Panduan Tips dan Petua Mudah Dalam Kehidupan Seharian

 


Petua Buang Kerak di Kepala Bayi

2
Posted December 23, 2010 by nenek in Petua Kesihatan

Ambil segenggam kelapa parut yang dicampurkan dengan dua atau tiga ketul garam kasar. Masukkan ke dalam kain perca dan ikat kemas. Ramas sedikit sehingga keluar santan. Setelah itu sapulah di atas kepala bayi dan biarkan seketika. Bukan sahaja kerak akan hilang tetapi rambut bayi akan lebat dan hitam.

Tambahan, ada beberapa cara atau petua  yang boleh menghilangkan kerak kepala bayi. Antaranya

  1. Mencuci lebih kerap : Kerapkan membasuh atau mencuci kepala bayi dengan syampu bayi dengan menyapu dan mengogok dengan lembut kulit kepala bayi. Bilas syampu dengan menggunakan air suam hingga bersih. Jangan tinggalkan sisa syampu di kulit kepalanya.
  2. Sikat dengan lembut : Sikat rambut bayi dengan lembut atau dengan menggunakan  berus (khas untuk kulit kepala bayi) untuk menghilangkan kerak-kerak tersebut.
  3. Gunakan minyak zaitun : Sapukan minyak zaitun di atas kepala bayi. Jangan biarkan minyak terlalu lama di atas kulit kepala bayi. Gunakan sikat untuk mengeluarkan kerak2 kepala itu.
  4. Jangan tanggalkan kerak dengan mengelupasnya :  Jangan sesekali menggunakan kuku untuk mengulas kerak2 di kepala bayi. Ini akan menyebabkan kulit kepala bayi luka, dan mungkin akan mengalami infeksi daripadanya.


About the Author

nenek

Memberi pelbagai petua kepada pelbagai masalah. Petua-petua ini diambil berdasarkan kepada petua nenek moyang, pengalaman sendiri, pengalaman pembaca dan pengguna yang lain. Petikan media massa dan elektronik juga.

2 Comments


  1.  
    aiza

    saya mempunyai anak usia 4 bulan.masalah saya sekarang anak saya mempunyai kerak di kepala tapi tipis saja..san ruam dimuka sehingga kulit muka agak kasar bagaimana cara nak mengatasintya..





Leave a Response

(required)


Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.