Panduan Tips dan Petua Mudah Dalam Kehidupan Seharian

 


Serangan Jantung dan Air Suam

0
Posted August 3, 2008 by nenek in Petua Kesihatan

Petanda Lazim Serangan Jantung

Kita seharusnya mengambil tahu yang petanda serangan jantung bukan sahaja pedih pada sebelah kiri dada. Awasi jika terasa sakit yang menyesakkan pada dada kiri. Mungkin kita belum pernah merasa sakit dada semasa terkena serangan jantung, muntah-muntah dan berpeluh secara berlebihan juga adalah antara tanda-tanda lazim serangan jantung. 60% pesakit yang terkena serangan jantung adalah ketika sedang tidur dan tidak boleh bangun dari tidur. Sakit pada dada boleh menyebabkan tidak sedarkan diri. Berhati-hati dan berjaga-jagalah sentiasa. Lebih banyak yang kita ketahui berkenaan serangan jantung, maka lebih peluang untuk kita terselamat.

Kepada sesiapa yang gemar meminum air sejuk selepas makan, air sejuk akan melekatkan minyak yang kita makan bersama hidangan. Ini akan melambatkan proses pencernaan dan mempercepatkan penambahan kelori di dalam badan. Apabila gumpalan minyak yang terjadi akan bertindakbalas dengan asid di dalam perut, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan selari dengan enzim intestine. Dalam masa terdekat, ia berpotensi bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada kanser. Untuk mengelakkan ini daripada berlaku, adalah penting untuk kita meminum sup panas ataupun air suam selepas makan. Air suam memang elok untuk kesihatan. Buktinya setiap doktor akan menyarankan kepada pesakit supaya menelan ubat-ubatan yang dibekalkan dengan secawan air suam.


loading...

About the Author

nenek

Memberi pelbagai petua kepada pelbagai masalah. Petua-petua ini diambil berdasarkan kepada petua nenek moyang, pengalaman sendiri, pengalaman pembaca dan pengguna yang lain. Petikan media massa dan elektronik juga.

0 Comments



Be the first to comment!


Leave a Response


(required)

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.