Panduan Tips dan Petua Mudah Dalam Kehidupan Seharian

 


Petua dan Tip Panduan Penjagaan Selepas Bersunat

0
Posted December 4, 2016 by nenek in Petua Kesihatan

abang-ashraf-bersunat-2_liKhatan (bersunat) bermakna memotong lebihan kulit di bahagian alat sulit samaada bagi wanita (kelentit) mahupun lelaki (kulup). Khatan atau “bersunat” merupakan salah satu cara membersihkan alat sulit kerana zakar dan faraj merupakan tempat dimana pembiakan kuman-kuman yang boleh memudaratkan. Menurut Imam Shafie, Imam Malik dan al-Auzai serta lain-lain berkhatan atau bersunat ini merupakan wajib bagi seseorang yang bergelar Muslim. Kebanyakan ulama berpendapat bahawa khatan wajib dilakukan ketika si anak hampir cukup umur atau akil baligh. Mengkhatan anak lelaki adalah wajib manakala mengkhatankan anak gadis adalah terpuji dan bukannya wajib. (Sumber: Wikipedia)

 

ikan-panggang-menu-berpantang-bersunatPanduan dan Penjagaan Selepas Bersunat

  1. Hujung penis atau tempat jahitan kan membengkak selama 3 hingga 5 hari, dan akan terjadi keruping (scab). Jangan panik, ia akan tertanggal dengan sendirinya.
  2. Tidak perlu membuka benang jahitan. Ia juga akan tertanggal sendiri.
  3. Jika ada alahan kepada ubatan, sila maklumkan terlebih dahulu kepada klinik/hospital sebelum bersunat. Jika ada ruam seluruh badan atau sesak nafas selepas makan ubat, sila berhenti makan ubat dan segera kembali ke hospital tersebut.
  4. Makan ubat yang diberi seperti yang diarahkan. Habiskan antibiotik.
  5. Selepas buang air kecil, keringkan dengan tisu di sekeliling tempat jahitan.
  6. Pastikan tempat jahitan itu sentiasa dalam keadaan kering untuk 3 hari pertama. (penting!)
  7. Jika ada sedikit pendarahan, tekan tidu di tempat yang berdarah.
  8. Sekiranya ada pendarahan yang banyak, sila ke hospital dengan segera atau klinik yang berdekatan.
  9. Elakkan dari mengambil makanan laut atau  makan makanan yang mendatangkan alergik yang boleh mendatangkan kegatalan di tempat luka.
  10. JANGAN sapu sebarang krim atau minyak gamat dan sebagainya di tempat jahitan.
  11. Ambil vitamin C.

Sumber: KJMC.


loading...

About the Author

nenek

Memberi pelbagai petua kepada pelbagai masalah. Petua-petua ini diambil berdasarkan kepada petua nenek moyang, pengalaman sendiri, pengalaman pembaca dan pengguna yang lain.
Petikan media massa dan elektronik juga.


0 Comments



Be the first to comment!


Leave a Response


(required)

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.