Panduan Tips dan Petua Mudah Dalam Kehidupan Seharian

 


Tanda Penyakit Warna Lelehan Faraj

129
Posted May 24, 2017 by nenek in Petua Kehamilan

Anda boleh mengetahui penyakit yang mungkin dialami melalui warna lelehan faraj. Semoga keterangan lanjut INTAN JASTINA JAMALUDDIN yang mendapatkan pandangan daripada doktor pakar perbidanan dan sakit puan, Dr. Mohamed Rafi Mohammed Feizal dari pusat perubatan Umra, Shah Alam dapat membantu.

Tanda-tanda penyakit akibat daripada keputihan boleh diamati menerusi ciri dan warna lelehan yang keluar saat keputihan berlangsung. Namun, perlu anda ketahui bahawa tidak semua lelehan yang keluar itu merupakan tanda penyakit.

Dalam kebanyakan kes, masalah keputihan yang kerap berlaku kepada para wanita adalah disebabkan oleh kulat. Ini termasuklah wanita hamil. Namun, apabila masalah menjadi lebih kronik, pemeriksaan perlu dilakukan kerana dikhuatiri ia mempunyai kaitan dengan masalah kencing manis ketika hamil. Bagi wanita yang tidak hamil, keputihan lazimnya berlaku sewaktu stres ataupun ketika imuniti tubuh menjadi lemah.

1. Jernih
Sekiranya, lelehan yang dialami berwarna jernih dan banyak lendir tetapi tidak berbau, anda tidak perlu risau. Keadaan ini merupakan sesuatu yang normal. Lazimnya, lelehan daripada warna seperti ini akan keluar dua minggu menjelang haid, sekitar waktu sebur atau apabila hormon estrogen berlebihan mahupun stres. malah, keputihan seperti ini turut sering dialami oleh kebanyakan wanita hamil.

2. Putih
Lain pula halnya jika lelehan yang keluar berwarna putih, berair dan berbau busuk. malah, jika kegatalan di sekitar kemaluan dialami dan disertai dengan rasa sakit ketika membuang air kecil maka kemungkinan besar anda menderita jangkitan yang disebabkan oleh sejenis kulat dikenali sebagai candida albicans. Kulat ini sememangnya paling sering hinggap di bahagian intim wanita.

3. Putih Pekat
Sekiranya lelehan yang keluar kelihatan seperti susu pekat, melekit, sangat banyak dengan bau yang tidak begitu menyenangkan, berkemungkinan berlaku radang pada serviks dan vagina. Dalam keadaan tertentu terutamanya ketika keadaan menjadi lebih teruk, rupa lelehan itu akan kelihatan seperti tairu. Untuk makluman anda, masalah ini sebenarnya turut berpunca daripada jangkitan candida albicans.

4. Coklat
Lelehan yang berwarna coklat, berair, sangat banyak dan lembap merupakan petanda anda mengalami masalah gangguan pembuluh darah pada serviks atau endometriosis. Warna coklat tersebut timbul akibat perdarahan seperti keguguran, haid tidak teratur ataupun darah segar yang apabila kering bertukar warna menjadi coklat.

5. Merah muda
Bagi anda yang mungkin mengalami lelehan yang berwarna merah muda, cair, sangat banyak tetapi tidak berbau maka berkemungkinan berlaku jangkitan bakteria yang tidak khusus. Biasanya keputihan ini terjadi setelah melahirkan. Selain daripada itu, ia juga mungkin haid, pendarahan di pangkal rahim, faraj atau dalam rahim. Antara lain, gejala ini turut timbul saat anda mengalami masalah hormon estrogen berlebihan.

Warna-warna lain

1.Kelabu
Apabila lelehan berwarna kelabu dengan garis darah, berair, sangat banyak dan berbau busuk, anda perlu lebih prihatin dan segera mendapatkan pemeriksaan doktor kerana ia berkemungkinan petanda awal kanser.

2. Kuning kehijauan
Jika lelehan yang keluar berupa kuning kehijauan, berbuih, sangat banyak, gatal, berbau busuk dan sakit di sekitar kawasan bahagian intim serta kemerahan pada vagina, kemungkinan besar anda mengalami jangkitan
yang disebabkan oleh kuman protozoa trichomonas vaginalis.

3. Kuning
Jangkitan yang disebabkan oleh nisseria gonorrhoe mungkin berlaku apabila lelehan yang keluar berwarna kuning, kental, sangat banyak, terasa panas dan gatal pada kemaluan; sakit di daerah sekitar kemaluan serta sakit ketika anda membuang air kecil.

Jika anda mengalami gejala keputihan seperti ini, segeralah berjumpa dengan doktor kerana rawatan khusus harus dilakukan segera bagi mencegah komplikasi yang lebih teruk. Komplikasi yang dimaksudkan sering berlaku apabila kuman mula menyerang serviks. Komplikasi jangka panjang yang lebih ngeri ialah anda mungkin mengalami masalah mandul organ peranakan terutamanya tiub fallopio rosak.

Sekiranya anda beranggapan keputihan yang dialami tergolong sebagai abnormal, maka segeralah bertemu doktor. Namun, pastikan sebelum bertemu dengannya, anda tidak membersihkan vagina dengan sabun pencuci atau apa-apa jenis pencuci pun. Hal ini penting agar doktor dapat melihat keadaan sebenar keputihan.

Selanjutnya, anda akan diberi rawatan yang bersesuaian dan dipantau perkembangannya. Dalam sesetengah kes, sekiranya masalah keputihan yang dialami berulang biarpun rawatan telah diberikan, suami pun perlu sama-sama menjalankan pemeriksaan untuk mengetahui punca sebenar keputihan yang dialami. Hal ini penting untuk dilakukan kerana punca keputihan yang anda alami mungkin berpunca daripada beliau.

Info : Antibiotik yang diambil ketika sakit akan menghapuskan sekali gus bakteria baik dan jahat. Untuk mengembalikan kewujudan bakteria baik dalam tubuh, anda digalakkan untuk mengambil yogurt atau minuman berkultur yang mengandungi banyak lactobacilus.

Petikan: Majalah Pa&Ma

Rawat Keputihan Ini dengan Superrich Puteri Vanila.. :


loading...

About the Author

nenek

Memberi pelbagai petua kepada pelbagai masalah. Petua-petua ini diambil berdasarkan kepada petua nenek moyang, pengalaman sendiri, pengalaman pembaca dan pengguna yang lain. Petikan media massa dan elektronik juga.

129 Comments


 
 

  1.  
    Mar

    Salam Nenek,

    Saya berumur 27 tahun dan mempunyai 1 org anak dan pernah mengalami keguguran 2 kali selepas anak pertama. Keguguran kali pertama sy tidak menghadapi masalah keputihan. Tapi keguguran kali ke dua sy dapati bilangan period sy menjadi panjang iaitu selama lebih 15 hari dan penghabisan hari2 period akan timbulah keputihan bewarna coklat dan merah muda itu. Adakah terdapat ubat yg boleh sy ambil utk menghentikan masalah ini @ adakah itu tandanya rahim sy bermasalah?

    Yg keliru.
    Shah Alam




    •  

      Untuk memastikan rahim tidak bermasalah untuk membuat pemeriksaan di klinik. Period yg tidak teratur disebabkan beberapa faktor. cthnya hormon/keadaan stress/ atau masalah kesihatan dalaman.

      Bagaimanapun makanan tambahan juga perlu untuk menjaga kesihatan dalaman wanita. Petua nenek moyang dulu mengamalkan pengambilan JAMU. Jamu mudah didapati dipasaran skrg.. namun harus memilih yang bersesuai dgn kehendak badan kita. All the best.




  2.  
    ila

    saya berumur 21tahun dan belum berumahtangga… masalahnya di sini saya mengalami keputihan berwarna putih dan berbau yang tidak menyenangkan.. saya rasa memang tidak selesa. saya perlu kan ubat untuk memyembuhkan masalah saya ini..saya khuatiri masalah ini berpanjangan..




  3.  

    saya ada msaalah keputihan,,warnanya kekuningan dan berbau masam,,apa yang perlu saya lakukan?




    •  

      Selain dari menjaga kebersihan, kekeringan sentiasa di bahagian sulit tersebut.. saya nasihatkan erin mencuba Jamu Serapat bonda… boleh SMS 012-331 2030. Ia merawat masalah wanita dari dalam. terutamanya masalah keputihan ini.




  4.  

    saya amat berharap masaalah saya ada jawapannya,saya semakin risau kerana berat badan saya juga mulai turun,adakah ini berpunca dr masaalah ini>?




    •  

      tidak pasti pula masalah keputihan ini menurunkan berat badan sis. tapi kalau tidak selesa sepanjang hari dengan mengalami kegatalan berpanjangan, ia membuat kita stress. Stress ini selalunya menyebabkan berat badan kita turun atau naik dgn mendadak.




  5.  
    Sha

    Sy brumur 23thn telah brkhwn dn sdang hamil 6bln..sy menghadapi malasah keputihan yg berbau..tetapi ia hnya keluar bl sy melakukan hubungan seks..apakah pncanya n cara utk atasi.




    •  

      Wanita hamil dinasihatkan untuk tidak mengambil sebarang jenis ubatan tanpa mendapatkan nasihat terlebih dahulu daripada doktor.

      keputihan biasa dialami oleh ibu mengandung kerana disebabkan hormon mengandung.

      Saranan sy, Sha perlu sentiasa menjaga kebersihan/mencuci sebersih2nya selps membuang air kecil/besar. Cucian boleh dilakukan dgn menggunakan air suam yg dicampur sedikit garam.

      Lain2 petua boleh search di website ini ya. tq




  6.  

    Salam.
    Saya dh 3mggu alami masalah keluar period tp warna coklat n bila kencing br kuar lendiran darah. Ari2 mmg sakit. Sy yer period mmg xregulr. Tawar hati nak check Dr sbb nnt pelbagai andain diberi.




    •  

      Kalau tidak buat pemeriksaan doktor, bagaimana kita nak tahu apa punca sebenarnya.

      Bagaimana, disini ada Jamu Serapat Bonda yang boleh memulihkan kesihatan dalaman wanita, memyucikan darah, menghilang dan merawatkan masalah keputihan. Jamu ini tidak panas, anak dara dan wanita yg sudah berkahwin boleh amalkan memakannya 2 pil sehari. Insya-Allah.




  7.  

    saya belum berkahwin..sebelum ni sy tidak mengalami masalah keputihan yg serius, cuma dalam 2 minggu kebelakangan ni sy mengalami keputihan yg berwarna hijau, tidak berbau dan ianya keluar tanpa mengira wktu…sy buntu memikirkan masalah ini… ianya seperti cecair pekat..




    •  

      Boleh search disini petua utk mengurangkan keputihan sis.

      Bagaimanapun masalah keputihan berkait rapat dengan hormon. Seeloknya dicegah dari awal seblm ia pergi kepada mslah yg lebih serius.
      Disini nenek ada menjual Jamu Serapat Bonda, jamu bukan panas yang berkesan untuk merawat keputihan dari dalam. Ia juga penuh khasiat yang lain khususnya wanita. Tidak kira utk dara mahupun wanita sudah berkahwin dan menpunyai anak.




  8.  

    Saya mencari pencuci alat sulit yang mencerahkan alat sulit. Nenek ada cagangan produk?




  9.  
    maz

    assalam..sy nk tye,,smggu yg lepas sy ade kua lendir color coklat2 g2.. tp xkerap n ckit2 je, ape 2 ekk?? wk2 2 spatutny due haid sy, then mggu ni plak sy kua drah cam drah haid.. sy kompius la..adkah lendir 2 drh haid or ?? n drah haid yg kua skang ni drah ape plak?? haid ke ape ?? kompius sgttttt !! harap dapat tolong.. ๐Ÿ™




    •  

      wasalam, kebiasaanya permulaan period..akan keluar lendir2 sedikit sis.
      Amalkan kebersihan dan sentiasa pastikan kulit sentiasa kering. Kalau perlu guna pantyliner.
      Jika keadaan berlarutan dalam masa yang panjang, kemudian ia adalah satu tanda kepada masalah keputihan.
      dan untuk info yang tepat, sila berjumpa doktor yang lebih arif.




  10.  
    NURUL

    saye period da lebih 2 15 hari..ni hari yg ke 20,,,,darah still banyak….kenape ye




  11.  

    adakah cecair jernih bercampur putih berbau masam tetapi tidak gatal yg keluar selepas kencing juga merupakan keputihan?




  12.  
    ika

    salam, sebelum ini saya tak pernah alami masalah keputihan yang gatal. sejak 2 minggu ini saya alami keputihan kehijau,tidak berbau dan gatal. apa perlu sy lakukan ?




  13.  

    As-salam..bolehkah jamu serapat bonda dimakan ketika wanita sedang berpantang?




  14.  

    klu wanita yg masih menyusukan ank leh amik ke jamu nie…




  15.  
    lia

    salam nenek..saya mengalami keputihan yang berwarna coklat dan kegatalan di bibir faraj. Kemudian saya ke klinik dan doktor memberi saya ubat kulat untuk dimakan seminggu sekali. Pada mulanya keputihan tersebut tiada, beberapa hari kemudian ia keluar semula. Apa masalah saya sebenarnya?




    •  

      wasalam, masalah dari dalaman dear.. akak suggest ambil jamu dari bonda. anak dara or mak dara pun boleh makan. bukan jamu yg panaskan badan. ๐Ÿ™‚




  16.  
    jun

    Assalamualaikum saya megalami keputihan yang terlalu banyak da kerap.. sejak saya pulang darii PLKN 2-3 bulan yang lepas.. malah keputihan beryukar menjadi gatal yang amat terlampau.. kadang-kadang sala menangis tak thu nak buat ape.. pernah saya mengamalkan minum rebusan air sirah tapi tiada apa-apa perubahan.. mohon membantu saya…




  17.  

    saya mengalami keputihan yang berwarna putih,tetapi tidak berbau.apakah itu tanda yang saya berpenyakit?




  18.  
    Yana

    Salm nenek tumpg tny…baru2 ni setiap Kali bersama suami msti akn kuar cecair yg jernih Mcm air kncing mengalir…apkh itu??




  19.  

    Sy dlm pntg,baru 31hari…tp ada keluar cecair kuning kehijauan dan berbau busuk…apa nak buat ye?




  20.  
    nad

    Salam..saya sudah berkahwin dan ada masalah dalam keputihan..(keputihan bewarna hijau kekuningan dan bau kurang menyenangkan dan kadang2 mengalami kegatalan)ia selalu terjadi permulaan nak period..tpi selepas period masalah tak ada pulak..confius dibuatnya..sama ada itu memg penyakit ataupun memg perkara biasa..




    •  

      Wasalam

      period adalah waktu bila hormon wanita begitu tidak stabil… jika masalah tidak berlarutan, atau hanya sekadar hadir ketika period ia normal kerana period adalah waktu untuk badan menyingkiran darah kotor dan toksin2 dlm badan.




  21.  
    amy

    Salam, sy baru berusia 19tahun dan pernah beberapa kali terlanjur melakukan seks tapi sudah berhenti melakukannya selepas sy berfikiran lebih terbuka dan matang. kali pernah pada umur 18 dipaksa dan dipukul oleh teman lelaki sy.. tetapi tidak ada apa2 effect.. awal bulan lepas sepupu sy memaksa sy melakukan hal yg sma ketika sy sdg haid..
    sejak haritu vagina sy pedih2 gatal2 dan takdapat kawal utk menggaru.. ia nya luka sedikit..
    ttapi tu tidak mjadi masalah..
    yang merisaukan ialah keputihan bertukar menjadi kekuningan dan agak berbau..
    baru2 ni vagina asyik keluar air jernih dengan kuantiti yg banyak dan keluar seperti air mampu tembus seluar..
    seterusnya apabila kencing atau mencangkung, bila meneran utk kencing , keluar cecair agak kenyal berwarna coklat cair dalam kuantiti yg byk..
    sy sangat risau akan keadaan itu.. namun masih belum bjmpa doct..
    ๐Ÿ™




    •  

      Wasalam,

      Keputihan juga merupakan satu masalah yg perlu diambil serius oleh wanita. Jika keadaan terlalu mudarat begitu seharusnya adik membuat pemeriksaan lanjut di klinik.

      Keputihan boleh dirawat. Namun jika masalah lebih besar contohnya sipilis kesan daripada kegiatan seks rambang juga perlu diutamakan perawatannya.

      Segeralah berjumpa doktor ya.




  22.  
    eita

    salm nenek..masalh sayer setiap kli bersama mesti keluar keputihan sangt pekat warna putih dan kegatalan x terhingga dia faraj..apakh pnca da ubt untuk masalh sayer…trima kaseh..




    •  

      Wasalam

      setiap kali? adakah eita yakin itu keputihan atau sekadar air mani.

      Keputihan ini biasanya terjadi tidak kira masa. Kalau aktif dan kerap berpeluh juga mudah menyebabka kegatalan.

      Merawat keputihan ada saya sarankan memakan pil jamu seri bonda. Jamu ni bukan jamu panas.. ia merawat pelbagai masalah dalaman wanita, termasuklah keputihan. Insyallah, berminat boleh email ke asieda82@gmail.com ya




  23.  
    farena

    Assalamualaikum..
    apkah cra tbaik utk ilangkn bau y kurg meyengkn dn hntikan
    Lelehan cecair…ia wt sy x slesa dn plbgai cra sudh
    Di amal kn.hrp dpt mbri tips y baik.




  24.  
    ifa

    salam nek,,

    saya ad maslh keputihan.sya belum berkawin dan umr 25th. apbila mandi dan mahu membrsihkan faraj, terdapat putih2 di bibir faraj. ble di bersihkan sangat gatal dan pedih bile terkena air.. sy tidak menggunakn sebrg pencuci dan tidak berjmpe doctr jgk. Sya malu dan tak tahu nak cakap pe.. tolg nek.. sy takot..




  25.  

    Aslmkm sis…
    Sy mmpunyai mslh dlmn jgk…
    Ada cecair warna coklat drh dn berbau, x gatal
    sy mmg mnjga kshtn intim sy agr sntiasa kering, utk berjmpa dgn pakr sy ni pnakut, sbb sy bca intnet ia byk ke arah kanser.. Ia guja x sakit




  26.  

    assalamu’alaikum. nak tanya. keputihan saya bewarna hijau tetapi tidak berbau busuk. hal ini saya baru alami selepas dtg haid. ianya dtg tidak kira masa. adakah ianya merbahaya? bagaimana cara untuk mengatasinya dgn cara alami?




  27.  
    kola

    saya ada masalah gatal dan pedih kat bibir faraj dah satu minggu masuk hari ni 03hb April 2013. yang saya tahu kulit disekitar bibir faraj tu memang nipis. setiap kali selepas bersama suami, bibir faraj akan rasa pedih. tolong saya …saya tak tahan bila gatal2 dan pedih tu datang.




 
 



Leave a Reply to Mya Cancel reply


(required)

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.