memiliki sifat yin. Oleh itu, ia dipercayai mampu menurunkan suhu badan, emosi dan menegangkan perut dan saraf. Dengan tekstur yang lembut menyebabkan petai sangat baik untuk sistem percernaan.

Kajian juga menunjukkan, berbanding epal, kandungan protein dalam petai 4 kali ganda lebih tinggi, 2 kali ganda karbohidrat, 3 kali ganda fostor, vitamin A , zat besi dan vitamin C.

Mendapat panggilan “the most horrible food in the world”, bau petai berpunca dari asid-asid amino terutama sulfur semasa terdegrasi menjadi kompenan lebih kecil, ia menghasilkan bau yang lebih menyengat.

Namun begitu, cara mengurangkan bau petai adalah dengan memasaknya bagi suatu jangka masa yang panjang. Mengambil timun selepas memakai petai atau mengulum sedikit serbuk kopi selama beberapa minit.

Kelebihan Petai

  1. Depresi. Mampu meredakan depresi kerana kandungan triptofan di dalam badan diubah menjadi serotonin yang membuat kita relaks dan memperbaiki suasana hati (mood) dan rasa bahagia.

PMS (premenstrual syndrome). Pelbagai masalah tidak nyaman menjelang menstruasi seperti migrain dan sakit kepala, sakit di bahagian ari-ari.

Mengandungi vitamin B6 yang bersifat menenangkan dan mengatur kadar gula darah.

2.  Anemia: Kandungan zat besi yang tinggi dalam petai dapat meredakan anemia dengan meransang produksi sel-sel darah merah.

3. Tekanan darah tinggi : Petai mengandungi kalium yang tinggi kalium dan rendah garam sehingga mampu memerangi tekanan darah tinggi. Begitu juga untuk masalah strok.

4. Kemampuan otak. Kajian 200 siswa di Tweckenham mendapati pelajar yang diberi sarapan menu bersama petai menunjukkan peningkatan keputusan peperiksaan iaitu pelajar berupaya menjawab soalan dengan mudah kerana kandungan kalium tinggi membuatkan pelajar dalam keadaan berwaspada.

5. Sembelit. Masalah sembelit dapat diselesaikan dengan memakan petai kerana ia memudahkan proses membuang air besar dan mengatasi masalah2 percernaan yang lain.

6. Merokok. Petai dapat membantu anda yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6 dan B12 bersama kalium dan magnesium yang terkandung dalam petai membantu menyembuhkan efek ketagihan rokok dengan pantas.

 

Sumber : iSIHAT


loading...

About the Author

nenek

Memberi pelbagai petua kepada pelbagai masalah. Petua-petua ini diambil berdasarkan kepada petua nenek moyang, pengalaman sendiri, pengalaman pembaca dan pengguna yang lain.
Petikan media massa dan elektronik juga.


0 Comments



Be the first to comment!


Leave a Response


(required)

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.