Panduan Tips dan Petua Mudah Dalam Kehidupan Seharian

 


TIP HINDARI KUMAN/KERACUNAN

0
Posted February 28, 2012 by nenek in Petua Kesihatan

Banyak yang boleh dilakukan untuk mengelak keracunan makanan. Langkah keselamatan ini harus diambil pada setiap peringkat makanan – dari penyediaan, proses memasak sehingga proses menyimpan baki makanan. Salah satu cara terbaik adalah memastikan tangan sentiasa bersih ketika menyediakan makanan. Cara lain untuk memastikan makanan terjaga termasuklah:

  •     Basuh buah-buahan dan sayuran sebelum dimakan.
  •     Makan makanan yang sudah dimasak dengan seeloknya.
  •     Lihat dan bau makanan terlebih dahulu. Jangan makan atau minum jika rupa dan baunya tidak sama seperti biasa. Kadang kala terdapat kulat yang berwarna hijau, merah jambu, atau putih yang menandakan makanan sudah rosak.
  •     Jika mahu makan baki makanan, panaskan terlebih dahulu. Ia dapat membunuh bakteria yang tumbuh.
  •     Periksa tarikh luput makanan. Gunakan sebelum ia luput.
  •     Tutup dan letakkan makanan di dalam peti sejuk jika mahu disimpan. Bakteria membiak pada makanan yang diletak di suhu bilik.

 

Kebanyakan kes-kes keracunan makanan disebabkan oleh bakteria, mikro-organisma, virus, racun atau toksin dan bahan-bahan kimia. Kesan bahaya akibat keracunan makanan adalah kehilangan air dalam badan. Sekiranya tubuh kekurangan air dan terlalu serius, ia boleh membawa maut. Ada juga yang lebih serius, hingga melibatkan keracunan sistem saraf.

Antara punca keracunan makanan ialah kemunculan bakteria dalam makanan, akibat proses penyediaan makanan yang kotor, makanan tidak dimasak dengan sempurna dan makanan yang terdedah kepada persekitaran suhu 30 darjah Celsius.

Berikut adalah makanan yang sering dipengaruhi bakteria;

  • Susu atau makanan bersusu seperti keju dan krim
  • Masakan berlemak seperti nasi lemak, nasi beriyani, mi dan sebagainya
  • Roti dan kuih-muih
  • Makanan laut seperti kerang
  • Daging- lembu, ayam, ikan
  • Makanan dalam tin yang telah kemik atau yang kembung pada bahagaian atasnya atau berkarat.

 

Rujukan: Pusat Racun Negara, web trymasak


loading...

About the Author

nenek

Memberi pelbagai petua kepada pelbagai masalah. Petua-petua ini diambil berdasarkan kepada petua nenek moyang, pengalaman sendiri, pengalaman pembaca dan pengguna yang lain. Petikan media massa dan elektronik juga.

0 Comments



Be the first to comment!


Leave a Response


(required)

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.