Panduan Tips dan Petua Mudah Dalam Kehidupan Seharian

 


Tanda-Tanda Resdung

1
Posted April 26, 2013 by nenek in Petua Kesihatan

resdung

Resdung ialah radang pada rongga-rongga sinus di dalam tulang muka yang bersambung dengan hidung. Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga-rongga ini pada setiap masa dan akan mengalir kedalam hidung .

Jika saluran sinus ini tersumbat, lendir tersebut akan terkumpul dan akan menjadi pekat seterusnya akan menyebabkan membiakkan kuman bakteria dan jika dibiarkan berterusan tanpa sebarang rawatan resdung akan menyebabkan kesihatan anda mula terjejas.

Kebiasaannya, penghidap penyakit resdung mempunyai masalah seperti kerap bersin, dengkuran yang kronik, batuk, gata-gatal hidung, mata, telinga dan muka,

tidak sedap badan, letih dan berasa sakit kepala, manakala pada tahap yang kronik, penyakit resdung boleh memberi kesan kepada telinga sehingga menyebabkan seseorang itu pekak malah boleh menghilangkan deria bau.

Apa yang lebih menakutkan, jika dibiarkan tanpa sebarang rawatan, resdung sebenarnya boleh mengundang maut akibat masalah komplikasi pada otak.

resdung

Tanda-tanda Resdung, antaranya :

-Hidung tersumbat dan berbau busuk
-Gatal-gatal di kawasan muka, telinga, mata dan hidung
-Hidung kerap berair walaupun tidak selsema
-Kerap bersin terutama di waktu pagi
-Rasa berat muka atau sakit terutama di kawasan antara mata
-Sakit tekak sacara berpanjangan serta berulang
-Mengalami demam atau rasa tidak sedap badan secara berpanjangan
-Kerap sakit kepala atau migrain

Tanda-tanda resdung diatas muncul secara berulang terutama di waktu pagi, cuaca sejuk, tempat berhabuk, selepas mengambil makanan laut, belacan, budu, cencalok dan sebagainya. Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda tersebut, kebarangkalian anda mempunyai penyakit resdung dan jika dibiar belarutan, masalah resdung boleh menyebabkan kecacatan. Sehingga memerlukan rawatan pembedahan yang mana kosnya lebih tinggi….bagaimana pun, pesakit boleh merawat dari awal resdung ini melalui pengambilan supplemen secara kosisten. klik sini info lanjut >> Penawar resdung


loading...

About the Author

nenek

Memberi pelbagai petua kepada pelbagai masalah. Petua-petua ini diambil berdasarkan kepada petua nenek moyang, pengalaman sendiri, pengalaman pembaca dan pengguna yang lain. Petikan media massa dan elektronik juga.

One Comment


  1.  
    NURdiana ABDUL KUDDUS

    Terima kasih. Walaupun saya tak pernah check betul2, rasanya saya pun ada sinus





Leave a Response


(required)

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.