Panduan Tips dan Petua Mudah Dalam Kehidupan Seharian

 


Petua Makanan Yang Boleh Mengatasi Sembelit, Buasir

1
Posted May 3, 2012 by nenek in Petua Masakan

1. Ciku – Penawar Buasir

Secara tradisional, buah ciku telah dikenal pasti amat mujarab untuk merawat masalah bawasir (buasir).  Caranya adalah dengan mengambil buah ciku yang belum cukup tua, ditumbuk dan dicampur dengan sedikit air panas dan garam. Minumlah bahan-bahan ini setiap hari sebelum sarapan.Selain untuk merawat bawasir, buah ciku juga mengandungi kandungan fiber yang tinggi yang amat mujarab untuk mengatasi masalah sembelit.  Sering memakan buah ciku juga dipercayai  dapat mengurangkan risiko untuk menghadapi kencing manis, darah tinggi dan kanser.  Disamping itu, ciku juga kaya dengan gula bebas, vitamin C dan bahan mineral terutamanya kalsium.

Petikan : SINI

tambahan lagi, petua ciku ini juga boleh dibuat seperti begini.7 biji ciku muda sebesar ibu jari direbus dan diminum air rebusannya setiap pagi. Jadikan ia sebagai amalan setiap hari sehingga masalah buasir anda berkurangan dan lega.

2. Sayuran dan Buahan yang kaya serat, disamping banyak minum air masak.

Elakkan dari memakan makanan yang boleh menyebabkan gangguan (makanan pedas atau berempah, alkohol) atau yang boleh merangsangkan usus (kopi atau teh).

3.Tapai ubi

Ada di antara kita yang menderita penyakit buasir. Cuba amalkan memakan tapai ubi atau tapai pulut, pastikan anda makan bersama airnya sekali. Paling baik ialah tapai yang dicampurkan gula pasir kerana ragi yang digunakan akan menghasilkan rasa manis pada tapai. Ragi inilah sebenarnya sangat baik untuk pencernaan. Jika buasir telah mencapai tahap serius yang mana darah akan keluar dari dubur, apabila anda mengamalkan petua ini, insyaallah darah akan terhenti dengan cepat. Anda boleh melihat kesannya dalam seminggu

4. Kulit Manggis

Kulit manggis jangan dibuang slps makan isinya. Basuh kulit manggis tersebut dan jemur hingga kering. Kemudia rebus kulit yang telah kering tadi dengan 5 gelas air sehingga menjadi secawan sahaja. Minum ketika air suam. Amalkan selalu insya-Allah

5. Tomato hampir masak

Ambil sebiji tomato yang hampir masak dan goreng dengan minyak yang sedikit. Kemudian biar ia sejuk. Setelah itu sapukan pada bahagian buasir. Jadikan ini sebagai amalan sehingga buasir anda pulih.

6. Timun/Mentimun

Ambil beberapa biji buah timun. Di belah dua kemudian kaut bijinya dengan menggunakan sudu. Bijinya sahaja yang perlu di makan.Amalkan setiap hari iaitu pada sebelah pagi dan malam. Anda akan dapat lihat hasilnya selepas satu minggu.

7. Delima

Ada orang kata buah delima ni kalau untuk orang yang buasir adalah sesuai dan juga bagi perempuan yg mengalami masalah keputihan. Untuk yang mengalami masalah cacing juga.

Pokok buah delima ni boleh hidup sampai 200 tahun lamanya.

8. Terung susu kambing

Dalam perubatan Traditional Melayu, Terung ini digunakan bagi merawat penyakit darah tinggi, kencing manis, buasir dan barah payu dara.

9. Minyak belut

Minyak Belut dalam rawatan urut tradisional juga berkhasiat untuk merawat sakit buasir (haemorrhoids),iaitu dengan menyapukan pada sehelai daun sirih yang telah disalai dan tempelkan pada bahagian buasir.Amalkan sekali sehari untuk selama 3 hari berturut-turut,samada diwaktu pagi atau petang.

10. Jus prune

Jus prune rasanya memang sedap. Ia boleh mengatasi sembelit. Masa berpentang dulu pun nenek makan prune. Takde masalah kalau makan banyak-banyak. Rasa sedap.

11. Buah Sunkist yg super manis.

Boleh dibuat jus. Minum setiap pagi, lagi fresh. Minum suam bukan sejuk.

12. Yakult

Ada orang bagitahu yang ni bagus untuk pecernaan specially kanak-kanak. Diorang kata ia bagus dari vitagen. Bagi nenek, anak2 minum vitagen aje, memang senang membuang. Kekadang tengok anak 2hari tak membuang, memang nenek pergi beli vitagen. Satu diorg suka minum, tak payah nak paksa2. Lama sikit pastu mesti membuang. :)

13. Bersauna

Sauna bertindak mengalirkan darah ke seluruhan badan secara optimun. Proses percernaan pun lebih mudah. Memang lepas bersauna ni, membuang pun senang. Tak payah nak meneran2.


14. Buah epal fuji

Buah yang juga kaya serat. Boleh amalkan.

15. Paling penting banyak minum AIR MASAK. Jalan terbaik! mudah dan cepat

16. Lidah Buaya

Merebus lendir lidah buaya dengan kunyit muda minum setiap pagi dan petang


About the Author

nenek

Memberi pelbagai petua kepada pelbagai masalah. Petua-petua ini diambil berdasarkan kepada petua nenek moyang, pengalaman sendiri, pengalaman pembaca dan pengguna yang lain. Petikan media massa dan elektronik juga.

One Comment



Leave a Response

(required)


Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.