Panduan Tips dan Petua Mudah Dalam Kehidupan Seharian

 


Tip Menjaga Orang Sakit (Emosi)

0
Posted December 27, 2013 by nenek in Petua Kesihatan

orang sakit

Ujaran Rasulullah SAW tsb diriwayatkan oleh Abu Imamah al Bahili. Dalam hadist yang lain Rasulullah bersabda :

“Apabila seorang hamba mukmin sakit, maka Allah mengutus 4 malaikat untuk datang padanya.”

Allah memerintahkan :

Malaikat pertama untuk mengambil kekuatannya sehingga menjadi lemah.
Malaikat kedua untuk mengambil rasa lezatnya makanan dari mulutnya
Malaikat ketiga untuk mengambil cahaya terang di wajahnya sehingga berubahlah wajah si sakit menjadi pucat pasi.
Malaikat keempat untuk mengambil semua dosanya , maka berubahlah si sakit menjadi suci dari dosa.

Tatkala Allah akan menyembuhkan hamba mukmin itu, Allah memerintahkan kepada malaikat 1, 2 dan 3 untuk mengembalikan kekuatannya, rasa lezat, dan cahaya di wajah sang hamba.

Namun untuk malaikat ke 4 , Allah tidak memerintahkan untuk mengembalikan dosa-dosanya kepada hamba mukmin. Maka bersujudlah para malaikat itu kepada Allah seraya berkata : “Ya Allah mengapa dosa-dosa ini tidak Engkau kembalikan?”

Allah menjawab: “Tidak baik bagi kemuliaan-Ku jika Aku mengembalikan dosa-dosanya setelah Aku menyulitkan keadaan dirinya ketika sakit. Pergilah dan buanglah dosa-dosa tersebut ke dalam laut.”

Dengan ini, maka kelak si sakit itu berangkat ke alam akhirat dan keluar dari dunia dalam keadaan suci dari dosa sebagaimana sabda Rasulullah SAW : “Sakit panas dalam sehari semalam, dapat menghilangkan dosa selama setahun.”

“Tiada seorang mu’min yang ditimpa oleh lelah atau pe*nyakit, atau risau fikiran atau sedih hati, sampaipun jika terkena duri, melainkan semua penderitaan itu akan di*jadikan penebus dosanya oleh Allah,” (HR Bukhari-Muslim).

“Jika sakit seorang hamba hingga tiga hari, maka keluar dari dosa-dosanya sebagaimana keadaannya ketika baru lahir dari kandungan ibunya,” (HR Ath-Thabarani).

“Penyakit panas itu menjaga tiap mu’min dari neraka, dan panas semalam cukup dapat menebus dosa setahun,” (HR Al-Qadha’i).

Ada kalanya suami atau isteri yang terlantar sakit ini banyak karenah dan begitu cerewet. Malah kadangkala mereka akan meminta sesuatu yang bukan-bukan dan berkata yang pelik-pelik.

Hal ini mungkin akan menyebabkan emosi pasangan yang menjaganya akan terjejas kerana terpaksa melayan kehendak dan perangai pesakit ini. Jadi apa yang harus dilakukan oleh penjaganya.

1. Banyakkan bersabar kerana setiap kesabaran itu beroleh pahala dan dinilai oleh Allah dengan segala bentuk kebaikan. Hindari lidah dari membalas dengan memaki hamun atau mengeluarkan kata-kata kesat yang mungkin menggores hati dan perasaan mereka.

2. Jika kesabaran kian goyah cepatlah beristighfar, banyakkan berdoa agar lebih kuat mengharunginya. Maafkan pasangan kerana kita tidak mengetahui kesakitan yang ditanggungnya ketika itu.

3. Tekanan masyarakat sekeliling juga kadangkala melemahkan semangat penjaga. Justeru, penting bagi seorang penjaga untuk menjelaskan kepada masyarakat tanpa menggores perasaan mereka. Maklumkan bahawa sakit itu adalah sebahagian daripada ujian Allah.

4. Jagalah pasangan dengan ikhlas. Ketahuilah bahawa keikhlasan ini mendapat keredhaan Allah sebagaimana dinyatakan dalam sebuah hadis daripada Nukman bin Basyir r.a: Rasulullah s.a.w bersabda, “Anda lihat orang-orang yang beriman itu dalam saling kasih-mengasihi, saling cinta mencintai dan saling tolong menolong seperti sebatang tubuh (badan). Kalau ada salah satu anggota terkena penyakit, seluruh batang tubuh (badan) ikut menderita tidak dapat tidur dan menderita panas (kesakitan).” [HR al-Bukhari]

5.Ingat ganjaran pahala. Dalam sebuah hadis dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda: “Barang siapa yang melapangkan seorang mukmin, suatu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskan dirinya suatu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan pada hari kiamat kelak.” [HR Muslim].

6. Tegur pasangan. Apabila pasangan yang sakit mula memberontak sehingga melampaui batas, amat perlu menegur tindakannya dengan lembut. Jangan pula anda berasa putus asa menghadapi sikap itu. Golongan yang berputus asa adalah mereka yang tidak mahu berusaha memperbaiki diri. Jadi, wajarlah memberi nasihat dan menegur orang yang seolah-olah berputus asa dengan sakit yang dialaminya kerana di sana ada ganjaran yang Allah sediakan untuk mereka atas kesabaran mereka melalui ujian itu.’


loading...

About the Author

nenek

Memberi pelbagai petua kepada pelbagai masalah. Petua-petua ini diambil berdasarkan kepada petua nenek moyang, pengalaman sendiri, pengalaman pembaca dan pengguna yang lain.
Petikan media massa dan elektronik juga.


0 Comments



Be the first to comment!


Leave a Response


(required)

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.