Panduan Tips dan Petua Mudah Dalam Kehidupan Seharian

 


Petua Menghilangkan Mata Sembab atau Bengkak

2
Posted May 9, 2013 by nenek in Petua Kesihatan

Sering berjaga sehingga larut malam, ketika demam selsema menyerang, atau setelah menangis sampai berjam-jam lamanya, kebiasaannya anda akan bangun dengan keadaan bahagian circle mata membengkak atau sembab. Bagaimana cara mengatasinya?

Mata sembab mencatatkan penampilan anda, merubah hari ‘moody’ anda jika ke pejabat, sekolah atau keluar atas urusan rasmi.Bagaimanapun, jangan risau, beberapa petua di bawah ini akan menyelesaikan masalah mata sembab anda hanya beberapa menit sebelum anda berangkat kerja atau ke sekolah, bagaimana cara menghilangkannya??

1. Ais batu

Ini adalah cara traditional yang sudah sering digunakan oleh ramai wanita: sejukkan bahagian sembab dengan kepingan ais batu. Namun untuk mempercepat prosesnya, dahulukan dengan membilas wajah dengan air sejuk ketika mandi. Tak ada ais batu? Masukkan saja sudu ke dalam peti ais tempat buku, Setelah sejuk, lekatkan sudu ke bahagian sekitar mata yang membengkak.

eyecoveredteabags2. Rendaman teh

Ambil dua uncang teh, celupkan pada air panas, lalu angkat. Setelah panas, tuamkan ke kelopak mata, dengan ditutupi dengan kain selama 5-10 minit. Gunakan teh hijau atau teh hitam, kerana kandungan kafein di dalamnya membantu mengurangkan pembengkakan.

3. Timun

Matadantimun_zps123291f0Timun bukan saja baik untuk kesihatan, tapi juga untuk mata sembab, kerana kandungan astringent di dalamnya membantu menyegarkan mata yang bengkak. sejukkan dua hirisan timun di dalam peti ais, kemudian letakkan di kelopak mata selama sekitar 10 minit.

4. Kentang

Selama ratusan tahun, orang Eropah mempercayai kentang sebagai penghilang sakit kepala, kebas-kebas, dan berbagai jenis kegatalan kulit. Untuk mata sembab, kupas kentang segar, cuci, keringkan, dan parut halus. Bungkus parutan kentang itu dengan kain, lalu tuamkan pada mata.

5. Garam

Untuk menyembuhkan mata sembab, campurkan setengah susu teh garam ke dalam seperempat liter air putih. Celupkan kapas ke dalam campuran ini, lalu tuamkan ke mata.

6. Minum air putih

airBanyak minum memang tidak akan dapat mengempiskan mata yang bengkak, tapi ini akan mempercepat prosesnya. sepanjang hari banyak-banyaklah minum air putih, dan untuk sementara, hindari kopi, soda, dan minuman manis.

7. menggunakan COLLAGEN CRYSTAL EYE MASK

eye mask 2CRYSTAL COLLAGEN EYE MASK GOLD

PM / SMS / WHATSAPP 012-331 2030

Fungsi:
1. Mengurangkan kesan hitam di bawah mata ( eye bag)
2. Melembapkan dan mengurangkan kedutan
3. Mengembalikan kolagen yang hilang
4. Mengecilkan liang roma.
5. Menyegarkan mata dari keletihan


About the Author

nenek

Memberi pelbagai petua kepada pelbagai masalah. Petua-petua ini diambil berdasarkan kepada petua nenek moyang, pengalaman sendiri, pengalaman pembaca dan pengguna yang lain. Petikan media massa dan elektronik juga.

2 Comments


  1.  
    shah

    Mcmne nk dptkan eye mask gold tu





Leave a Response

(required)


Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.