Panduan Tips dan Petua Mudah Dalam Kehidupan Seharian

 


Petua Jaga Mata Palsu

0
Posted August 3, 2009 by nenek in Petua Kesihatan

Retinoblastoma Landa kanak-Kanak

Retinoblastoma adalah kanser mata yang kerap melanda kanak-kanak; antara punca pesakit kecil kehilangan mata. Permintaan mata palsu di negara kita tidaklah sebanyak anggota palsu lain seperti kaki atau tangan.
Mata palsu tidak dicipta untuk cantik, sebaliknya bertujuan mengembalikan keyakinan seseorang selepas kehilangan sebelah mata.
Antara punca kehilangan mata ialah

  • Penyakit: malanoma, penyakit mata berkaitan glaukoma, keruntuhan retina
  • Trauma: kemalangan, kebakaran atau terkena tembakan
  • Kongenital (masalah di alami sejak kecil) – mikrophthalmia (mata lebih kecil dari normal) dan Retinoblastoma (kanser mata pada kanak-kanak)

1. Jangan buka mata terlalu besar dan cuba belajar untuk mengerakkan kelopak mata. Cara mudah ialah dengan lebih banyak senyum supaya orang tidak sedar anda menggunakan mata palsu
2. Apabila anda mahu melihat2 kemana-mana arah, jangan tanya menggerakkan mata, sebaliknya toleh kepala atau pusingkan badan ke arah berkenaan. Dalam kebanyakkan kes, mata palsu bergerak serentak dengan mata asal jika otot masih kuat dan ia dipasang dengan baik.
3. Pakai kaca mata. Ia boleh melindungi mata palsu.
4. berhati-hati ketika mengelap mata. Jika perlu, lap mata ke arah hidung. Ini akan mengelakkan mata palsu daripada terpusing di dalam soket mata. Oleh kerana mata palsu terlatak di atas kelopak bawah mata, berhati-hati apabila mahu menggosok mata kerana jika terkuat, mata palsu anda boleh terkeluar.
5. oleh kerana mata palsu benda asing, ia menyebabkan penghasilan bahan buangan dalam soket mata. Bahan buangan ini perlu dibersihkan untuk mengelak berlakunya jangkitan dan menampakkan mata lebih cantik.
(Petikan dari HarianMetro, Ahad  2 Ogos 2009)


loading...

About the Author

nenek

Memberi pelbagai petua kepada pelbagai masalah. Petua-petua ini diambil berdasarkan kepada petua nenek moyang, pengalaman sendiri, pengalaman pembaca dan pengguna yang lain.
Petikan media massa dan elektronik juga.


0 Comments



Be the first to comment!


Leave a Response


(required)

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.