Panduan Tips dan Petua Mudah Dalam Kehidupan Seharian

 


Tip Untuk Umur Panjang

0
Posted March 2, 2012 by nenek in Petua Kesihatan

Nak tahu tips untuk panjang umur? Mungkin ada yang kata nak panjang umur jaga pemakanan dan kesihatan, banyakkan senaman dan sebagainya. InsyaAllah itu semua boleh membantu. Tapi yang saya nak beritahu ni agak lain sedikit.

Daripada Ibn Abbas r.a. Rasulullah SAW: Tertera dalam kitab Taurat:

“Siapa yang suka usianya panjang dan rezekinya bertambah, maka hendaklah menyambung silaturahim.”

Dalam hadis yang lain pula kealpaan mengambil berat terhadap silaturahim adalah seperti berikut:

HR Asbahani: Berkata Abu Hurairah r.a. bahawasanya dia pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya rahmat Allah swt tidak turun ke atas sesuatu kaum yang ada padanya
orang yang memutuskan silaturahim.”

Oleh itu, janganlah kita semua suka memutuskan silaturahim dan sentiasalah merapatkan
hubungan anda dengan saudara mara, kawan-kawan, rakan sekerja dan sebagainya…
Jangan lupa, ia dibuat biarlah berlandaskan keikhlasan.

Petikan dari hotfm.com.my


About the Author

nenek

Memberi pelbagai petua kepada pelbagai masalah. Petua-petua ini diambil berdasarkan kepada petua nenek moyang, pengalaman sendiri, pengalaman pembaca dan pengguna yang lain. Petikan media massa dan elektronik juga.

0 Comments



Be the first to comment!


Leave a Response

(required)


Copy Protected by Chetans WP-Copyprotect.