Panduan Tips dan Petua Mudah Dalam Kehidupan Seharian

 


Vitamin A

4
Posted July 31, 2009 by nenek in Petua Kesihatan

Vitamin A juga dikenali sebagai Retinol. Ia penting untuk :

  • Tumbesaran kanak-kanak yang sempurna
  • Penglihatan yang baik (mencegah dan kadang-kala memulihkan rabun malam) untuk kanak-kanak dan orang dewasa.
  • Kulit yang sihat
  • Lapisan selaput mukosa didalam tubuh

Kekurangan Vitamin A boleh menyebabkan :

  • Penurunan daya tahan kepada jangkitan
  • Kulit kasar, kering dan berjerawat
  • Masalah penghadaman
  • Batu karang (ginjal)
  • Rabun malam
  • Penyakit mata, termasuk xerophthalamia, dimana ia boleh menyebabkan buta.


Sumber Vitamin A yang baik adalah :

  • Hati, telur
  • Marjerin
  • Susu penuh krim dan susu rendah lemak
  • Beta Carotene dari makanan (terdapat dengan banyaknya di dalam labu, lobak, aprikot, mangga, betik dan buah dan sayur yang berwarna kuning/oren dan merah serta dalam sayuran daun hijau seperti bayam, sawi, lobak putih dan ubi bit) yang akan ditukar kepada Vitamin A oleh tubuh kita.


Keracunan

  • Vitamin A larut lemak, dan ianya disimpan dalam badan sekiranya supplemen berlebihan diambil secara berlebihan
  • Dalam kes yang teruk, kemungkinan berlaku rabun penglihatan, tekanan tinggi dalam otak, dan keguguran rambut.

Petikan dari http://www.infosihat.gov.my


loading...

About the Author

nenek

Memberi pelbagai petua kepada pelbagai masalah. Petua-petua ini diambil berdasarkan kepada petua nenek moyang, pengalaman sendiri, pengalaman pembaca dan pengguna yang lain. Petikan media massa dan elektronik juga.

4 Comments



Leave a Response


(required)

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.