Panduan Tips dan Petua Mudah Dalam Kehidupan Seharian

 


Rahsia Solat Dengan Khusyuk

0
Posted November 15, 2016 by nenek in Petua Kesihatan

 

Dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar.”

– Al-Ankabut , Ayat 45


Sahabat yang dirahmati Allah,

Allah telah berfirman di dalam surah Al-Ankabut, Ayat 45, Bahawa.. Solat itu akan mencegah dari perbuatan keji dan mungkar. Namun, pada hari ini, kita dapat lihat, ramai orang yang mengerjakan solat, tetapi masih lagi melakukan perkara-perkara yang buruk.

Mengapakah perkara ini boleh terjadi?

Para ulama telah membahaskan tentang perkara ini. Secara ringkas, kesimpulan bagi perbahasan tersebut, para ulama berpendapat, “Solat” yang dapat melindungi manusia itu dari melakukan perkara-perkara keji dan mungkar, adalah solat yang benar-benar sempurna yang diterima Allah. Manakala, solat yang dilakukan secara sambil lewa dan tidak sempurna, tidak akan mampu menjadi pelindung dan benteng kepada orang yang mengerjakannya.

Hari ini, marilah kita ambil sedikit masa untuk menyemak semula amalan solat kita. Adakah ianya benar-benar sempurna dan sama sepertimana yang dilakukan oleh nabi kita Muhammad S.A.W.

Kerana nabi pernah berpesan… Solatlah kamu seperti mana kamu melihat aku solat” hadis riwayat Bukhari & Muslim.

Apabila nabi bersolat, baginda akan mengerjakannya dengan penuh khusyuk, begitu juga dengan sahabat-sahabat nabi, mereka akan melakukan solat dengan penuh khusyuk.

Tetapi kita hari ini, apabila sedang melakukan solat, pelbagai perkara yang terlintas dan bermain di fikiran. Fikiran pun mula melayang-layang, pada ketika itulah juga pelbagai perkara akan mula diingati, dari perihal kerja pejabat, kepada perihal rumahtangga, hal kewangan, hal anak-anak dan pelbagai lagi.

Sedihnya… Amalan solat yang sepatutnya dapat mendekatkan diri kita kepada Allah, menjadikan kita sebaliknya. Kita semakin jauh dengan Allah dan Allah pula benci kepada kita sewaktu kita sedang solat. Nauzzubillah min zalik.


loading...

About the Author

nenek

Memberi pelbagai petua kepada pelbagai masalah. Petua-petua ini diambil berdasarkan kepada petua nenek moyang, pengalaman sendiri, pengalaman pembaca dan pengguna yang lain. Petikan media massa dan elektronik juga.

0 Comments



Be the first to comment!


Leave a Response


(required)

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.