Panduan Tips dan Petua Mudah Dalam Kehidupan Seharian

 


Petua Mengelakkan Kurap dan Panau

8
Posted January 31, 2011 by nenek in Petua Kesihatan

KUDIS

Kudis atau ‘scabies’ adalah penyakit kulit berjangkit yang disebabkan oleh HAMA. Ia menyebabkan kegatalan teruatama pada waktu malam. Kudis sering tumbuh sekitar badan yang lembab seperti tangan, ketiak, paha dan juga di clah jari tangan atau kaki.

KURAP

Ia adalah satu penyakit kulit yang disebabkan oleh FUNGI. Ia senang berjangkit dan masa efeksi adalah beberapa hari. Gejala kurap dapat dikesan apabila terdapat bahagian kecil yang kasar pada kulit dengan dikelilingi kingkaran merah muda. Pengidap penyakit ini akan merasa gatal pada bahagian kulit yang dijangkiti dan jika tidak dirawat dengan segera, ia akan memberikan kesan yang buruk dan merebak ke seluruhan kulit.

PANAU

Panau atau ‘tinea versicolor’ atau ‘pityriasis versicolor’ disebabkan sejenis kulat daripada jenis ‘malasse2ia’. Ia biasanya menimbulkan rasa gatal apabila pengidap penyakit ini berpeluh. Ia boleh dikesan dengan timbulnya tompok-tompok berwarna putih, coklat atau merah pada kulit.


Petua Mengelakkannya ;

1. Gamat

Mempunyai kesan anti-fungus yang sememangnya boleh membunuh kulat dengan segera. Ia juga dapat membantu mengurangkan gatal kesan daripada masalah kulit atau panau. Gamat juga memberi kesan melembab dan menyihatkan kulit yang turut membantu mencegah kulit dari pacah dan bermasalah.

2. Kapur

Ambil kapur makan dan campurkan sedikit sabun mandi. Kemudian campurkan sedikit air dan sapukan pada bahagian yang terkena kurap dan panau. Ulang sebanyak 2 kali sehari, InshaAllah dalam seminggu akan hilang kesan parut kurap dan panau itu.

3. Biji Ubi Bembam

Beberapa biji ubi bembam diparut dan diperah untuk mendapatkan airnya. Kemudian campurkan air itu dengan bedak sejuk dan sapukan ditempat berkenaan 2 kali sehari sehingga sembuh.

4. Bawang Putih

Ambil dua ulas bawang putih. Bakar selama 30 minit dan tumbuk lumat. Sapukan pada bahagian yang ada panau.

ELAKKAN!

  1. berkongsi tuala mandi
  2. mandi tanpa menggunakan sabun
  3. memakai baju yang sama berulang kali
  4. tabiat tidak menjaga kebersihan diri
  5. membasuh muka atau mandi semasa badan berpeluh

Sumber: Bintang Kecil

Masalah ketiak hitam, kehitaman di bahagian2 kulit yang terlipat, masalah jeragat, jerawat , kegatalan dan ruam serta masalah kulit yang lain boleh cuba SABUN SUSU BERAS ini >> sabun-susu-beras-100-asli-sabun-muka-dan-badan


About the Author

nenek

Memberi pelbagai petua kepada pelbagai masalah. Petua-petua ini diambil berdasarkan kepada petua nenek moyang, pengalaman sendiri, pengalaman pembaca dan pengguna yang lain. Petikan media massa dan elektronik juga.

8 Comments


  1.  
    Haniz

    nek sabun mandi 2 sabun ketul ke sabun gel 2..




  2.  

    Nek, kalo kesan panau yg banyk di belakag badan pun bleh sapu dgn campuran kapur n sabun?




  3.  
    gadis melayu

    Salammmm . alhamdulilah ada perkongsian di sini . betul ke nek benda ni menjadi ? sy memang dah lama kena , cume cara tradisional je belum try . harap2 berkesan lah :) thanks for sharing :D




  4.  

    salam .. thx nek , nanti sy cuba key :)




  5.  
    sathish

    i sudah cuba…………….




  6.  
    Hani

    Berkesan ke? Cara mana yg berkesan tu?





Leave a Response

(required)


Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.