Panduan Tips dan Petua Mudah Dalam Kehidupan Seharian

 


Tanda Penyakit Warna Lelehan Faraj

117
Posted May 24, 2017 by nenek in Petua Kehamilan

Anda boleh mengetahui penyakit yang mungkin dialami melalui warna lelehan faraj. Semoga keterangan lanjut INTAN JASTINA JAMALUDDIN yang mendapatkan pandangan daripada doktor pakar perbidanan dan sakit puan, Dr. Mohamed Rafi Mohammed Feizal dari pusat perubatan Umra, Shah Alam dapat membantu.

Tanda-tanda penyakit akibat daripada keputihan boleh diamati menerusi ciri dan warna lelehan yang keluar saat keputihan berlangsung. Namun, perlu anda ketahui bahawa tidak semua lelehan yang keluar itu merupakan tanda penyakit.

Dalam kebanyakan kes, masalah keputihan yang kerap berlaku kepada para wanita adalah disebabkan oleh kulat. Ini termasuklah wanita hamil. Namun, apabila masalah menjadi lebih kronik, pemeriksaan perlu dilakukan kerana dikhuatiri ia mempunyai kaitan dengan masalah kencing manis ketika hamil. Bagi wanita yang tidak hamil, keputihan lazimnya berlaku sewaktu stres ataupun ketika imuniti tubuh menjadi lemah.

1. Jernih
Sekiranya, lelehan yang dialami berwarna jernih dan banyak lendir tetapi tidak berbau, anda tidak perlu risau. Keadaan ini merupakan sesuatu yang normal. Lazimnya, lelehan daripada warna seperti ini akan keluar dua minggu menjelang haid, sekitar waktu sebur atau apabila hormon estrogen berlebihan mahupun stres. malah, keputihan seperti ini turut sering dialami oleh kebanyakan wanita hamil.

2. Putih
Lain pula halnya jika lelehan yang keluar berwarna putih, berair dan berbau busuk. malah, jika kegatalan di sekitar kemaluan dialami dan disertai dengan rasa sakit ketika membuang air kecil maka kemungkinan besar anda menderita jangkitan yang disebabkan oleh sejenis kulat dikenali sebagai candida albicans. Kulat ini sememangnya paling sering hinggap di bahagian intim wanita.

3. Putih Pekat
Sekiranya lelehan yang keluar kelihatan seperti susu pekat, melekit, sangat banyak dengan bau yang tidak begitu menyenangkan, berkemungkinan berlaku radang pada serviks dan vagina. Dalam keadaan tertentu terutamanya ketika keadaan menjadi lebih teruk, rupa lelehan itu akan kelihatan seperti tairu. Untuk makluman anda, masalah ini sebenarnya turut berpunca daripada jangkitan candida albicans.

4. Coklat
Lelehan yang berwarna coklat, berair, sangat banyak dan lembap merupakan petanda anda mengalami masalah gangguan pembuluh darah pada serviks atau endometriosis. Warna coklat tersebut timbul akibat perdarahan seperti keguguran, haid tidak teratur ataupun darah segar yang apabila kering bertukar warna menjadi coklat.

5. Merah muda
Bagi anda yang mungkin mengalami lelehan yang berwarna merah muda, cair, sangat banyak tetapi tidak berbau maka berkemungkinan berlaku jangkitan bakteria yang tidak khusus. Biasanya keputihan ini terjadi setelah melahirkan. Selain daripada itu, ia juga mungkin haid, pendarahan di pangkal rahim, faraj atau dalam rahim. Antara lain, gejala ini turut timbul saat anda mengalami masalah hormon estrogen berlebihan.

Warna-warna lain

1.Kelabu
Apabila lelehan berwarna kelabu dengan garis darah, berair, sangat banyak dan berbau busuk, anda perlu lebih prihatin dan segera mendapatkan pemeriksaan doktor kerana ia berkemungkinan petanda awal kanser.

2. Kuning kehijauan
Jika lelehan yang keluar berupa kuning kehijauan, berbuih, sangat banyak, gatal, berbau busuk dan sakit di sekitar kawasan bahagian intim serta kemerahan pada vagina, kemungkinan besar anda mengalami jangkitan
yang disebabkan oleh kuman protozoa trichomonas vaginalis.

3. Kuning
Jangkitan yang disebabkan oleh nisseria gonorrhoe mungkin berlaku apabila lelehan yang keluar berwarna kuning, kental, sangat banyak, terasa panas dan gatal pada kemaluan; sakit di daerah sekitar kemaluan serta sakit ketika anda membuang air kecil.

Jika anda mengalami gejala keputihan seperti ini, segeralah berjumpa dengan doktor kerana rawatan khusus harus dilakukan segera bagi mencegah komplikasi yang lebih teruk. Komplikasi yang dimaksudkan sering berlaku apabila kuman mula menyerang serviks. Komplikasi jangka panjang yang lebih ngeri ialah anda mungkin mengalami masalah mandul organ peranakan terutamanya tiub fallopio rosak.

Sekiranya anda beranggapan keputihan yang dialami tergolong sebagai abnormal, maka segeralah bertemu doktor. Namun, pastikan sebelum bertemu dengannya, anda tidak membersihkan vagina dengan sabun pencuci atau apa-apa jenis pencuci pun. Hal ini penting agar doktor dapat melihat keadaan sebenar keputihan.

Selanjutnya, anda akan diberi rawatan yang bersesuaian dan dipantau perkembangannya. Dalam sesetengah kes, sekiranya masalah keputihan yang dialami berulang biarpun rawatan telah diberikan, suami pun perlu sama-sama menjalankan pemeriksaan untuk mengetahui punca sebenar keputihan yang dialami. Hal ini penting untuk dilakukan kerana punca keputihan yang anda alami mungkin berpunca daripada beliau.

Info : Antibiotik yang diambil ketika sakit akan menghapuskan sekali gus bakteria baik dan jahat. Untuk mengembalikan kewujudan bakteria baik dalam tubuh, anda digalakkan untuk mengambil yogurt atau minuman berkultur yang mengandungi banyak lactobacilus.

Petikan: Majalah Pa&Ma

Rawat Keputihan Ini dengan Superrich Puteri Vanila.. :


loading...

About the Author

nenek

Memberi pelbagai petua kepada pelbagai masalah. Petua-petua ini diambil berdasarkan kepada petua nenek moyang, pengalaman sendiri, pengalaman pembaca dan pengguna yang lain. Petikan media massa dan elektronik juga.

117 Comments


 
 

  1.  
    min

    ISye ade mslh vagina gatal dan mggelupas selain merah dan jdi skit ble di garu akibat keluar cecair lendir warna merah kuning dan berbau busuk.sye malu nk berjumpa doktor..umur sye bru 21 thn,blm berkwin,tpi dh punyai masalah nie.ia berlku dh sebulan..mle2 ia gatal yg teramat sangat di pintu rahim disebabkan ade cecair putih.sekarang sye semkin risau sbb ia dh sem
    akin memudarat dan haid sye blm datang lgi..hrp nenek dpt bntu sye..sye tkut ndk..




  2.  

    salam..sy nk tnye tuk pihak adk sy..sy kesian tgok dia..dia keluar keputihan wane coklat,tp kdng2 ade darah..teramat gatal..mk sy suruh dia pkai pantyliner yg brherba tu..ok ke? atau kne pergi klinik ?




    •  

      Wasalam, pantyliner mencegah bau dan merebak tp seeloknya merawat keputihan dari dalam.. kalau keputihan terlampau terus ini, ya sememangya berjumpa doktor dahulu.




  3.  

    salam,

    masalah saya ialah kemaluan saya menjadi kering dan seperti merekah. selain itu, ada cecair pekat berwarna kuning dan menyebabkan gatal dan pedih..
    kenapa ye?




  4.  

    kandungan saya mencecah 7minggu,tapi ada cecair merah campur coklat keluar dari faraj saya..apa kah itu tanda keguguran?




  5.  
    hirami

    salam nenek.. ape ye air jernih yg keluar dari faraj dan cair macam air.. tidak likat.. x berbau.. betul2 mcm air? sy keliru.. kenapa air ni ade?




  6.  
    jane

    selamat petang, nak tanya sikit. saya dalam pantang lepas lahirkan anak ke 2. hari ni masuk hari ke 26 dalam pantang. saya perasan dalam beberapa hari ni faraj saya berbau busuk macam bau ikan masin. adakah disebabkan saya makan ikan bilis? ataupun sebab saya jarang menukar pad? ada petua tradisional untuk hilangkan bau busuk tersebut?




  7.  
    siti

    sy berumur 31thn, mengalami masalah keputihan yg teruk.. macam2 ubat sy dh ambil sampai sy rasa kecewa.. ape yg perlu sy lakukan?




  8.  
    gurl

    sy alami keluaran discaj dari vagina dari kunung kmudian btukar warna hijau,faraj sy berasa sangat gatal,sy skarang mngandung 8bulan,sy pergi klinik doktor bg ubat pesari antibiotik mlalui vagina slama 3hari,3 hari selpas mguna ubat sya xda rasa gatal kat bhgn tersebut dan discaj pun sdh btkar ke warna ptih..tp 2hari selepas 2 sy mglmi gatal lagi pada bhgn faraj dan kuar sdikit discaj bwarna kuning sdikit..apa yg ptt saya lalukan?




  9.  
    noni

    Salam. Nak tanya jamu ni sesuai utk semua peringkat umr ke.




  10.  
    lara

    saya nak tny… kalau masalah keputihan bwarna kehijauan&bbuih& berbau tp ada masa2nya hnya biasa… ada ia satu penyakit ??? dan perlu rawatan???




  11.  
    Combi

    Salam nenek…kalu kelua lelehan air jernih dan tidak berbau tu kenapa yea? Lepas bersama dh lebih 24 jam…..boleh tersangkut lewat keluar ke nenek?




  12.  
    suzy

    As salam nenek…

    Saya nak tya kalau ade kuar mcam coklat2 likat or tompokan coklat kuar dr faraj adekah tu normal?kadang kuarnya 2 hari lpastu xda pastu selang 3..4 ari ade smula…
    Bingung jdnya..




  13.  
    Nas

    Nenek,
    Saya baru sahaja kahwin 6bulan dan setiap bulan saya datang haid mcm biasa. saya ingin bertanya, miss v saya ada mengeluarkan lendir putih sedikit kuning dan pekat. Saya baru sahaja habis datang haid dua hari lalu dan lendir itu keluar kurang lebih kerap sangat dalam masa sehari walaupun selepas saya mencuci miss v ia akan keluar selepas berapa jam. Saya baru mengalaminya dalam beberapa hari ini iaitu setelah saya datang haid. Ada kah itu normal atau dalaman saya ada masalah? Tq nenek




  14.  
    mira

    Salam.. sy mira dan berumur 14 tahun.. saya mengami masalah lelehan berbau busuk.. perlukah sayan berjumpa doktor




  15.  
    Gadis Risau

    Assalamualaikum nenek. Saya berumur 22tahun. Saya mengalami masalah period yg berpanjngan. Saye takut untuk berjumpa doctor. Masalah nie terjadi since saya sekolah lagi. Kadang direct sebulan period, lepas tu dlm seminggu darah stop, then ada balik. Saya sgt2 stress dgn masalah nie. Kadang blood clots, kdang pekat, kadang mcm darah biasa. Saya mintak sgt jasa baik nenek, apa pendapat nenek utk situasi mcm nie.




  16.  
    linda

    Salam,

    Saya 22 tahun dan belum berkahwin. Dari tingkatan satu haid saya tak pernah teratur dan kadang kadang datang dua bulan sekali. Pernah skali pepejal/lendir warna hitam/kelabu keluar dr V saya. Minggu lepas saya sakit dibahagian bawah perut, saya ingat saya akan period tapi tapi tak keluar pun. Harini ada lendir coklat (tak berbau busuk) keluar dr V saya. Saya ingat itu adalah darah haid. Lepas beberapa jam saya cek pad saya masih bersih , tiada darah yg keluar. Adakah itu darah haid atau saya dijangkiti kuman?




  17.  
    anis

    Salam. Nenek, saya berumur 19 thn, dn blm brkhwin. tp sy ad mslh keputihan . Kdg2 bnyk, kdg2 sikit. Sometimes tkde langsung. Sebelum ni sy ingtkn semua tu normal. Tp hrini first time keputihan sy keluar wrna coklat, sikit je keluar. Saya agak risau dn takut . Tambahan pula saya agak sibuk dn tk sempat brjumpa dokter. Ap pndgn nenek mengenai masalah saya ini? Tq




  18.  
    fariha

    Salam nenek..nak tanya bolehkah mengambil superrich puteri vanila ketika period?




  19.  
    ida

    sy de msalah keputihan wrne kekuningan n gatal pd kmaluan dan bau masam..pe harus sy lakukan..




  20.  
    Dayah

    Saya belum berkahwin.berusia 22 tahun..sy mngalami lendiran bewarn putih,kekunigan.lerahan tiba2..kenapa ye?? Sy period sepatutnya tgh bulan..tp skrg ay dh rsa mcm xslesa,,kemudia sy hairanmya bau mcm hamis sedikit..xpasti bau nanah ke ap.lendiran tu cair mcm darah period




    •  

      itu nampaknya keputihan sis, better rawat sebelum kawin.




      •  
        Dayah

        Maaf atas pertanyaan sy sekali lg..lelehan y bewarna kuning macam lelehan darah periodd y sy alami..harini kenapa lelehan betukar mnjad warna kekuningan y cair dn ad lelhan darah… Xmacm lendiran wanita y biasanya blku..cuma kali ini sy rasa mcm lain mcm sedikit..adkah sebb atas persetubuhan or mcm mna?




  21.  
    Ana

    Slm..tumpang tanya..sy bumur 29 thn dan masih bujang..saye ade masaalah lately nie sekiranya saya terlalu penat(bjalan atau bekerja) akan keluar darah seakanx2 period..dan darah itu akan berhenti keesokan harinya..dan darah itu keluar jika saya penat sahaja..kenapa ya?




  22.  
    nin

    Nek, sy nk tnya. Sy mengalami kegatalan pd bhgn intim. Sy Sgt terseksa dgn kesakitan yg sy alami tp sy tau punca sy gatal ialah sy lmbt basuh pantiliner disebabkn sklh dr pagi smpai ptg mmg xtukar. Tp suatu hari sy nk basuh dgn pencuci intim wanita ..sy ambik masa la nk basuh sbb sy minx kakak sy belikn ..ttiba dia beli pencuci muka. Geram btul. Jd keadaan sy agak takde mood n xbermaya. Bila dh dpt pencuci tu sy nk basuh la sbb dibeli oleh makcik sy. Sblm sy nk basuh ttiba keluar lendir jernih n putih2 skit. Adakah lendir tu disbbkn sy penat atau rangsang? Sy rase xde bende yg buat sy rangsang dan penat.sy takut la kalo tu krn merangsang. Tlong nek berikn penerangan sbb xpasal2 sy kene ganti puasa.




    •  

      Maaf dik, batal puasa kalu ada dtg haid. Kalau keputihan, lendiran faraj tidak batal. Kalau terangsang tuh, kena tanya ustaz2 or ustazah sbb sy pun tak arif bab ini. Bagaimanapun kalau sis nak hilangkan keputihan dan ketidakselesaan di bhg intim, akak suggest amal SPV superrich puteri vanilla atau guna pembersih herba Nawal Beauty. Berminat boleh whatsapp 0123312030.




  23.  
    zeti

    Salam nek.. Saya dah hari ke 90 lps bersalin anak sulung.. Nifas saya berhenti selepas 60 hari.. Tp lepas dari tu still ada keluar lendir coklat kemerahan 1-4 hari sekali.. Selalu lepas cuci dah ok.. Slalunya keluar bila saya aktif bergerak.. Itu bkn dikira haid kan? Skrg bulan puasa, kalau keluar time buang air waktu asar setiap hari / selang 1 hari, macammana? Tp dia tak macam haid, sbb lepas je cuci, suci bersih n klu ada keputihan pun mmg sikit je lendir warna jernih.. Bantu saya nek…




    •  

      wslm, sy tak pasti apa itu sebenarnya.
      tp sy suggest amik SPV. superrich puteri vanila. InsyAllah boleh membantu mencuci dan memulihkan rahim. dan juga membanyakkan air susu badan




  24.  
    yatt

    Saya mengandung 5week. Ada cecair bewarna coklat cair keluar dalam setitik. kemudian saya bersama suami dan ia keluar lagi dlm kuantiti yg sedikit juga.. adakah ia keputihan atau tanda keguguran? Tq




  25.  
    no name

    saya keluar kotoran yang bewarna hitam kecoklatan…




  26.  

    sy ada jual jamu seri bonda.. mahu try? sms 0123312030 ya




  27.  
    izan

    sy mengalami kekuningan yg berbau masam serta gatal. da 2 kali sy mengalami kegatalan n kekuningan yg mcm ni..sy berumur 37 tahun…ada cadangan dr nenek tuk avoid benda ni? rasa x selesa sgt..




  28.  

    keputihan mmg menyebabkan kegatalan miss V. petua2 traditional ada disini,search aje ya Izan.
    Kalau nak mudah, boleh amalkan produk SUPERRICH PUTERI VANILA ini mmg power dalam menyelesaikan masalah keputihan begini.




 
 



Leave a Response


(required)

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.