Panduan Tips dan Petua Mudah Dalam Kehidupan Seharian

 


Tips Ketika Hamil

0
Posted December 2, 2010 by nenek in Petua Kehamilan

TIPS MENGURANGKAN RASA TIDAK SELESA SAAT HAMIL

Saat melalui kehamilan, pelbagai jenis ketidakselesaan akan anda alami. Ikuti pandangan Dr. rasliza ramli dari Pusat Perubatan KPJ Kajang agar kehamilan yang menyenangkan dapat dinikmati.

Masalah: Mual atau muntah
Punca: Ketidakselesaan terjadi akibat kehadiran hormon beta HCG yang bertindak balas pada bahagian otak. Kebanyakan kehamilan mengalami masalah ini di antara minggu ke-8 hingga
ke-12. Namun, ada yang berlarutan sehingga minggu ke-20.

Cara Mengatasi :
1.Makan kerap tetapi dalam jumlah yang sedikit.
2.Kurangkan pengambilan makanan berlemak dan mengandungi garam yang banyak.
3.Makan lebih buah-buahan yang tinggi potassium seperti anggur dan pisang atau minum air kelapa.
4.Elak minuman berkarbonat dan berkafein kerana ia boleh menambahkan rasa loya.
5.Jangan ambil jeruk atau asam sebab ia mengandungi banyak asid, garam, perisa dan pewarna tiruan.
6.Jika berterusan perlu ambil ubat tahan muntah seperti Maxalon atau Ancoloxin.

Masalah: Sembelit atau kembung perut
Punca: Masalah ini kerap berlaku di awal kandungan akibat peningkatan hormon progesteron yang menyebabkan pergerakan peristalsis usus menjadi perlahan. Oleh kerana itu jugalah angin di dalam badan sukar dikeluarkan.

Cara Mengatasi :
1.Minum air mencukupi minimum 6 – 8 gelas sehari.
2.Ambil serat mencukupi terutamanya sayuran yang berdaun hijau.
3.Elakkan sayuran berkacang kerana ia boleh menghasilkan gas di dalam usus.


About the Author

nenek

Memberi pelbagai petua kepada pelbagai masalah. Petua-petua ini diambil berdasarkan kepada petua nenek moyang, pengalaman sendiri, pengalaman pembaca dan pengguna yang lain. Petikan media massa dan elektronik juga.

0 Comments



Be the first to comment!


Leave a Response

(required)


Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.