Panduan Tips dan Petua Mudah Dalam Kehidupan Seharian

 


Petua Apabila Si Kecil Muntah-muntah

0
Posted May 5, 2011 by nenek in Petua Kesihatan

Muntah adalah proses aktif, membabitkan pengecutan otot perut yang membolehkan kandungan di dalamnya dikeluarkan melalui perut.

Apakah yang menyebabkan kanak-kanak muntah? Muntah disebabkan oleh jangkitan virus yang membabitkan usus atau makanan yang kurang serasi dengan kanak-kanak terbabit. Selalunya, kanak-kanak muntah disebabkan oleh virus juga akan mengalami cirit-birit.

Jika kanak-kanak muntah melebihi 24jam tanpa cirit-birit, dia mungkin mengalami masalah yang lebih sukar.

Berapa lama anak saya akan muntah?

Umumnya, masalah muntah ini akan berkurangan selepas 6 hingga 24jam. Pertukaran dari segi pemakanan boleh mengurangkan masalah muntah dan dehidrasi. Jikan kanak-kanak mengalami masalah cirit-birit, ia akan berlarutan untuk beberapa hari. Cara yang terbaik ialah berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan bagi mendapatkan rawatan yang sesuai supaya cirit-biritnya cepat sembuh.

Apa yang boleh anda bantu?

  1. Berikan dia ia dalam kuantiti yang sedikit selama 8 jam selepas muntah yang terakhir.
  2. Jika usianya kurang daripada setahun, gunakan garam rehidrasi [glukos].
  3. Jika tiada garam, berikan susu tetapi dalam kadar yang sedikit.
  4. Berikan dalam jumlah yang sedikit [satu sudu teh] dan berikan setiap 5 minit.
  5. Selepas 4 jam, tambahkan kuantitinya.
  6. Sekiranya muntah masih berlaku, hentikan seketika selama 1 jam dan mulakan semula dengan kuantiti kecil.

 

Kalau anak anda muntah, jangan berikan ubat-ubatan melalui mulut. Jika demam, pilihlah ubat yang diberi melalui punggung.

Bilakah saya perlu mendapatkan nasihat doktor?

  1. Anak mula tunjukkan tanda-tanda kering atau dehidrasi
  2. Darah dalam muntah
  3. Jika kandungan muntah mengandungi jus hempedu [bilous vomiting], biasanya muntah berwarna hijau
  4. Muntah berterusan diikuti dengan cirit-birit yang terlalu kerap
  5. Anak anda lemah, tidak bermaya dan kelihatan lesu

 

Petikan dari Buku Panduan Sihat Wanita dan Kanak-Kanak



About the Author

nenek

Memberi pelbagai petua kepada pelbagai masalah. Petua-petua ini diambil berdasarkan kepada petua nenek moyang, pengalaman sendiri, pengalaman pembaca dan pengguna yang lain. Petikan media massa dan elektronik juga.

0 Comments



Be the first to comment!


Leave a Response

(required)


Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.