Panduan Tips dan Petua Mudah Dalam Kehidupan Seharian

 


Boleh ke basuh rambut dengan air hujan?

0
Posted February 17, 2012 by nenek in Petua Kesihatan

Sewaktu kecil, bila hujan turun, anda keluar rumah untuk bermain di bawah air hujan. Pulang kembali ke rumah dengan basah kuyup, orangtua anda marah kerana mereka menganggap itu salah satu hiburan yang kotor dan tidak memberi apa-apa kebaikan.

Sebenarnya orangtua anda tidak sepenuhnya benar, juga tidak sepenuhnya salah. Dalam hal hubungannya dengan kebersihan rambut, air hujan ternyata boleh memberi kebaikan kepada rambut Anda. Oleh itu, anda boleh membersihkan rambut dengan air hujan.

Ditambah pernyataan dari Water Rhapsody, kononnya orang-orang Barat zaman dahulu percaya bahawa mencuci rambut dengan air hujan dapat membuat rambut jauh lebih sihat dan bersinar kerana ia turun dari langit. Mitos tersebut lama dipercayai di luar sana, tetapi kini sains dapat perjelaskannya hari ini.

Air hujan tergolong sebagai air yang “ringan”. Diambil dari Rainwater Connection, air yang turun dari langit ini memiliki kadar keneutralan pH yang hampir sempurna, bebas garam dan mineral yang buruk bagi rambut. Kalau difilter dengan rapi, air hujan menjadi materia paling neutral yang dapat anda gunakan untuk mencuci rambut.Bahkan untuk diminum, mandi dan sebagainya.

Keneutralan yang dimiliki air hujan pada praktikalnya tidak akan membuat rambut menyimpan sisa-sia buih atau bahan dari shampu yang anda gunakan, sehingga proses pencucian akan menjadikan hasil maksima untuk mahkota anda. Bahan-bahan yang terkandung di dalam shampu dapat bekerja lebih baik tanpa kontaminasi[kandungan/kesan/kesilapan] buruk dari air yang anda gunakan.

Namun, teori ini tidak sepenuhnya berlaku bagi daerah-daerah yang mempunyai polusi pendududuk yang ramai. Air yang diangkat ke langit saat proses pembuatan hujan dari daerah/kawasan kotor mengandungi banyak zat buruk bagi rambut anda. Kadar keneutralannya pun berkurang secara signifikan, bahkan boleh lebih buruk dari air kolam publik seperti yang biasa anda gunakan di rumah.

Disebabkan itu sebelum menggunakan air hujan untuk membersihkan rambut, pastikan bahwa anda berada di daerah/kawasan yang bebas persekitaran, udara yang kotor dan pastikan air tersebut tersimpan pada suhu yang dingin, kerana suhu tersebut dapat menambah kesan berkilau pada rambut anda.

Bilakah kali terakhir anda mencuci rambut dengan air hujan?


loading...

About the Author

nenek

Memberi pelbagai petua kepada pelbagai masalah. Petua-petua ini diambil berdasarkan kepada petua nenek moyang, pengalaman sendiri, pengalaman pembaca dan pengguna yang lain. Petikan media massa dan elektronik juga.

0 Comments



Be the first to comment!


Leave a Response


(required)

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.